Ikut

Wednesday, February 22, 2012

Mari Muhasabah Diri Kita

Assalammualaikum w.b.t

Saya mengajak semua rakan blog & diri saya sendiri, sama-sama kita beristighfar serta muhasabah diri kita. Yang mana dosa-dosa besar mahupun kecil yang pernah kita lakukan, kita tinggalkan. Mulakan kehidupan baru dengan perubahan diri yang positif. Jadilah insan yang cemerlang dalam agama, kehidupan dunia & akhirat. Kalau duduk berlepak atau bersahaja, ringan-ringankanlah mulut kita menyebut kalimah Allah, memuji Allah & beristighfar mengingati perbuatan yang pernah kita lakukan. 

Mari sama-sama hanyati & beristighfar bersama sambil mendengar lagu di bawah ini. Selamat beramal.


video

Jom Imarah Masjid

Assalammualaikum w.b.t

Insya Allah, sama-sama kita imarahkan masjid berdekatan kita kerana sesungguhnya masjid adalah tempat mengukuhkan ukhwah sesama kita selain sebagai tempat beribadat. Banyak manfaat kita berada di masjid. Insya Allah, terdetik di hati untuk ke masjid, teruskan kaki melangkah ke arahnya. Sesungguhnya musuh-musuh Islam, Yahudi amnya amat takut melihat umat islam berkumpul & mengerjakan solat berjemaah di masjid kerana pada dasarnya kekuatan umat islam adalah bermulanya di masjid. wallahu'alam~~



video

Belanjawan Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam

Assalammualaikum w.b.t.

Khas untuk pasangan yang sedang bercinta. Tamatkanlah hayat "coupling" ini dengan akad nikah. Anda bijak jauhi zina, insya Allah. Berubahlah untuk kebaikan diri, dunia & akhirat.



Kursus Pra-Perkahwinan Universiti Selangor Siri 7/2012




Sila dapatkan borang kursus pra perkahwinan ini di dalam laman web jabatan agama islam selangor atau datang sendiri ke masjid universiti selangor untuk dapatkan borang & buat tempahan serta bayaran kepada pegawai-pegawai Pusat Islam universiti selangor. Terhad kepada 200 peserta.

Monday, February 13, 2012

14 FEBRUARI



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum w.b.t.


Orang Yang Dekati Zina & Sambut Hari Valentine Adalah Orang Yang Tiada Pegangan Agama Yang Teguh. Hadirilah Majlis-majlis Ilmu Supaya Dapat Pengetahuan Yang Luas & Boleh Menilai Yang Mana Adalah Pahala & Yang Mana Adalah Dosa.


VALENTINE








VALENTINE: Adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!

Jadi. mengapa kita yang ISLAM, ingin menyambut Hari Valentine ini?? kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan ISLAM kita di Sepanyol. Kalau anda meraikan HARI valentine ini maka anda meraikan kejatuhan ISLAM. nauzubillah! fikir2kanlah.