Ikut

Wednesday, September 2, 2009

Part 2: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 RAMD)

Lambang Kebanggaan PKBM Darat


Dalam pertandingan ini terdapat banyak penyertaan dari seluruh Negeri Perak. Antara sekolah naungan yang dijadikan pasukan pilihan antaranya ialah Malay College Kuala Kangsar (23 RAMD), SMK King Edward VII Taiping (3 RAD) & SMK Dr. Burhanuddin Taiping (9 RRD). Pertandingan perkhemahan berlangsung selama seminggu. Beberapa kem dijadikan tempat penginapan untuk semua pasukan yang menyertainya, antara kem yang terlibat adalah Kem Batalion ke 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), Kem Batalion ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD) & Kem Markas Staf 2 Briged, Ipoh.

Hari pertama: Kehadiran para pasukan yang menyertai Pertandingan Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia peringkat Negeri Perak dan melaporkan diri di balai pengawal serta di tempatkan ke kem-kem yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan pertandingan. Hampir 600 para peserta termasuk guru pengiring yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia ini.


Para Jurulatih, Pengurus Pasukan, Guru Pengiring dan Pihak Penganjur bersidang di Markas Staf 2 Briged, Ipoh


Hari kedua: Taklimat oleh semua guru pengiring dan jurulatih bersama dengan pihak penganjur di Markas Staf 2 Briged. Undian telah dibuat untuk menentukan giliran pasukan yang akan bertanding. Papan Markah akan diletakkan pada setiap acara pertandingan yang diadakan bagi membolehkan para peserta dan hadirin dapat melihat markah yang diberikan kepada pasukan yang telah bertanding.

Sebelum bermulanya acara Kawad Senjata


Acara Kawad Senjata sedang berlangsung


Senjata M16 yang telah digunakan dalam acara Kawad Senjata


Hari ketiga: Bermulanya pertandingan acara Kawad Senjata. Acara ini adalah acara paling popular kerana acara ini sungguh menarik di mana para hadirin dapat melihat keupayaan peserta (1 platun: 30 orang + 1 Ketua Platun) menggunakan kecekapan kawad secara senyap menggunakan senjata M16. Sesiapa yang hadir cukup terhibur. Acara ini mempunyai 3 orang hakim yang sentiasa mencari & meneliti kesalahan yang dibuat. Acara ini berlangsung dari pagi sehingga ke petang. Tempat : Padang Kawad 23 RAMD.

Para peserta mengambil gambar sambil menuggu keputusan kawad


Peserta wanita mengambil pos oleh Wartawan Majalah Berita Tentera Darat Malaysia


Results (yang mana aku ingat la):~
Tempat Pertama: Malay College Kuala Kangsar (23 RAMD)
Tempat Kedua: SMK King Edward VII Taiping (3 RAD)
Tempat Ketiga: SMK Anderson Ipoh (RSD)

Ketua Platun Kawad Terbaik:~
Tempat Pertama: Sarjan Kadet Muhammad Muizzuddin Bin Azraei (SMK KE VII)
Tempat Kedua: Sarjan Kadet............................... nama apa ntah tak ingat (MCKK)

Aku la

Pingat Ketua Platun Kawad Terbaik yang dimenangi aku


Rahsia kemenangan acara Kawad Senjata:
1. Aku pilih pasukan aku berdasarkan prestasi semasa & disiplin ketika hadir ke latihan, tidak memilih bulu.
2. Sentiasa tegas & tidak ada ketawa dalam latihan.

3. Kesalahan dibuat akan dihukum walaupun sedikit.
4. Mempunyai jurulatih iaitu Sarjan Faizal & Sarjan Azahari (3 RAD) yang cukup garang.
5. Mempunyai Ketua pengurusan pasukan iaitu Kapten Ismail (3 RAD) yang sentiasa menitik beratkan kebajikan pasukan, cukup kreatif & Bijak.



P/s: Banyak lagi rahsia kemenangan yang belum diketahui. Nantikan Part 3: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 RAMD) tidak lama lagi.



Monday, August 31, 2009

Part 1: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 RAMD)




Salam. Kali ini aku terpanggil untuk menulis satu slot untuk mendedahkan rahsia kemenangan aku dan pasukan aku pada tahun 2005. Bagi yang belum tahu, korang tahu tak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) di sekolah menengah korang? ha, hal ini la yang aku nak ceritakan ni.

Aku terpanggil untuk mendedahkan rahsia kemenangan kami, kadet PKBM (Darat) SMK King Edward VII di bawah naungan Rejimen ke 3 Artileri Diraja (3 RAD) kerana atas permintaan orang-orang yang tidak puas hati dan tidak percaya akan kemenangan kami di Pertandingan Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) tahun 2005 yang diadakan di Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Ipoh.



Ramai pasukan naungan yang tidak berpuas hati termasuklah tuan rumah, 23 RAMD (pasukan naungannya: Malay College Kuala Kangsar). Sebab apa? Sebab tiap-tiap tahun 23 RAMD je menang. Mana boleh. Semua kaki penipu, main kotor. Dah la pengadil majoritinya dari tuan rumah.

Dalam pertandingan ini beberapa acara telah dipertandingkan iaitu Kawad Senjata (M16) [Berpasukan: Lelaki & Perempuan], Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan (5-7 Kilometer) [Lelaki & Perempuan] , menembak jatuh piring 50meter (Lelaki & Perempuan), menembak target (100meter & 200meter) [Lelaki & Perempuan] dan Ketua Perbarisan Kawad Senjata Terbaik [Lelaki sahaja].

Latihan Kawad Senjata sebelum bermulanya pertandingan



Taklimat sebelum bermulanya acara Kawad Senjata


Latihan Kawad Senjata


Peserta wanita dalam acara kawad senjata


Peserta lelaki dalam acara Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan bergambar bersama jurulatih pasukan mereka


Peserta wanita acara Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan menunggu giliran perlepasan


Latihan Menembak kategori wanita


........................................................................................................................................................................

P/s: Nantikan Part 2: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja) tidak lama lagi.


Kemerdekaan Malaysia ke 52


Negara Malaysia kini mengecapi keselesaan dan keharmonian berbilang bangsa dan kaum dalam satu keutamaan dan matlamat di bawah "Satu Malaysia". 31 Ogos setiap tahun merupakan hari paling bermakna dan bersejarah kepada negara kita kerana ia adalah hari kepada kemenangan yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rakan-rakannya ketika dahulu.



Era abad ke 21 ini melihatkan betapa Negara Malaysia berdiri teguh walaupun ditimpa bermacam-macam musibah seperti kemelesetan ekonomi dunia dan bencana alam. Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dunia dan setempat.



Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tidak seperti negara-negara jiran yang lain. Seperti contoh, Negara Indonesia, rakyatnya berada dalam ketakutan kerana berlakunya ancaman pengeboman di merata-rata tempat yang gagal dikesan oleh pihak polis Indonesia.





Negara Thailand, amnya di selatan Thailand, umat Islam di sana dibunuh oleh Tentera Thailand itu sendiri. Walaupun berada di negara sendiri, mereka tidak akan dapat menikmati kebebasan, keselesaan hidup dan keselamatan terjamin seperti mana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. Tugas tentera Thailand sepatutnya melindungi penduduk awam negeranya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.




Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran dan berdoa supaya kita di Malaysia ini selamat dari pelbagai ancaman keganasan disamping menjalinkan hubungan yang baik sesama kita di bawah Satu Malaysia. Eratkan perpaduan dan jauhi keganasan dan perkauman. Bersama kita menjaga keharmonian Malaysia dan saling menghormati antara satu sama lain.


Thursday, August 20, 2009

Jemput Masuk, Encik RAMADHAN


Tinggal sehari lagi Encik Ramadhan akan datang mengisi ruangan dalam bulan Islam. Encik Ramadhan sebenarnya bawa banyak bekal untuk kita tau. Sayang kalau kita tidak berebut-rebut untuk dapatkan bekalan darinya. Bermacam-macam jenis bekalan yang dibawa oleh Encik Ramadhan itu nanti. Nak tahu apa bekalannya? Mari kita lihat beberapa hadis yang menyebut tentang bekalan yang bakal dibawa oleh Encik Ramadhan itu:





Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)


Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)



Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)




Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)




Wah..Sungguh enak dan menyelerakan bekalan dari Encik Ramadhan yang telah diceritakan dalam beberapa hadis di atas. Sesungguhnya, Encik Ramadhan kita ni Kacak. Mana taknya, syaitan-syaitan pun takut dekatinya. Lantas mereka menawarkan diri untuk dikurung didalam penjara Raja Semesta Alam, siapa lagi kalau bukan ALLAH S.W.T. Hehe sian mereka itu.

Jadi, kita semua siap sedia la nak sambut Encik Ramadhan ni. Tak perlu la sampai sambut di KLIA dengan paluan kompang. Cukup sekadar persediaan diri kita.


Sunday, August 16, 2009

Tahniah!! Bravo!! Caiyok!!



Ruangan kali ini aku nak ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada adik aku nombor 4, Nurul Hanisah yang akhirnya telah dipanggil dan terpilih memasuki bidang perguruan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra Kedah.

Pada asalnya adik aku ni telah memasuki UiTM kampus Seri Iskandar, Perak. Namun berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus berakhir dengan kejayaan. Bukan senang beb nak terpilih ke dalam bidang perguruan ni. Sudah tentu dapat kerja tetap dan yang paling penting keje dengan kerajaan. Kalau Swasta ni, penat.

Hari sabtu dan ahad, semua orang cuti, pekerja sektor swasta kekadang terpaksa bekerja demi tugas. Apa-apa pun sekali lagi, Tahniah kepada adik aku sorang ni. Belajar rajin-rajin. Beat mak ayah, abang dan kakak-kakak kamu. Semoga berjaya dalam hidup.

P/s: Adik aku ni amik course Pemulihan Sekolah Rendah. Jadi tidak mempunyai masalah dan kurang tekanan. Yang paling penting, berdasarkan pengalaman ayah & mak aku di maktab perguruan Johor dahulunya, perbezaan antara IPTA & Institusi Perguruan (Maktab), di mana dalam maktab perguruan banyak ruang dan kebebasan. Tidak mempunyai banyak "Assignments" dan tekanan malahan "enjoy" dalam pembelajaran. Wallahua'lam....


Sunday, July 5, 2009

Hari Sukan SMK King Edward VII kali ke 93





Hari Kejohanan Olahraga atau Hari Sukan SMK King Edward VII kali ke 93 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan dengan penuh gilang gemilangnya dengan kehadiran tetamu yang semestinya rata-rata Old Boys, yang sanggup balik untuk melihat dan memeriahkan lagi hari sukan pada setiap tahun.

Y.Bhg. Tan Sri Dato' Ir. Tiger Jamilus Hussein diiringi Pengetua SMKE VII, En. Yahya Bin Liman, menerima lintas hormat dari para pelajar yang terlibat.

Aturcara Majlis

Lintas Hormat sedang berlangsung


Acara 8x100meter (Tingkatan 1) yang baru diperkenalkan bertujuan untuk mencari pelapis dalam acara balapan


Hari sukan SMKE VII kali ke 93 tahun ini, perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ir. Tiger Jamilus Hussein (Chairman/President/CEO KLIA Primier Holding Sdn. Bhd.), yang juga EDWARDIAN Old Boys. Kejohanan sukan kali ini menampilkan acara yang baru diadakan untuk mencari pelapis baru dalam sukan balapan iaitu acara 8x100meter (Tingkatan 1).

Antara Old Boys dan tetamu lain yang hadir menghangatkan lagi Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 ini.

Acara Tarik Tali antara Old Boys (Super Senior) vs Old Boys (Junior)

Johan Tarik Tali seperti diramal, Pasukan Tarik Tali Old Boys (Junior) menjuarainya


Setiap tahun Old Boys akan hadir memeriahkan suasana dan memasuki acara yang disediakan oleh pihak urusetia kejohanan sukan ini. Antara acara sukan yang dikhaskan untuk Old Boys antaranya adalah, sukan ragbi dan sukan hoki (Sukan tradisi di mana dilangsungkan sehari sebelum hari sukan dan melibatkan pasukan Old Boys menentang pasukan Pilihan sekolah SMKE VII), sukan 4x100 meter serta acara Tarik Tali di mana melibatkan Old Boys (Super Senior) menentang Old Boys (Junior).

Antara Old Boys yang hadir dan mengambil bahagian dalam acara 4x100meter (antara Old Boys)


Super Duper Senior (Old Boys) yang turut hadir menyaksikan kejohanan Sukan kali ini


Ramai Old Boys yang hadir untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi suasana hari kejohanan kali ini. Ramai yang rata-rata sudah bekerja di Kuala Lumpur dan ada yang belajar dan berkerja di luar negara turut hadir. Inilah kali pertama aku hadir ke Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII dalam masa 4 tahun setelah meninggalkan sekolah. Malah aku agak terkilan tahun lepas aku tidak dapat balik menyaksikan Sambutan Ulangtahun Ke-125 Sekolah King Edward VII,Taiping, Perak. Sekolah King Edward VII ditubuhkan sejak tahun 1883.

Firadaus Khazis, kawan lama aku (penuntut universiti di Australia), turut hadir ke Hari sukan SMKE VII tahun ini


Rumah Sukan PARR mencatat mata tertinggi dan secara langsungnya menjadi Johan Keseluruhan pada Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 tahun ini


Hari sukan kali ini aku dapat menemui ramai kawan-kawan lama aku yang rata-rata merantau jauh dan para guru yang pernah mendidik aku di sekolah sejak tahun 2000 hingga tahun 2004. Kawan lama aku, iaitu Firadaus Khazis, antara kawan yang berada di perantauan. Dia adalah seorang penuntut universiti di negara Australia. Tahun ini Rumah Sukan yang menjadi Johan Keseluruhan dimenangi oleh Rumah PARR (Rumah Sukan lama aku yang meninggalkan kenangan manis-manis belaka).Hehehe

Tuan Haji Akbar Bin Gani (YDP PIBG SMKE VII) menyampaikan hadiah kepada pemenang dan seterusya merasmikan penutupan Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93

Guru Kaunseling aku dulu, Ayahanda Tarmizi


Perasmian penutup kejohanan disempurnakan oleh Tuan Haji Akhbar Bin Gani (Yang Dipertua PIBG SMK King Edward VII, Taiping). Hari sukan kali ini meninggalkan kesan yang berguna kepada aku dan aku semestinya merindui suasana persekolahan di SMK King Edward VII. Aku berharap tahun depan aku masih mempunyai kelapangan waktu dan dapat menghadiri ke Hari Sukan SMKE VII serta segala Program Besar yang melibatkan Old Boys.

Gambar-gambar Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 boleh dilihat di dalam ruangan Friendster aku: http://profiles.friendster.com/28218831


"MAGNI NOMINIS UMBRA"


Friday, July 3, 2009

Piala Yeoh Teng Khoo



Salam.hehe hari ini (3hb Julai 2009) sepertimana setiap tahun sehari sebelum berlangsungnya kejohanan Sukan SMK King Edward VII, akan diadakan perlawanan Tradisi diantara Old Boys dan Team sekolah Bawah 18 tahun. Antara acara yang dijadualkan berlangsung setiap tahun adalah sukan Ragbi dan sukan Hoki. Seperti biasa perlawanan yang menjadi tumpuan ramai adalah perlawanan Ragbi yang melibatkan pasukan Old Boys dan Pasukan pilihan sekolah (bawah 18 tahun) untuk merebut Piala Tiger Yeoh Teng Khoo.

Old Boys Rugby Team 2009 (p/s: aku berdiri sebelah kanan sekali)


Old Boys (Jersi Hitam) dan Pilihan Sekolah (Jersi Merah) sedang berentap


Hujan petang tidak menjejaskan perlawanan tersebut. Rata-rata pemain Old Boys dibarisi pemain-pemain dari pasukan kelab ternama dalam liga ragbi Malaysia dan pemain-pemain Kebangsaan Malaysia. Old Boys yang juga pemain untuk universiti dan kolej masing-masing turut turun padang menyerikan dan memeriahkan corak permainan pasukan Old Boys di atas padang.

Aku bangga bergambar dengan Tiger Fazlan (Malaysia Rugby Player & Senior Aku)


Antara Otai-otai Old Boys


Aku, Imran (tengah call) dan Junior-junior aku yang hebat main ragbi


Pasukan Old Boys yang berjersi Hitam yang diketuai oleh Tiger Imran terlebih dahulu mencipta peluang dan menghasilkan try (jaringan). Pasukan pilihan sekolah yang berjersi Merah gagal menyekat kemaraan pasukan Old Boys dan hanya mampu mendapat 3 mata hasil daripada tendangan penalti.

Tarzan (firdaus) dan Aku


Aku bergambar dengan Otai dan Senior Ragbi


Walaubagaimanapun sebelum wisel penamat lagi, keputusan akhir perlawanan seperti sudah diramal. Akhirnya wisel penamat telah ditiup oleh Pengadil perlawanan yang juga guru di sekolah itu dan Old Boys (Ex-Malaysia Rugby Player), iaitu Tiger Izham Rasydi. Keputusan akhir dimenangi pasukan Old Boys dengan mata (tries) = 45-3. Piala Kejohanan dan pingat disampaikan sendiri oleh Tiger Teoh Teng Khoo.

Penyampaian Piala Kejohanan kepada pasukan Old Boys


Penyampai pingat kepada pasukan johan iaitu pasukan Old Boys (P/s: aku sedang menerima pingat dari Tiger Yeoh Teng Khoo)


Aku bersama Pingat Johan Kejohanan


Perlawanan kali ini sangat hebat dan mampu mengukur keupayaan pasukan Old Boys dan pasukan pilihan sekolah. Semua sumber gambar boleh didapati di ruangan Friendster aku.


Once A Tiger, Always A Tiger!!!