Ikut

Thursday, October 29, 2009

UNITED Hampir Ikat Bintang Valencia



~~Harian Kosmo (29/10/2009)~~



LONDON - Manchester United kini semakin menghampiri dua pemain buruan mereka, David Villa dan David Silva.


Menurut laporan, kelab Sepanyol, Valencia bersedia melepaskan kedua-dua pemain bintang mereka itu.


Silva (kanan) & Villa Bakal Menyarung Jersi Red Devil

Pengurus United, Alex Ferguson amat meminati Villa dan Silva, namun terpaksa melupakan khidmat mereka musim ini selepas Valencia meletakkan harga yang terlalu tinggi.


Ferguson mula memberi perhatian kepada Villa, 27, selepas dia menyinar pada Kejuaraan Euro 2008 di mana dia memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.


Rakan sepasukannya, Silva, 23, pula dilihat sebagai pemain yang mampu menguatkan lagi jentera tengah United.


Dengan wang perpindahan £80 juta (RM448 juta) yang diperoleh hasil penjualan Cristiano Ronaldo, United yakin dapat membawa salah seorang atau kedua-dua pemain berharga Valencia itu.


"Pemusnah" yang diidamkan oleh Ferguson


"Kelab ini telah berusaha keras untuk mengekalkan pemain kami musim ini, namun situasi kewangan kami masih lagi serius," kata pengarah Valencia, Fernando Gomez.


"Ia adalah satu kejayaan untuk mengekalkan mereka tetapi akan tiba masanya kamu tidak akan dapat menghalangnya lagi. Kami mungkin harus menjual Villa." - Agensi

...............................................................................................................


Adakah ini benar?

Huhu aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi kalau betul-betul jadi beli dua bintang valencia, United la untung. Sebab dua-dua pemain ni cukup berpotensi. Kalau Alex (Ferguson) dah minat nak bawak dua pemain dari negara Sepanyol tu ke Old Traford, dia mesti dapatkan mereka berdua ni walau dalam keadaan sekali pun. Itu yang aku tahu prinsip Alex.


Semua pemain yang Alex pilih, semuanya bakal jadi bintang menyinar apabila bermain di Old Traford. Tengok la bintang United dulu: David Beckham, Eric Cantona, Mark Hughes, Ryan Giggs, Cristiano Ronaldo, Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham, Ole Gunner Solksjaer, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze & ramai lagi.


Jadi, kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya. Glory..Glory..Man U!!!



No comments: