Ikut

Wednesday, February 17, 2010

Glory...Glory..Man United!!



Pagi tadi, Pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah melibatkan empat pasukan dalam dua pertembungan di mana pasukan AC Milan mendapat kunjungan dari pasukan handalan, Manchester United di Stadium San Siro manakala Olimpique Lyon berdepan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid di halaman sendiri.




Pasukan aku, dulu kini & selamanya sudah tentu pasukan Manchester United. Pusingan pertama awal pagi tadi memperlihatkan pasukan Man United beraksi garang di gelanggang lawan. Kemenangan 3-2 ke atas AC Milan membuktikan peledak utama, Wayne Rooney adalah penyerang paling digeruni sebaris dengan nama seperti Cristiano Ronaldo, Ronaldinho, Kaka, Drogba & Drogba.

Mari kita lihat jaringan yang telah dihasilkan dalam perlawanan di antara Pasukan AC Milan bertemu dengan Pasukan Manchester United:



Pasukan Manchester United memperolehi gol-gol daripada pemain perancangnya, iaitu Paul Scholes (1 Gol) serta Peledak Utama Pasukan Manchester United, Wayne Rooney (2 Gol). Pasukan Olimpique Lyon menang tipis ke atas pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan jaringan 1-0. Nantikan Perlawanan yang lain dalam siaran ESPN.

GLORY....GLORY....MANCHESTER UNITED!!




2 comments:

AmiRah AmiYuki [Cik Ami] said...

sukelh 2 mu menang...

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

hehe mstilah mirah...awk pun tahu kebanyakkan laki2 msti suka sukan bola sepak. Dan saya dengan kelab Man U..huhu :)

Glory..glory..Man United!!!