Ikut

Saturday, November 7, 2009

Majlis Perkahwinan Shafiq & Hafizah



Selamat Pengantin Baru Shafiq & Hafizah


Hari ini, sabtu bersamaan 7/11/2009 berlangsungnya Majlis Perkahwinan kawan & juga jiran aku iaitu saudara Muhammad Shafiq Bin Muhd. Salleh & pasangannya, NurHafizah Binti Muhd Ali di alamat No. 16, Jalan Cermai, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama penduduk Islam Kampung Jambu, Unit Amal PAS Malaysia (cawangan Taiping) serta catering Hj Mokhtar. Aku cukup gembira apabila melihat kesepakatan & kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas majlis perkahwinan ini yang tidak kira parti apa sekali pun. Diorang duduk semeja bersembang, alhamdulillah. Itu sebenarnya yang aku nak lihat apabila orang Islam bersatu untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.


Ketika Pasangan Pengantin baru sampai


Sebenarnya, aturcara majlis ini bermula pada malam semalam (jumaat). Majlis Tahlil diadakan selepas solat Isyak. Majlis Tahlil ini diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ridzuan (Imam Besar Masjid Taiping). Memang sedap suara dia. Setelah selesai majlis tahlil itu, hadirin telah dijemput menjamu selera di bawah khemah.

Hari ini merupakan acara kemuncak di mana Majlis Persandingan diadakan. Para tetamu mula membanjiri majlis ini sekitar pukul 11.30 pagi. Aku bertugas sebagai penyambut tetamu & turut menggalas tugas sebagai belantara. Majlis ini cukup meriah. Antara Tetamu VVIP yang hadir, Pesuruhjaya PAS Perak (Nama dia aku tak ingat), Orang Besar Jajahan Larut (OBJ), Ustaz Mat Ali & ramai lagi (ramai lagi, aku je tak ingat nama diorang).

Rombongan Pengantin dari Ipoh, selamat sampai dengan diiringi paluan kompang sekita jam 1.40 petang. Ketika itu, majlis sedang rancak berlangsung. Tuan Rumah & juga ibu bapa kepada pengantin lelaki, Hj. Salleh & Ustazah Suprah menyambut tetamu dengan tenang & ceria. Adik-adik pengantin lelaki (shafiq), iaitu saudara Shukri & Shahid turut memeriahkan suasana menyambut tetamu.


Ustaz DJ sedang menjalankan tugas



Apa yang istimewanya majlis ini, aturacaranya turut mendengarkan lagu-lagu klasik (lama) & zikir serta doa yang dibacakan oleh Ustaz (nama dia aku lupa) yang turut bertugas sebagai DJ majlis itu. Ketika rombongan pengantin hadir & duduk sebelum menjamu selera, doa kesyukuran serta doa sebelum makan dibacakan oleh Ustaz DJ tersebut. Uniknya sambil menjamu selera, pasangan pengantin diperdengarkan ucapan dari Tuan Rumah, Hj Salleh yang sedikit sebanyak memberi kata-kata perangsang demi kebahagiaan anakanda mereka berdua. Kemudian disusuli ucapan Bisan Tuan Rumah, Hj Muhd Ali.


Suasana majlis santapan


Alhamdulillah Majlis Perkahwinan saudara Shafiq & pasangannya, saudari Hafizah berlangsung dalam keadaan cuaca yang panas walaupun seketika tadi, ada hujan tapi tak lama. Dalam 15 minit, kemudian kembali panas. Warna tema majlis perkahwinan kali ini adalah berwarna Kuning keemasan. Setelah keluarga Bisan balik, pasangan pengantin meluangkan masa dengan tetamu yang hadir.

pukul 3.30 petang, aku & petugas-petugas yang lain mula menyusuh meja & membersihkan kawasan sekitar khemah jamuan. Majlis tamat pada pukul 4 petang.

P/s: Dari sini, aku dapat gambaran macam mana suasana Majlis Perkahwinan aku kelak. Mesti lagi meriah dengan tetamu yang hadir tidak kira bangsa, agama mahupun fahaman. Gambar-gambar ini je yang aku dapat kandid sebab aku sibuk dengan tugas yang diamanahkan.


3 comments:

Anonymous said...

ni yg makin bersemangat ni..haha

ghouse

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

hehehe semangat ek? hang dah ada calon ke ghouse? huhu dalam diam2, pasti berisi..share ar ngan aku..sapa perempuan yang brtuah tu? :)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum,
Saya veteran 'Tiger' - SC/MCE 1966. Tahap IT masih Taska lagi. Bolehkah anda membantu saya bagaimana untuk muat turun lagu 'My Way' oleh Frank Sinatra dalam blog saya - xnuripilot.com.my seperti dalam blog anda dengan cara paling mudah untuk difahami. Alamat e-mel saya ialah nibsny@yahoo.com.

Senang-senang bacalah pengalaman saya sebagai seorang nuri pilot.

Terima kasih.