Pada 11hb Februari iaitu bersamaan dengan hari khamis, dua buah kereta guru telah dicalar & ditoreh oleh pelajar dengan niat. Identiti pelajar tersebut gagal dikesan kerana tiada saksi & bukti terdapat pada kesan calar di kereta dua orang guru SMK Darul Ridwan, Taiping.
Paling malangnya, kereta seorang guru ini, adalah kereta baru. Baru sahaja dua bulan menggunakannya. Kereta jenis Honda City V-tech yang baru sahaja dibeli. Nasib aku belum tentu lagi. Entah bila giliran aku. Aku harap tidak akan berlaku pada kereta aku nanti.
Maklumlah, kebelakangan ini, aku banyak tengking & merotan pelajar SMK Darul Ridwan itu. Bukan sengaja aku merotan. Dek sebab kerja yang aku minta, gagal disiapkan oleh pelajar. Aku cukup simple. Kalau tak nak kena marah & dirotan, ikut sahaja arahan aku. Siapkan semua kerja rumah yang aku berikan. Jika tidak faham & ingin bertanyakan soalan, silakan. Jumpa aku. Itu je.
Tapi tiada seorang pun datang berjumpa dengan aku. Aku dengar komen dari guru-guru lain, sebab pelajar tak nak datang jumpa aku bertanyakan soalan, dek sebab aku ni garang. Aku garang bertempat la weh. Kalau kerja yang aku bagi, tak siap, itu yang aku mengamuk tu. Orang gila je yang merotan & marah tanpa sebab.
Aku berasa simpati terhadap dua orang guru tersebut di atas apa yang berlaku terhadap kenderaan mereka. Selepas ini, dapat tangkap pelajar tersebut, belasah cukup-cukup. Biar jadikan pengajaran yang berguna. Entah mengapa aku berasa geram nak belasah budak yang calarkan kereta guru tersebut. Errrrr...............
2 comments:
sbr la dlm jlnkn tggungjwb..
kalo leh dekati pelajar dgn cra bhemah..
student xleh blaja kalo dipksa..
cri jln mcm mne nk dekati pelajar..
kenalpsti stiap pljr n fhm mslh yg mybe diorg hadapi..
kite pon once pnah jd student gak kn?
Shue...iz ngah bersabar la ni. Huhu Terima kasih atas nasihat yang diberikan :)
Banyak pendekatan yang iz perlu buat supaya sesi Pembelajaran & Pengajaran dilaksanakan secara berkesan.
Pelajar di sini Nakal Sangat2. Cuma semua guru perlu ambil beberapa pendekatan supaya dapat settle down masalah disiplin pelajar.
Banyak yang perlu diperbetulkan. Jika iz diberi peluang menjawat Menteri Pelajaran, Iz akan teliti sesi pembelajaran di sekolah2 secara berkesan & menitik beratkan disiplin para pelajar. Banyak lagi yang iz cuba ketengahkan cuma terlalu panjang. Lagipun iz cakap pun tak guna. Menjawat jawatan Menteri Pelajaran bagi iz sekarang ini, adalah angan-angan kosong. susah hendak ke Tahap Itu. Huhu
Post a Comment