Ikut

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Penutup Syawal


Hari ini aku tak gaduh nak makan dah. Aku kenyang giler...Huhu Alhamdulillah....

Setiap tahun kawasan taman perumahan aku mesti melakukan Majlis Jamuan Hari Raya, namun tahun ni sengaja dibuat pada hujung bulan syawal. Jadi, aku terjemahkan ia sebagai Jamuan Penutup Raya sebab majlis ini berlangsung pada 29 Syawal.

Macam biasa Tahlil & Doa selamat menjadi agenda utama selain dari majlis santapan penduduk. Leader tahlil & doa selamat ni, macam biasa la, orang lama di sini, Ustaz Razali. Tahun ni tuan rumah iaitu Tuan Haji Hanapiah (Tuan Kedai Butik Jahitan Hanapiah, Taiping). Majlis ni bukan dibuat di butik dia tapi di rumah dia la. Huhu

Ramai yang hadir. Tapi tahun ni ramai kaum perempuan dari lelaki yang hadir. Huhu Apa-apa pun terima kasih tidak terhingga aku bagi pihak tuan rumah, Tuan Haji Hanapiah kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

P/s: Semalam aku ke Jamuan Raya di SK Kampong Perak, Batu Kurau. VVIP pada majlis tersebut semalam, Timbalan Menteri apa entah. Aku tak ingat nama dia tapi selalu gak muka dia masuk TV.


No comments: