Ikut

Sunday, January 23, 2011

My Wedding Ceremony (9th January, 2011)





















Banyak gambar lagi. Kalian boleh melayari laman Facebook saya. Terima kasih kepada 5 orang juru gambar ketika majlis akad nikah, majlis perkahwinan (rumah pengantin perempuan & lelaki). Mereka terdiri daripada: Cikgu Epit, Maizatul Asyikin, Azhani, Shahrol Ridhwan (Sepupu) & Pak Cik Kama.

Terima kasih juga saya panjangkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan saya & pasangan (nur izzati shariful juhari). Doakan kebahagiaan kami. Salam

Thursday, December 30, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan


Assalammualaikum w.b.t. Saya ingin menjemput kalian semua ke Majlis Perkahwinan saya pada 9hb Januari 2011 (Ahad) bertempat di No. 8, Jalan Cermai, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.













Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Insya Allah.



Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010









VS





Alhadulillah, akhirnya tercapai jua impian Pasukan Bola Sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun kejohanan ini diperkenalkan. Yang pastinya, pasukan negara (Harimau Malaya) berjaya membenam keegoan Sang Garuda (Indonesia).





Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)



Pasukan Indonesia (Garuda)


Kemenangan dengan agregate 4-2, Harimau Malaya telah membuktikan bahawa merekalah gergasi Asia Tenggara yang digeruni. Tidak terkata bila melihat persembahan anak buat K.Rajagopal melangsaikan hutang mereka & membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Piala yang diidamkan sudah berada dalam genggaman tangan Sang Harimau Malaya.

Harimau Malaya Baham Sang Garuda (4-2)



Juara Piala AFF Suzuki 2010


Jaringan Safee Sali pada aksi pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki, secara tidak langsung menempatkan namanya sebagai Penjaring Gol Terbanyak di dalam kejohanan kali ini. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, sudah tentu berasa bangga & bersyukur dengan kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan negara.


Usaha Tangga Kejayaan


Usaha gigih Pasukan Malaysia akhirnya membuahkan hasil. Inilah Malaysia. Sebuat pasukan yang tidak kenal erti penat lelah & mengalah. Saya merupakan antara salah seorang penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa-apa pun Tahniah, Tahniah & Tahniah!!!!


Thursday, December 23, 2010

FORUM: "Zero To Hero"




Salam Semua. Di sini saya ingin mengajak kalian semua menghadiri sebuah forum yang berjudul "ZERO TO HERO". Forum ini akan diadakan pada 28 Disember 2010 (Selasa), bertempat di Dewan Senat Universiti Industri Selangor (Kampus Utama -Bestari Jaya). Tetamu undangan adalah Juara Imam Muda iaitu Saudara Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Tiket masuk hanya bernilai RM2 sahaja.




Forum ini telah dianjurkan oleh I-Rakan (Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL) bersama Unit Hal Ehwal Pemuda Masjid, Bahagian Pengurusan Masjid Umar Abdul Aziz (UNiSEL). Forum ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Harap Maklum!!


P/s: Jika terdapat sebarang pertanyaan maklumat, kalian boleh berhubung dengan Saudara Nasir (014-9298619) & Saudari Aisyah (013-2349482)


Tuesday, December 21, 2010

Kayak Drift




Salam. Pada 18hb Disember, iaitu hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan berkayak bersama-sama di Tasek Perdana Universiti Industri Selangor (UNiSEL). Antara rakan yang terlibat iaitu, Stefan, Hilmi & Yana. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar suasana ketika berkayak. Cuma gambar Yana tak dapat nak ambil di atas beberapa kesulitan yang berlaku:



Hilmi & Stefan sabar menunggu




Dua orang hulubalang UNiSEL: Hilmi & Stefan



Macam pengawal Istana je. Huhuk



Stefan dengan aksinya



Peace (^_^)V



Sedap tu Mi kalau masak dengan megi. Haha



Kami bertiga



Sempat lagi candid gambar. Hehe



Gambar-gambar lain kalian boleh lihat di dalam laman Facebook saya ye. Kesian yana tak dapat bergambar dengan kami. Kalau tak, leh inter frame skali. Apa-apa pun motif berkayak ari tu adalah bertujuan mengurangkan tekanan dan kebosanan di samping mencari ketenangan. Saya harap, jika kalian ada sebarang hobi atau pengalaman yang menarik, bolehlah kalian semua berkongsi dengan saya.




Monday, December 20, 2010

Hari Pertunanganku




Salam semua. Pada 7 Disember 2o10 bersamaan dengan Awal Muharram, berlangsungnya majlis pertunangan di antara saya & pasangan, Cikgu Nur Izzati Juhari. Di bawah ini ada saya sertakan gambar-gambar suasana majlis tersebut berlangsung:




Rombongan pihak lelaki


Mak sarung cincin di jari Izzati


Mak & Izzati



Mak bergambar dengan Izzati


Mak & Izzati selepas selesai majlis


Cikgu Nur Izzati Shariful Juhari


Antara kawan baik yang hadir: Cikgu Liza, Ainur, Lea & Fazilah


Saya & tunang (Nur Izzati Shariful Juhari)


Gambar-gambar selebihnya korang boleh lihat di dalam laman Facebook Mu'izz Azra'ei.
Diharapkan semoga berkekalan hingga bergelar suami isteri.


Sunday, December 19, 2010

Kenalan Baru



Assalammualaikum w.b.t...

Lama sangat saya tak buka entry dalam laman blog MUIZ AZRAEI ini. Saya mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Saya ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum ini. Dalam entry kali ini, saya ingin menwar-warkan kawan-kawan baru saya ketika bertugas sebagai seorang pendidik di SMK Darul Ridwan, Taiping. Mereka yang dimaksudkan itu, antaranya:

Cikgu Izzati


Cikgu Hasliza


Dalam Bilik Guru: Cikgu Fazilah, Lea, Izzati & Jannah


Cikgu Ainur & Cikgu Zafirah


Inilah kawan-kawan saya di SMK Darul Ridwan. Bila ada kelapangan waktu, kami bersama-sama keluar berjalan-jalan. Kadang-kadang makan sama-sama. Kadang-kadang ada perancangan tertentu.


Hasliza, Ainur & Fazilah ketika keluar berjalan-jalan


Kami Bersama-sama Ke Kenduri Kahwin Kak Haida


Kami bersama Guru Praktikal UPSI bermain Bowling


Seronoknya bila dapat kawan dengan mereka-mereka ini. Mereka ini bukannya kawan biasa malah saya beranggapan sebagai kawan baik (BFF -Best Friends Forever). Apa-apa pun saya berharap persahabatan antara kami semua tidak akan terputus walaupun mempunyai masalah mahupun sudah berumah tangga. Wallahua'lam..



Saturday, February 20, 2010

A.D.A.B




Dalam kehidupan seharian kita, abab menyapa atau menegur seseorang amat penting kerana panggilan atau sapaan yang diberi telah menunjukkan imej kepada si penerima. Hal ini turut di sokong dalam Hadis Rasulullah S.A.W:

Hadis riwayat Anas Bin Malik r.a, ia berkata: Seseorang menyapa temannya di Baqi: Hai Abul Qasim! Rasulullah S.A.W berpaling kepada si penyapa. Orang itu segera berkata: Ya Rasulullah S.A.W, aku tidak bermaksud memanggilmu. Yang kupanggil adalah si Fulan. Rasulullah S.A.W bersabda: Kalian boleh memberi nama dengan namaku, tapi jangan memberikan julukan dengan julukanku.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia & umat Islam tidak seharusnya menyapa atau memanggil kawan kita, kenalan kita, sanak-saudara kita, mahupun adik beradik kita dengan nama jolokkan. Sabda Rasulullah S.A.W jelas sekali memberi mesej bahawa ISLAM mengutamakan ADAB & budi pekerti umatnya walaupun ia sekadar panggilan atau sapaan.

Kadang-kadang, di rumah sekalipun, kita tidak sedar ketika membuat panggilan dengan adik beradik kita, perkataan yang akan terkeluar dari mulut kita tidak lain & tidak bukan mesti sapaan "Hoi", "Oi", "Weh" mahupun "Ngok". Kadang-kadang juga, namanya sedap, Faizal, tetapi di panggil "Pijai". Apa salahnya panggil dengan nama penuhnya.

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian, Adab pergaulan merupakan elemen yang cukup penting dalam kehidupan seharian. Dalam Islam melarang umatnya tidak beradab sopan tidak kira sama ada pada orang lain mahupun diri sendiri. Marilah kita sama-sama berubah kepada kebaikan walaupun sebesar zarah kebaikan kita, namun lama-kelamaan ia mampu menutupi segunung dosa yang pernah kita lakukan.


SETIAP PERBUATAN MANUSIA MENCERMINKAN ADAB PELAKUAN DIRINYA

Sekolah --> Cuti --> Sekolah --> Cuti



Hari isnin (22/02/2010) ini bermula persekolahan balik setelah seminggu bercuti sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Namun sekejap ja tu kerana 26 hari bulan februari ini cuti lagi. Cuti sempena Maulidur Rasul @ Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.



Disusuli kemudian, cuti persekolahan penggal pertama bermula pada 13/03/2010 hinggalah 21/03/2010. Kalau pelajar suka cuti, aku lagi suka. Takde la tension fikirkan hal di sekolah lagi. Tapi itu la, bila cuti je, aku tak ada perancangan aktiviti dalam cuti nanti.



Sure bosan. Inilah lumrah sesi persekolahan. Sekolah --> Cuti ---> Sekolah --> Cuti. Tapi belum selamat bagiku sebab aku ditugaskan untuk membuat kertas soalan peperiksaan penilaian 1 untuk subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1. Walaupun senang, aku kena rangka soalan secara berkesan & mengikut tahap kemampuan pelajar.


Kalau ramai gagal dalam peperiksaan nanti, aku kena mengadap Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Naimah, menjawab persoalan beliau iaitu mengapa pelajar ramai yang gagal dalam peperiksaan pertama kali ini. Huhu Pening kepala aku nanti.


Thursday, February 18, 2010

AL-FATIHAH



Semalam atok saudara, Tok Njang Dahaman, meninggal dunia pada pukul 5.30 petang di kediamannya di Kampung Acheh, Nibong Tebal. Aku & ayah bergegas ke sana sejurus mendapat perkhabaran Tok Njang meninggal dunia.


Hari ini, jenazahnya akan dikebumikan pada pukul 11 pagi di tanah perkuburan Masjid Sungai Kota. Marilah kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Tok Njang Dahaman. AL-FATIHAH...





Wednesday, February 17, 2010

Glory...Glory..Man United!!



Pagi tadi, Pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah melibatkan empat pasukan dalam dua pertembungan di mana pasukan AC Milan mendapat kunjungan dari pasukan handalan, Manchester United di Stadium San Siro manakala Olimpique Lyon berdepan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid di halaman sendiri.




Pasukan aku, dulu kini & selamanya sudah tentu pasukan Manchester United. Pusingan pertama awal pagi tadi memperlihatkan pasukan Man United beraksi garang di gelanggang lawan. Kemenangan 3-2 ke atas AC Milan membuktikan peledak utama, Wayne Rooney adalah penyerang paling digeruni sebaris dengan nama seperti Cristiano Ronaldo, Ronaldinho, Kaka, Drogba & Drogba.

Mari kita lihat jaringan yang telah dihasilkan dalam perlawanan di antara Pasukan AC Milan bertemu dengan Pasukan Manchester United:



Pasukan Manchester United memperolehi gol-gol daripada pemain perancangnya, iaitu Paul Scholes (1 Gol) serta Peledak Utama Pasukan Manchester United, Wayne Rooney (2 Gol). Pasukan Olimpique Lyon menang tipis ke atas pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan jaringan 1-0. Nantikan Perlawanan yang lain dalam siaran ESPN.

GLORY....GLORY....MANCHESTER UNITED!!




Sunday, February 14, 2010

Ziarah


Hujung minggu, hari ini (14 Februari) aku & keluarga pergi ke Taman Meru, Ipoh. Kami ke sana bertujuan untuk menziarahi Opah Miah. Siapakah Opah Miah ini? Sebenarnya dia ialah isteri kedua Arwah atok aku. Isteri pertama, Arwah Opah aku.

Opah Miah menetap di Ipoh. Kami sekeluarga bertolak dari Taiping pada pukul 11.30pagi tadi. Sampai di rumah Opah pukul 1.00 tengahari. Sudah lama tidak ke sana. Jadi, aktiviti hujung minggu hari ini dimulai dengan sesi ziarah.

Di sana, kami semua termasuk keluarga Opah makan tengahari bersama. Seperti biasa, sebelum makan, ayah mulakan dengan doa selamat & doa makan. Setelah habis makan, kami bergilir-gilir menunaikan solat zuhur. Aktiviti seterusnya, biasalah, sesi berbual mesra. Maklumlah, dah lama tak berjumpa.

Setelah masuk pukul 3.30 petang, ayah menyuarakan untuk beransur. Tetapi opah ada permintaan iaitu bergambar kenangan dengan kami. Jadi, aku & keluarga tidak melepaskan peluang itu. Permintaan opah akhirnya ditunaikan. Kemudian, kami bertolak pulang ke Taiping.

Dalam perjalanan, Mak mintak singgah ke kampung halaman, di Kuala Kangsar. Walaupun Arwah Atok & Opah sudah dua tahun tiada, rumah banglo di kampung telah didiami & dijaga oleh keluarga achu & keluarga pak yang.

Aku & ayah sempat menunaikan solat asar di Masjid Diraja, iaitu Masjid Ubudiah. Aku mengajak 4 orang sepupu aku untuk turut serta solat Asar berjemaah di Masjid Ubudiah tersebut.Mereka yang terlibat ialah, Nizam, Faiz, Aliff & Bunyamin. Suasana di Masjid Ubudiah hari ini penuh dengan pengunjung asing & muslimin serta muslimat.

Setelah lama berlabuh di Kuala Kangsar, pada pukul 6.30 petang kami pulang ke Taiping. Hal ini kerana, badan terasa penat & letih. Sampai di Taiping, aku mencari bantal & katil aku dulu. Hehe macam biasa, aku layan tidur sementara menunggu azan Maghrib.


Saturday, February 13, 2010

VALENTINE'S DAY: Sambutan Meraikan Kejatuhan ISLAM




Salam. Aku terpanggil untuk menulis satu slot berkenaan dengan Hari Kekasih atau bahasa orang putih, Valentine's Day. Sebenarnya, Hukum dalam ISLAM jelas, Haram kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam. Di bawah ini ada beberapa Fakta tentang Valentine untuk tatapan umat Islam:

Asal-usul Valentine:

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)




Untuk ulasan lebih lanjut lagi, anda dijemput melawat ke Blog Ustaz Zaharuddin di: http://www.zaharuddin.net/content/view/292/91/



Semoga kalian semua faham tentang Mengapakah Larangan Meraikan Valentine's Day (14 Februari) setiap tahun? Harap Maklum..

P/s: Alhamdulillah, sehingga kini, aku dan pasangan, cik Nurul Hazwani Mohamed belum lagi berniat menyambut Valentine's Day. Syukur...


SUDAH TERANG, LAGI DISULUH