Ikut

Thursday, October 29, 2009

UNITED Hampir Ikat Bintang Valencia



~~Harian Kosmo (29/10/2009)~~



LONDON - Manchester United kini semakin menghampiri dua pemain buruan mereka, David Villa dan David Silva.


Menurut laporan, kelab Sepanyol, Valencia bersedia melepaskan kedua-dua pemain bintang mereka itu.


Silva (kanan) & Villa Bakal Menyarung Jersi Red Devil

Pengurus United, Alex Ferguson amat meminati Villa dan Silva, namun terpaksa melupakan khidmat mereka musim ini selepas Valencia meletakkan harga yang terlalu tinggi.


Ferguson mula memberi perhatian kepada Villa, 27, selepas dia menyinar pada Kejuaraan Euro 2008 di mana dia memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.


Rakan sepasukannya, Silva, 23, pula dilihat sebagai pemain yang mampu menguatkan lagi jentera tengah United.


Dengan wang perpindahan £80 juta (RM448 juta) yang diperoleh hasil penjualan Cristiano Ronaldo, United yakin dapat membawa salah seorang atau kedua-dua pemain berharga Valencia itu.


"Pemusnah" yang diidamkan oleh Ferguson


"Kelab ini telah berusaha keras untuk mengekalkan pemain kami musim ini, namun situasi kewangan kami masih lagi serius," kata pengarah Valencia, Fernando Gomez.


"Ia adalah satu kejayaan untuk mengekalkan mereka tetapi akan tiba masanya kamu tidak akan dapat menghalangnya lagi. Kami mungkin harus menjual Villa." - Agensi

...............................................................................................................


Adakah ini benar?

Huhu aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi kalau betul-betul jadi beli dua bintang valencia, United la untung. Sebab dua-dua pemain ni cukup berpotensi. Kalau Alex (Ferguson) dah minat nak bawak dua pemain dari negara Sepanyol tu ke Old Traford, dia mesti dapatkan mereka berdua ni walau dalam keadaan sekali pun. Itu yang aku tahu prinsip Alex.


Semua pemain yang Alex pilih, semuanya bakal jadi bintang menyinar apabila bermain di Old Traford. Tengok la bintang United dulu: David Beckham, Eric Cantona, Mark Hughes, Ryan Giggs, Cristiano Ronaldo, Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham, Ole Gunner Solksjaer, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze & ramai lagi.


Jadi, kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya. Glory..Glory..Man U!!!



Tuesday, October 27, 2009

Striker Paling Bahaya Dalam Era Ini

Aku nak share dengan korang semua penyerang/striker bola sepak pilihan aku yang paling bahaya finishingnya dalam era ini. 10 teratas penyerang paling bahaya & berbisa:

1
Cristiano Ronaldo (Real Madrid)


2
Lionel Messi (FC Barcelona)


3

Ronaldo (Corinthians)


4
Samuel Eto'o (Inter Milan)


5
Zlatan Ibrahimovic (FC Barcelona)


6
Ronaldinho (AC Milan)


7
Wayne Rooney (Manchester United)


8

Didier Drogba (Chelsea)


9

Sergio Aguero (Atletico Madrid)


10

Alexander Pato (AC Milan)


P/s: Ini adalah penyerang-penyerang pilihan aku. Jadi, kalau korang tak suka, terpulang la pada korang. Yang Paling aku minat finishing, dulu kini & selamanya ialah pemain bernama Ronaldo (Corinthians). Huhu Glory..Glory..Corinthians!! Hahaha



Azam: Pastikan Tahap Kecergasan Seperti Dulu




Makan, tidur je keje aku. Tu sebab berat badan naik. Aku perlu berada dalam tahap kecergasan aku seperti dulu. Aku berazam melatih diriku ni dengan latihan-latihan kecergasan yang selalu aku buat sebelum ni. Huhu sebenarnya aku ada misi. Tu sebab aku berazam macam tu. Misi apa? haha Mision Incomplete.. haha






Body Mass Index (BMI) aku pun lebih dari asal. Pasni kena la control pemakanan & kurangkan tidur.. Impian aku pun belum tercapai. Itu sebab aku susah hati bila berat badan bertambah, tahap kecergasan aku pulak berkurangan. Dulu aku tak macam ni. Rajin buat latihan fizikal, tapi sekarang ntah kenapa aku rasa malas semacam je. Huhu Come on muiz.. macam mana boleh jadi macam ni.. Muhasabah diri kejap... ish3...


Permasyhuran Yamtuan Besar Negeri Sembilan


Entry kali ini aku nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir setelah dimasyhurkan sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan dengan sah.


Upacara Majlis Permasyhuran Yamtuan Besar Negeri Sembilan diadakan pada 26 Oktober 2009. Permasyhuran Tunku Muhriz sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan adalah tepat pada masanya kerana sebelum ini, setelah kemangkatan Ayahanda baginda, iaitu Tunku Munawir pada ketika itu menjawat jawatan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, usia Tunku Muhriz pula ketika itu adalah 18 tahun dan dianggap terlalu muda untuk memangku jawatan tersebut. Ayahanda saudara baginda iaitu Almarhum Tunku Jaafar dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Yamtuan Besar ketika itu.

Kini, apabila kemangkatan Tunku Jaafar, putera raja yang berhak mengisi kekosongan Yamtuan Besar adalah Tunku Muhriz. Baginda, Tunku Muhriz adalah seorang raja yang berjiwa rakyat & mempunyai agenda memastikan Negeri Sembilan menjadi aman, makmur & berdaulat di bawah pemerintahan baginda. DAULAT TUANKU!!

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Penutup Syawal


Hari ini aku tak gaduh nak makan dah. Aku kenyang giler...Huhu Alhamdulillah....

Setiap tahun kawasan taman perumahan aku mesti melakukan Majlis Jamuan Hari Raya, namun tahun ni sengaja dibuat pada hujung bulan syawal. Jadi, aku terjemahkan ia sebagai Jamuan Penutup Raya sebab majlis ini berlangsung pada 29 Syawal.

Macam biasa Tahlil & Doa selamat menjadi agenda utama selain dari majlis santapan penduduk. Leader tahlil & doa selamat ni, macam biasa la, orang lama di sini, Ustaz Razali. Tahun ni tuan rumah iaitu Tuan Haji Hanapiah (Tuan Kedai Butik Jahitan Hanapiah, Taiping). Majlis ni bukan dibuat di butik dia tapi di rumah dia la. Huhu

Ramai yang hadir. Tapi tahun ni ramai kaum perempuan dari lelaki yang hadir. Huhu Apa-apa pun terima kasih tidak terhingga aku bagi pihak tuan rumah, Tuan Haji Hanapiah kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

P/s: Semalam aku ke Jamuan Raya di SK Kampong Perak, Batu Kurau. VVIP pada majlis tersebut semalam, Timbalan Menteri apa entah. Aku tak ingat nama dia tapi selalu gak muka dia masuk TV.