Ikut

Saturday, February 20, 2010

Sekolah --> Cuti --> Sekolah --> Cuti



Hari isnin (22/02/2010) ini bermula persekolahan balik setelah seminggu bercuti sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Namun sekejap ja tu kerana 26 hari bulan februari ini cuti lagi. Cuti sempena Maulidur Rasul @ Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.



Disusuli kemudian, cuti persekolahan penggal pertama bermula pada 13/03/2010 hinggalah 21/03/2010. Kalau pelajar suka cuti, aku lagi suka. Takde la tension fikirkan hal di sekolah lagi. Tapi itu la, bila cuti je, aku tak ada perancangan aktiviti dalam cuti nanti.



Sure bosan. Inilah lumrah sesi persekolahan. Sekolah --> Cuti ---> Sekolah --> Cuti. Tapi belum selamat bagiku sebab aku ditugaskan untuk membuat kertas soalan peperiksaan penilaian 1 untuk subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1. Walaupun senang, aku kena rangka soalan secara berkesan & mengikut tahap kemampuan pelajar.


Kalau ramai gagal dalam peperiksaan nanti, aku kena mengadap Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Naimah, menjawab persoalan beliau iaitu mengapa pelajar ramai yang gagal dalam peperiksaan pertama kali ini. Huhu Pening kepala aku nanti.


4 comments:

hans said...

cuti dah nak habis
insyaallah
budak2 skrg bijak2

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

Terima kasih hans. Huhu ye la, budak2 skola rendah ok lagi. Dapat sekolah menengah,sakit kepala dibuatnya. Ingatkan makin matang tapi makin nakal.

Insya allah setakat ini boleh tackle problems.

mizTiramisu^_* said...

saya nak cuti yg berterusan~~~~~

Muhammad Muizzuddin Bin Azraei said...

hajar, nak cuti berterusan boleh tapi habiskan final sem dulu..hehehe :D amacam final project, dh siap ke lum?