Ikut

Sunday, January 31, 2010

Pengalaman~~



Pada 6hb Januari 2010 bersamaan dengan hari Rabu, aku telah memulakan kerjaya dalam bidang perguruan. Walaupun cuma menyandang sebagai guru, ia cukup bermakna dalam hidupku. Bukan senang nak jadi pendidik.

6hb Januari 2010, aku telah ditempatkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan, Taiping. Bukan aku seorang sahaja, namun ada 3 orang guru lain yang telah ditempatkan di sekolah tersebut iaitu, Cikgu Puteri Marwani, Cikgu Hasliza & Cikgu Izzati.

Mereka bertiga adalah guru dari tahun lepas & tahun sebelumnya. 6hb Januari hari itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidupku kerana bermulanya episod pengalaman sebagai seorang guru.

Pada hari tersebut, aku & rakan2 seangkatan cuma datang ke sekolah Darul Ridwan untuk melaporkan diri & memperoleh jadual pembelajaran. Episod pertama pengajaran aku sebagai guru di dalam kelas pada 7hb Januari, iaitu keesokkan harinya. 7hb itu juga adalah hari paling bermakna untukku kerana tarikh tersebut adalah tarkh lahirku.

Alhamdulillah, walaupun pelajar di sini cukup menguji ketahanan mental aku sebagai seorang guru, namun aku telah menyerap tekanan tersebut dengan baik walaupun ia adalah pengalaman pertama seumur hidupku sebagai seorang guru.

Aku juga selesa dengan jawatan-jawatan yang diberikan kepada aku iaitu mengajar Bahasa Melayu (Tingkatan 1), Pendidikan Moral (Tingkatan 1 & 3), Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1), Guru Sepak Takraw, Guru Olahraga, Guru Kemahiran Hidup, & Guru Pengakap.

Apa-apa pun, doakan aku supaya mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi & berkesan. Aku harapkan ilmu yang aku curahkan dapat digunapakai oleh para pelajarku kelak.


No comments: