Ikut

Thursday, December 30, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan


Assalammualaikum w.b.t. Saya ingin menjemput kalian semua ke Majlis Perkahwinan saya pada 9hb Januari 2011 (Ahad) bertempat di No. 8, Jalan Cermai, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.













Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Insya Allah.



Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010









VS





Alhadulillah, akhirnya tercapai jua impian Pasukan Bola Sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun kejohanan ini diperkenalkan. Yang pastinya, pasukan negara (Harimau Malaya) berjaya membenam keegoan Sang Garuda (Indonesia).





Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)



Pasukan Indonesia (Garuda)


Kemenangan dengan agregate 4-2, Harimau Malaya telah membuktikan bahawa merekalah gergasi Asia Tenggara yang digeruni. Tidak terkata bila melihat persembahan anak buat K.Rajagopal melangsaikan hutang mereka & membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Piala yang diidamkan sudah berada dalam genggaman tangan Sang Harimau Malaya.

Harimau Malaya Baham Sang Garuda (4-2)



Juara Piala AFF Suzuki 2010


Jaringan Safee Sali pada aksi pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki, secara tidak langsung menempatkan namanya sebagai Penjaring Gol Terbanyak di dalam kejohanan kali ini. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, sudah tentu berasa bangga & bersyukur dengan kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan negara.


Usaha Tangga Kejayaan


Usaha gigih Pasukan Malaysia akhirnya membuahkan hasil. Inilah Malaysia. Sebuat pasukan yang tidak kenal erti penat lelah & mengalah. Saya merupakan antara salah seorang penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa-apa pun Tahniah, Tahniah & Tahniah!!!!


Thursday, December 23, 2010

FORUM: "Zero To Hero"




Salam Semua. Di sini saya ingin mengajak kalian semua menghadiri sebuah forum yang berjudul "ZERO TO HERO". Forum ini akan diadakan pada 28 Disember 2010 (Selasa), bertempat di Dewan Senat Universiti Industri Selangor (Kampus Utama -Bestari Jaya). Tetamu undangan adalah Juara Imam Muda iaitu Saudara Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Tiket masuk hanya bernilai RM2 sahaja.




Forum ini telah dianjurkan oleh I-Rakan (Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL) bersama Unit Hal Ehwal Pemuda Masjid, Bahagian Pengurusan Masjid Umar Abdul Aziz (UNiSEL). Forum ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Harap Maklum!!


P/s: Jika terdapat sebarang pertanyaan maklumat, kalian boleh berhubung dengan Saudara Nasir (014-9298619) & Saudari Aisyah (013-2349482)


Tuesday, December 21, 2010

Kayak Drift




Salam. Pada 18hb Disember, iaitu hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan berkayak bersama-sama di Tasek Perdana Universiti Industri Selangor (UNiSEL). Antara rakan yang terlibat iaitu, Stefan, Hilmi & Yana. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar suasana ketika berkayak. Cuma gambar Yana tak dapat nak ambil di atas beberapa kesulitan yang berlaku:



Hilmi & Stefan sabar menunggu




Dua orang hulubalang UNiSEL: Hilmi & Stefan



Macam pengawal Istana je. Huhuk



Stefan dengan aksinya



Peace (^_^)V



Sedap tu Mi kalau masak dengan megi. Haha



Kami bertiga



Sempat lagi candid gambar. Hehe



Gambar-gambar lain kalian boleh lihat di dalam laman Facebook saya ye. Kesian yana tak dapat bergambar dengan kami. Kalau tak, leh inter frame skali. Apa-apa pun motif berkayak ari tu adalah bertujuan mengurangkan tekanan dan kebosanan di samping mencari ketenangan. Saya harap, jika kalian ada sebarang hobi atau pengalaman yang menarik, bolehlah kalian semua berkongsi dengan saya.




Monday, December 20, 2010

Hari Pertunanganku




Salam semua. Pada 7 Disember 2o10 bersamaan dengan Awal Muharram, berlangsungnya majlis pertunangan di antara saya & pasangan, Cikgu Nur Izzati Juhari. Di bawah ini ada saya sertakan gambar-gambar suasana majlis tersebut berlangsung:




Rombongan pihak lelaki


Mak sarung cincin di jari Izzati


Mak & Izzati



Mak bergambar dengan Izzati


Mak & Izzati selepas selesai majlis


Cikgu Nur Izzati Shariful Juhari


Antara kawan baik yang hadir: Cikgu Liza, Ainur, Lea & Fazilah


Saya & tunang (Nur Izzati Shariful Juhari)


Gambar-gambar selebihnya korang boleh lihat di dalam laman Facebook Mu'izz Azra'ei.
Diharapkan semoga berkekalan hingga bergelar suami isteri.


Sunday, December 19, 2010

Kenalan Baru



Assalammualaikum w.b.t...

Lama sangat saya tak buka entry dalam laman blog MUIZ AZRAEI ini. Saya mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Saya ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum ini. Dalam entry kali ini, saya ingin menwar-warkan kawan-kawan baru saya ketika bertugas sebagai seorang pendidik di SMK Darul Ridwan, Taiping. Mereka yang dimaksudkan itu, antaranya:

Cikgu Izzati


Cikgu Hasliza


Dalam Bilik Guru: Cikgu Fazilah, Lea, Izzati & Jannah


Cikgu Ainur & Cikgu Zafirah


Inilah kawan-kawan saya di SMK Darul Ridwan. Bila ada kelapangan waktu, kami bersama-sama keluar berjalan-jalan. Kadang-kadang makan sama-sama. Kadang-kadang ada perancangan tertentu.


Hasliza, Ainur & Fazilah ketika keluar berjalan-jalan


Kami Bersama-sama Ke Kenduri Kahwin Kak Haida


Kami bersama Guru Praktikal UPSI bermain Bowling


Seronoknya bila dapat kawan dengan mereka-mereka ini. Mereka ini bukannya kawan biasa malah saya beranggapan sebagai kawan baik (BFF -Best Friends Forever). Apa-apa pun saya berharap persahabatan antara kami semua tidak akan terputus walaupun mempunyai masalah mahupun sudah berumah tangga. Wallahua'lam..