Ikut

Saturday, February 20, 2010

A.D.A.B




Dalam kehidupan seharian kita, abab menyapa atau menegur seseorang amat penting kerana panggilan atau sapaan yang diberi telah menunjukkan imej kepada si penerima. Hal ini turut di sokong dalam Hadis Rasulullah S.A.W:

Hadis riwayat Anas Bin Malik r.a, ia berkata: Seseorang menyapa temannya di Baqi: Hai Abul Qasim! Rasulullah S.A.W berpaling kepada si penyapa. Orang itu segera berkata: Ya Rasulullah S.A.W, aku tidak bermaksud memanggilmu. Yang kupanggil adalah si Fulan. Rasulullah S.A.W bersabda: Kalian boleh memberi nama dengan namaku, tapi jangan memberikan julukan dengan julukanku.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia & umat Islam tidak seharusnya menyapa atau memanggil kawan kita, kenalan kita, sanak-saudara kita, mahupun adik beradik kita dengan nama jolokkan. Sabda Rasulullah S.A.W jelas sekali memberi mesej bahawa ISLAM mengutamakan ADAB & budi pekerti umatnya walaupun ia sekadar panggilan atau sapaan.

Kadang-kadang, di rumah sekalipun, kita tidak sedar ketika membuat panggilan dengan adik beradik kita, perkataan yang akan terkeluar dari mulut kita tidak lain & tidak bukan mesti sapaan "Hoi", "Oi", "Weh" mahupun "Ngok". Kadang-kadang juga, namanya sedap, Faizal, tetapi di panggil "Pijai". Apa salahnya panggil dengan nama penuhnya.

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian, Adab pergaulan merupakan elemen yang cukup penting dalam kehidupan seharian. Dalam Islam melarang umatnya tidak beradab sopan tidak kira sama ada pada orang lain mahupun diri sendiri. Marilah kita sama-sama berubah kepada kebaikan walaupun sebesar zarah kebaikan kita, namun lama-kelamaan ia mampu menutupi segunung dosa yang pernah kita lakukan.


SETIAP PERBUATAN MANUSIA MENCERMINKAN ADAB PELAKUAN DIRINYA

2 comments:

intanurulfateha said...

.bagus entry ni :)

http://intanurulfateha.blogspot.com/

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

terima kasih intan :)