1 Januari 2010 (jumaat), Aku mendapat jemputan dari bapa-bapa saudaraku supaya pulang ke kampung & join diorang menggagau ikan dalam parit di hadapan rumah kampung di Sungai Kota. Seperti biasa aku tidak akan menyambut Tahun Baru Masihi setiap tahun. Aku cukup selesa dengan Sambutan Tahun Baru Hijrah.
Pagi ini, selepas subuh dalam lingkungan pukul 7 pagi aku & ayah aku menaiki kereta Toyota Vios "S" Series bertolak ke kampung. Setibanya di sana, aku terus menukar pakaian bekerja. Pada awalnya, aku di arah oleh Pak Su supaya mengaut semua pokok kiambang & buang ketepi sambil dia menjana enjin motor penyedut air dari parit depan rumah itu ke kawasan parit lain yang berdekatan.
Setelah air dalam parit tersebut mulai surut, aku, Pak Su & shahrul (sepupu aku), mula turun ke dalam parit yang penuh dengan selut itu. Kami mulakan ekspedisi menggagau ikan-ikan dalam selut & lubang-lubang. Banyak tanggapan ikan yang kami perolehi. Pelbagai jenis ikan "darat" yang kami dapat antaranya Ikan Sepat, Ikan Puyu, Ikan Keli & Ikan Haruan.
Ikan Puyu & Ikan Sepat berjaya mendapat tanggapan ikan paling banyak. Walaupun Ikan Haruan diperolehi sebanyak 17 ekor, tapi aku puas hati sebab sebilangan besar ikan haruan yang ditangkap itu mempunyai saiz yang cukup besar. Bak kata orang kampung, saiz peha manusia. Begitulah gambaran saiz Ikan Haruan yang berjaya kami perolehi.
Turut berada bersama kami adalah dua ekor biawak besar. Lantas, Pak Su berjaya membunuhnya dengan menghentakkan dua ekor biawak itu dengan kayu & sengaja di lemparkan ke tengah jalan supaya biawak-biawak itu dilenyek oleh kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut.
Ekspedisi menggagau ikan kali ini meninggalkan kenangan manis bagiku kerana dalam usaha aku menangkap ikan, aku telah disengat oleh ikan keli & aku terluka terkena duri ikan puyu. Habis jari jemari kananku penuh dengan darah namun aku cukup puas hati walaupun ia cukup pedih & agak sakit.
Setelah selesai solat jumaat, kami semua kepenatan. Apa lagi, terbongkang kat hall rumah di tingkat atas. Pukul 4 lebih, aku & ayah bertolak pulang ke Taiping membawa beberapa ekor ikan yang kami tangkap pagi tadi.
P/s: Maaf, gambar aku tak sempat ambil sebab seluruh badanku dipenuhi selut.
No comments:
Post a Comment