Ikut

Sunday, November 8, 2009

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009!!



Piala Malaysia Edisi 2009





VS






Tahun 2009 adalah tahun keramat kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan apabila semalam (7/11/2009) mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Negeri Kelantan dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sekali gus merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Walaupun aku meminat Pasukan Manchester United & AC Milan tetapi aku tidak pernah melupakan pasukan dalam liga malaysia. Aku cukup meminati Pasukan Bola Sepak Negeri Perak & tidak ketinggalan juga Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Aku sentiasa menghikuti perkembangan semasa dua buah pasukan bola sepak negeri ini.

Semalam aku tengok perlawanan siaran langsung di dalam TV1. Perlawanan nampak sengit. Walaupun banyak menyangka bahawa Pasukan Kelantan akan menang dengan dibarisi ramai Bekas Bintang Negeri Perak seperti Mohd Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Azlan Zainal namun mereka gagal menyekat kemaraan & amukan pasukan Kijang (Negeri Sembilan) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi aku, gol pembukaan adalah gol yang menghancurkan segalanya buat Pasukan Kelantan kerana keseluruhan separuh masa pertama didominasi oleh Pasukan Negeri Sembilan. Pertahanan Pasukan Negeri Sembilan yang berfungsi begitu baik menyekat kemaraan serangan Pasukan Kelantan. Aidil Zafuan & Mohd Shukor Adan bermain cukup bertenaga di bahagian pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan.


Pihak Bomba terpaksa memadam kebakaran
di bangku penyokong kelantan


Penyokong Kelantan yang bersikap liar dengan melemparkan
mercun ke dalam kawasan padang



Gol pertama perlawanan dijaringkan cantik dari Shahruain (Negeri Sembilan) pada separuh masa pertama disusuli gol kedua dan ketiga pada separuh masa kedua masing-masing dari Hairuddin Omar & Zaquan Adha (Penalti). Pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol saguhati dari sepakan percuma yang cukup cantik dari Indra Putra namun ia sudah terlambat ketika baki perlawanan tinggal kurang 5 minit.

Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir mencemar duli menyampaikan Piala Malaysia kepada Kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya


Perlawanan cukup terhibur namun apa yang aku tidak puas hati apabila penyokong kelantan tidak bagi kerjasama yang baik. Mereka telah membakar kain rentang & bangku stadium apabila menyedari pasukannya gagal merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi 2009. Lebih parah lagi apabila larangan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia & FAM supaya tidak membawa objek-objek & mercun langsung tidak diendahkan mereka. Kesannya, objek-objek & mercun dilemparkan ke dalam padang sehinggakan menyebabkan petugas & jurukamera RTM terpaksa dibawa ke hospital & menerima jahitan di kepala apabila terkena objek yang didakwanya adalah batu.

Beginikah sikap sebagai penyokong pasukan? Dimanakah sikap profesional anda sebagai penyokong? Terima kekalahan dengan hati terbuka. Tahun depan, cuba lagi. Ini tak, aku tengok pun naik hangin kalau macam tu. Aku cukup puji penyokong Negeri Sembilan yang tenang dari mula hingga ke akhir perlawanan walaupun 70% penyokong pasukan Kelantan penuhi Stadium Bukit Jalil. Jangan ikut budaya penyokong barat seperti penyokong pasukan England amnya, bersikap LIAR.

Aku harap selepas ini takkan berlaku lagi kekecohan yang ditunjukkan oleh penyokong mana-mana pasukan. Bagi sokongan moral demi pembangunan sukan Bola Sepak Malaysia. Kembalikan keyakinan kepada pemain pasukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara!!



2 comments:

Anonymous said...

oi2...hg org perak la muiz...

aku skong kedah...hahaha

ghouse

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

hehehhee :D walaupun aku orang perak, aku tetap sokong perak n negeri sembilan :D

hang tu awat duk sokong kedah...musuh tradisi kita tu...