Ikut

Sunday, February 14, 2010

Ziarah


Hujung minggu, hari ini (14 Februari) aku & keluarga pergi ke Taman Meru, Ipoh. Kami ke sana bertujuan untuk menziarahi Opah Miah. Siapakah Opah Miah ini? Sebenarnya dia ialah isteri kedua Arwah atok aku. Isteri pertama, Arwah Opah aku.

Opah Miah menetap di Ipoh. Kami sekeluarga bertolak dari Taiping pada pukul 11.30pagi tadi. Sampai di rumah Opah pukul 1.00 tengahari. Sudah lama tidak ke sana. Jadi, aktiviti hujung minggu hari ini dimulai dengan sesi ziarah.

Di sana, kami semua termasuk keluarga Opah makan tengahari bersama. Seperti biasa, sebelum makan, ayah mulakan dengan doa selamat & doa makan. Setelah habis makan, kami bergilir-gilir menunaikan solat zuhur. Aktiviti seterusnya, biasalah, sesi berbual mesra. Maklumlah, dah lama tak berjumpa.

Setelah masuk pukul 3.30 petang, ayah menyuarakan untuk beransur. Tetapi opah ada permintaan iaitu bergambar kenangan dengan kami. Jadi, aku & keluarga tidak melepaskan peluang itu. Permintaan opah akhirnya ditunaikan. Kemudian, kami bertolak pulang ke Taiping.

Dalam perjalanan, Mak mintak singgah ke kampung halaman, di Kuala Kangsar. Walaupun Arwah Atok & Opah sudah dua tahun tiada, rumah banglo di kampung telah didiami & dijaga oleh keluarga achu & keluarga pak yang.

Aku & ayah sempat menunaikan solat asar di Masjid Diraja, iaitu Masjid Ubudiah. Aku mengajak 4 orang sepupu aku untuk turut serta solat Asar berjemaah di Masjid Ubudiah tersebut.Mereka yang terlibat ialah, Nizam, Faiz, Aliff & Bunyamin. Suasana di Masjid Ubudiah hari ini penuh dengan pengunjung asing & muslimin serta muslimat.

Setelah lama berlabuh di Kuala Kangsar, pada pukul 6.30 petang kami pulang ke Taiping. Hal ini kerana, badan terasa penat & letih. Sampai di Taiping, aku mencari bantal & katil aku dulu. Hehe macam biasa, aku layan tidur sementara menunggu azan Maghrib.


2 comments:

pika said...

rajin nye abg azraei wat blog,hehehehe

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

Hehehe terima kasih pika :) huhu boleh la...bila lapang, leh buat penulisan blog...huhu