Ikut

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010









VS





Alhadulillah, akhirnya tercapai jua impian Pasukan Bola Sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun kejohanan ini diperkenalkan. Yang pastinya, pasukan negara (Harimau Malaya) berjaya membenam keegoan Sang Garuda (Indonesia).





Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)



Pasukan Indonesia (Garuda)


Kemenangan dengan agregate 4-2, Harimau Malaya telah membuktikan bahawa merekalah gergasi Asia Tenggara yang digeruni. Tidak terkata bila melihat persembahan anak buat K.Rajagopal melangsaikan hutang mereka & membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Piala yang diidamkan sudah berada dalam genggaman tangan Sang Harimau Malaya.

Harimau Malaya Baham Sang Garuda (4-2)



Juara Piala AFF Suzuki 2010


Jaringan Safee Sali pada aksi pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki, secara tidak langsung menempatkan namanya sebagai Penjaring Gol Terbanyak di dalam kejohanan kali ini. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, sudah tentu berasa bangga & bersyukur dengan kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan negara.


Usaha Tangga Kejayaan


Usaha gigih Pasukan Malaysia akhirnya membuahkan hasil. Inilah Malaysia. Sebuat pasukan yang tidak kenal erti penat lelah & mengalah. Saya merupakan antara salah seorang penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa-apa pun Tahniah, Tahniah & Tahniah!!!!


No comments: