Ikut

Sunday, January 3, 2010

Kembali Sunyi



4 hari bulan Januari tahun 2010 ini, sesi persekolahan akan bermula. Rumah aku kembali sunyi. 2 orang adikku sudah balik ke institusi masing-masing. Ain balik ke Universiti Malaya, yang seorang lagi baru semalam pulang ke pangkuan Maktab Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.



Yang tinggal hanyalah mak ayah, aku, angah & adik bongsuku. Tahun lepas, 2009, kami sekeluarga tidak pergi ke mana-mana pun. Selalunya setiap tahun kami akan pergi bercuti ke mana-mana tempat yang terpilih. Mungkin tahun lepas ayah sibuk dengan kerjanya di kementerian.

Aku harap, tahun ini, adalah tahun yang memberi seribu rahmat & aku mendoakan supaya aku dapat berubah untuk kebaikan. Mungkin tahun-tahun sebelum ni aku banyak melukakan hati, menyakiti hati & bersikap zalim terhadap orang lain. Tahun ini aku tampil dengan sikap & perwatakan yang berbeza. Demi kebaikan, aku mampu mengubahnya.


5 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

hehe...biaselah da abes cuti..

hg wtpa skrg muiz? tk keje ka?

ka hg tgh tggu nk sambung blaja?

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

Hehe aku baru je pi interview guru sandaran..sementara x buat apa2 ni..aku apply gak syarikat kejuruteraan yang lain..tggu diorang panggil interview je..

ha'ah...aku plan nk smbg blajar smbil keje...so, buat PJJ...huhu

sEnyuM dEpaN cErmiN said...

salam..tergerak hatiku unt meninggalkn coretan diruangan ini setelah membaca perenggan yg terakhir berlatarkan lagu muhasabah cinta yg berkumandang di blog ini..

manusia mmg tak dapat lari dari membuat kesilapan.tanpa kita sedari kita,kan menyakiti,melukai,mahupun menzalimi orang lain samada orang tersayang,sahabat,mahupun musuh.

kita tidak pernah sedar,pada masa yang sama kita juga menyakiti,melukai, dan menzalimi diri kita sendiri.perbuatan menambah sakit dan luka, dihati orang lain,turut menambah dosa yg sedia dipikul.

andai itu yg telah dilakukan,pohonlah kemaafan daripada insan yang telah dilukai itu (moga dia memaafi,dia juga berhak menghukum kita andai itu yg setimpal dgn apa yg kita lakukn terhadapnya dahulu),pohon jua keampunan dari ilahi dan bertaubatlah.

pintu taubat msh blm tertutup.mohanlah kemaafan dan keampunan dgn bersungguh2.sesungguhnya allah tu maha pengampun..

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

Senyum Depan Cermin:

=)

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

Ghouse, aku ngah keje cikgu sandaran di SMK Darul Ridwan. Insya allah kalau ada rezeki, aku sambung blaja... :)