Ikut

Sunday, February 8, 2009

Kemelesetan Ekonomi..Mampukah Kita Harunginya??



Kemelesetan Ekonomi Dunia sekarang telah memberi kesan kepada sektor tenaga pekerja. Ini kerana, seperti di Malaysia, ramai pekerja-pekerja yang telah diberhentikan perkhidmatannya di dalam sesebuah syarikat. Sekarang ini telah jelas bahawa semua pihak perlu buka mata dengan luas tentang perkara ini.

Dalam tempoh masa kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka memakan masa yang lama ini, mari lah kita sama-sama berfikir tentang masa depan kita mahupun anak cucu kita nanti. Saya berpendapat, muda mudi yang seangkatan dengan saya, di mana baru sahaja tamat pengajian, supaya jangan terlalu memilih jenis pekerjaan. Ini kerana, ia akan memberi kesan peningkatan pengangguran di negara ini.

Tiada apa yang lebih jelas kerana dalam keadaan yang sebegini rupa, pemilihan jenis pekerjaan akan mendatangkan kerugian kepada kita malah ia akan memberi kesan kepada pemikiran kita iaitu kerunsingan dan tekanan kepada diri kita sendiri. Oleh itu, untuk para pembaca di luar sana, pekerjaan adalah amat penting bagi kita kerana ia adalah sumber pencarian rezeki kehidupan seharian kita. Jadi, janganlah menunggu dengan lama. Jika sebarang peluang yang terhidang di hadapan mata, sahut lah ia. Walaupun tiada kaitan dengan kepakaran yang kita ada. Namun hakikatnya tiada pilihan yang boleh dibuat.

Allah S.W.T telah memberi jaminan kepada setiap umatNya akan rezeki di mana-mana. UmatNya yang rajin berusaha sahaja yang akan memperolehi rezeki yang Allah janjikan itu. Marilah muslimin dan muslimat sekalian merenung sejenak, bagaimanakah keadaan kita sekara dengan situasi ekonomi dunia tak menetu ini? Adakah kedudukan kita sebagai pekerja terjamin, ataupun seperti "Telur di hujung tanduk"? Renung-renungkanlah...




4 comments:

hubahuba said...

ko ngna awek ko same jek.. suka tiru blog aku.... cis2

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

haha ko ni jeles kenapa? mana ada tiru...huhu

hubahuba said...

elelelele da tuka.... bagus2... theme blog aku aku sorang je boleh pakai... ahahahaha

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

ek eleh..aku mmg nk colour hitam..ala, design background blog tu bkn ko yang create.hehehe