Ikut

Monday, December 19, 2016

Pengambilan Rekrut WATANIAH 2017





Kepada kaum LELAKI yang berkelayakan Dan yang BETUL-BETUL MINAT, Sila mohon Di Pejabat Tadbir Dan Cawangan Latih Terup Kedua 24 skuodran RAJD (AW), 34600 Kamunting, Perak. 

"BERUSAHA BERFAEDAH"

"1 ANGKATAN, GAGAH DAN SETIA"


Tuesday, March 25, 2014

Berdoalah

Assalammualaikum wbt.

Hasbunallah wa ni'mal wakil...

Marilah sama-sama kita berdoa dan teruskan berdoa supaya Allah S.W.T memberi petunjuk dan bantu saudara kita yang sedang menghadapi musibah. 



#AlFatihah
#Innalillah

Monday, January 13, 2014

NO to valentine, YES to Maulidur Rasul

Assalammualaikum w.b.t



Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kekasih kita yang sangat dirindui Nabi Muhammad SAW.
Insan kaamil, dialah contoh, dialah ikutan, dialah yang paling taatkan Allah, dialah paling berakhlak, dialah paling banyak ujian, dialah paling banyak bersabar, dialah paling banyak menangis kerana umat, dialah paling banyak senyum, dialah paling amanah, dan banyak lagi yang tak dapat dinukilkan.
Sesungguhnya dialah kekasihku yang tiada tolok bandingnya. 
I LOVE U Ya Rasulallah...!!

Saturday, January 4, 2014

Ambang 2014

Assalammualaikum w.b.t

Tahun 2013 telah meninggalkan kita. Muncul pula tahun 2014. Bagi agama Islam, Islam melarang dan mengHARAMkan umatnya menyambut setiap kali tahun baru Masihi, kerana asas terjadinya Kalendar Masihi adalah berlaku dalam sejarah Agama Kristian. Kalian, kajilah kenapa Islam melarangnya. 

Ketika ambang 2014, saya bersama rakan-rakan bersama ribuan masyarakat di Butterworth, Pulau Pinang dalam sebuah Majlis Ilmu yang di anjurkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang iaitu berjudul "Sembang Ambang 2014". Antara tetamu/ahli forum adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Pierre Andre, Syamsul Yusof, Hafizh Shahrin, Kumpulan SHIRO & Kumpulan Nasyid Saujana.


Alhamdulillah dengan berkat Majlis Ilmu tersebut, ramai yang hadir hingga bersesak-sesak. Syukur Alhamdulillah sekali lagi pada malam tersebut, Allah S.W.T telah menjadikan cuaca ketika itu dalam keadaan sangat baik & sempurna bersama tiupan angin dari laut yang nun dingin seperti aircond.