Ikut

Sunday, July 5, 2009

Hari Sukan SMK King Edward VII kali ke 93





Hari Kejohanan Olahraga atau Hari Sukan SMK King Edward VII kali ke 93 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan dengan penuh gilang gemilangnya dengan kehadiran tetamu yang semestinya rata-rata Old Boys, yang sanggup balik untuk melihat dan memeriahkan lagi hari sukan pada setiap tahun.

Y.Bhg. Tan Sri Dato' Ir. Tiger Jamilus Hussein diiringi Pengetua SMKE VII, En. Yahya Bin Liman, menerima lintas hormat dari para pelajar yang terlibat.

Aturcara Majlis

Lintas Hormat sedang berlangsung


Acara 8x100meter (Tingkatan 1) yang baru diperkenalkan bertujuan untuk mencari pelapis dalam acara balapan


Hari sukan SMKE VII kali ke 93 tahun ini, perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ir. Tiger Jamilus Hussein (Chairman/President/CEO KLIA Primier Holding Sdn. Bhd.), yang juga EDWARDIAN Old Boys. Kejohanan sukan kali ini menampilkan acara yang baru diadakan untuk mencari pelapis baru dalam sukan balapan iaitu acara 8x100meter (Tingkatan 1).

Antara Old Boys dan tetamu lain yang hadir menghangatkan lagi Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 ini.

Acara Tarik Tali antara Old Boys (Super Senior) vs Old Boys (Junior)

Johan Tarik Tali seperti diramal, Pasukan Tarik Tali Old Boys (Junior) menjuarainya


Setiap tahun Old Boys akan hadir memeriahkan suasana dan memasuki acara yang disediakan oleh pihak urusetia kejohanan sukan ini. Antara acara sukan yang dikhaskan untuk Old Boys antaranya adalah, sukan ragbi dan sukan hoki (Sukan tradisi di mana dilangsungkan sehari sebelum hari sukan dan melibatkan pasukan Old Boys menentang pasukan Pilihan sekolah SMKE VII), sukan 4x100 meter serta acara Tarik Tali di mana melibatkan Old Boys (Super Senior) menentang Old Boys (Junior).

Antara Old Boys yang hadir dan mengambil bahagian dalam acara 4x100meter (antara Old Boys)


Super Duper Senior (Old Boys) yang turut hadir menyaksikan kejohanan Sukan kali ini


Ramai Old Boys yang hadir untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi suasana hari kejohanan kali ini. Ramai yang rata-rata sudah bekerja di Kuala Lumpur dan ada yang belajar dan berkerja di luar negara turut hadir. Inilah kali pertama aku hadir ke Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII dalam masa 4 tahun setelah meninggalkan sekolah. Malah aku agak terkilan tahun lepas aku tidak dapat balik menyaksikan Sambutan Ulangtahun Ke-125 Sekolah King Edward VII,Taiping, Perak. Sekolah King Edward VII ditubuhkan sejak tahun 1883.

Firadaus Khazis, kawan lama aku (penuntut universiti di Australia), turut hadir ke Hari sukan SMKE VII tahun ini


Rumah Sukan PARR mencatat mata tertinggi dan secara langsungnya menjadi Johan Keseluruhan pada Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 tahun ini


Hari sukan kali ini aku dapat menemui ramai kawan-kawan lama aku yang rata-rata merantau jauh dan para guru yang pernah mendidik aku di sekolah sejak tahun 2000 hingga tahun 2004. Kawan lama aku, iaitu Firadaus Khazis, antara kawan yang berada di perantauan. Dia adalah seorang penuntut universiti di negara Australia. Tahun ini Rumah Sukan yang menjadi Johan Keseluruhan dimenangi oleh Rumah PARR (Rumah Sukan lama aku yang meninggalkan kenangan manis-manis belaka).Hehehe

Tuan Haji Akbar Bin Gani (YDP PIBG SMKE VII) menyampaikan hadiah kepada pemenang dan seterusya merasmikan penutupan Hari Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93

Guru Kaunseling aku dulu, Ayahanda Tarmizi


Perasmian penutup kejohanan disempurnakan oleh Tuan Haji Akhbar Bin Gani (Yang Dipertua PIBG SMK King Edward VII, Taiping). Hari sukan kali ini meninggalkan kesan yang berguna kepada aku dan aku semestinya merindui suasana persekolahan di SMK King Edward VII. Aku berharap tahun depan aku masih mempunyai kelapangan waktu dan dapat menghadiri ke Hari Sukan SMKE VII serta segala Program Besar yang melibatkan Old Boys.

Gambar-gambar Kejohanan Olahraga SMKE VII kali ke 93 boleh dilihat di dalam ruangan Friendster aku: http://profiles.friendster.com/28218831


"MAGNI NOMINIS UMBRA"


2 comments:

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Saudara Muiz,

Maaf kerana lambat mengucapkan terima kasih. Sedang memikirkan hendak menulis semasa belajar di KE dulu, 1964 - 1966. Anda ada gambar 'main building/Sheffield hostel' SMK KE? Kalau tak menyusahkan, boleh emel pada saya? Terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Saudara Muiz,

Sekiranya ada masa terluang, sila baca coretan saya bertajuk "My Fond Memories Of My Alta Mater - King Edward VII" dalam blog saya. Saya masih tidak sampai tahap mengenai cara untuk menghebahkan coretan tersebut kepada warge KE.

Bolehkah anda menghebahkannya? Terima kasih.