Ikut

Monday, May 11, 2009

Mengapa Kaum Yahudi Bijak??





Salam semua. Mari kita baca apa rahsia Kaum Yahudi jadi bijak...



Mengapa Yahudi Bijak??


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.




Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Diharapkan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa, insya Allah...





Monday, April 27, 2009

Lagu SMK King Edward VII, Taiping


Salam. Bawah ni lagu kebanggaan Aku dan warga Edwardian (SMK King Edward VII):

KING EDWARD'S WILL LIVE FOREVER,
AS LONG AS THE TAIPING HILL'S STAND,
KIND EDWARD'S WILL SHINE FOREVER,
FOR THE GLORY OF THIS LAND.

IN THIS YEAR OF OUR VICTORY,
WE ARE PROUD OF THE DAYS OF YORE.

KING EDWARD VII SCHOOL WE HAIL THEE,
YOU'LL BE GREATER THAN BEFORE,
KING EDWARD VII SCHOOL WE HAIL THEE,
YOU'LL BE GREATER THAN BEFORE.

THE TIGERS ROAR LOUD AND FULL,
MAGNI NOMINIS UMBRA,
THE MOTTO OF OUR GREAT SCHOOL,
MAGNI NOMINIS UMBRA.

EDWARDIANS OLD AND YOUNG TIGERS,
LET'S UNITE IN A SONG OF GLEE.

KING EDWARD VII SCHOOL FOREVER,
IN MALAYSIA OF THE TREE,
KING EDWARD VII SCHOOL FOREVER,
IN MALAYSIA OF THE TREE.








Tuesday, April 14, 2009

Mutiara Renungan Ummah

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.

Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca.

Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.

Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.

Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.

Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.

Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.

Umat Islam mesti merenung bukan termenung.

Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.

Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.

Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.

Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.

Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.

Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.

Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat.

Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Itjima' dan Ijtihad, kelak kita terselamat dunia dan akhirat.



P/s: Renung-renungkanlah ye..


Monday, April 13, 2009

JANGAN TEGUR!!

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Jom tengok Filem Jangan Tegur yang telah berada di pawagan pada 9 April 2009.


Pontianak (Roh Baizura) di belakang lelaki ini

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.



Monday, April 6, 2009

Tahniah Legend's Knight!!

Salam. Kali ini entry ditujukan kepada pasukan ragbi Legend's Knight (Negeri Sembilan) kerana menjadi Johan CUP di Kejohanan Ragbi Sentuh 5 sebelah anjuran Multimedia University of Melaka semalam (05/04/09). Pasukan Legend's Knight yang dibarisi dengan seimbang (50% players tempatan & 50% players luar negara) berjaya merangkul kejuaraan apabila menumbangkan pasukan ragbi UiTM Melaka. Kejohanan itu telah disertai 20 buah pasukan dari IPTA dan IPTS. Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi Legend's Knight!!

Skuad Utama Legend's Knight. P/s: Aku berada di sebelah kiri Mr. Raja (kemeja biru)


P/s: Legend's Knight kelab ragbi lama aku. huhu


Friday, April 3, 2009

Persaingan Yang Tidak Sihat

Salam semua. Persaingan yang tidak sihat boleh kita lihat di dalam kehidupan setiap manusia. Persaingan yang tidak sihat memberi kesan yang akan merugikan pihak yang terlibat. Mari kita lihat beberapa contoh situasi di bawah ini di mana berlakunya persaingan yang tidak sihat:


Situasi 1:

Sebuah syarikat yang baru dibangunkan telah menjalankan road show atau jualan di sesebuah tempat. Kakitangannya terdiri daripada A, B dan C. Ada seorang pelanggan yang tertarik dengan produk jualan syarikat tersebut, si B terus melayani dan membantu menjelaskan dengan lebih tepat lagi tentang produk kepada pelangan tersebut. Pelanggan tersebuat menghampiri fasa kefahaman yang jitu dan hampir pasti membeli produk tersebut. Tiba-tiba, si C datang dan terus memotong perbualan antara pelanggan dan rakannya, si B. Si C cuba menonjolkan diri akan kebolehan dirinya mengatasi kemampuan si B. Si C menerangkan tentang produk itu balik kepada pelanggan tersebut. Raut wajah pelanggan yang senang hati sebelum ini terus berubah seperti seolah-olah makin sukar difahaminya. Lantas pelanggan tersebut membatalkan niatnya untuk membeli produk tersebut.



Situasi 2

Di sesebuah tempat, terdapat beberapa deretan rumah kedai telah dibina di situ. Seminggu kemudian, tuan punya setiap rumah kedai tersebut mula menjalankan aktiviti perniagaan. Akan tetapi, hampir separuh daripada deretan kedai tersebut menjalankan aktiviti dan membuka perniagaan makanan (kedai makan). Sebulan kemudian, masing-masing menjalankan "perang psikologi" terhadap musuh masing-masing yang bertujuan untuk memenangi hati pelanggan. Akhirnya mereka tidak bertegur siapa sejak berlaku kejadian ini.


Situasi 3

Dalam sebuah perlawanan bola sepak yang telah berlangsung di sesebuah stadium, terdapat dua pasukan yang bertanding pada malam itu. Pasukan A dan Pasukan B. Setelah hampir 45 minit usia perlawanan tersebut, masih tiada jaringan yang dapat dilakukan dan persaingan yang sangat sengit antara kedua-dua pasukan. Tiba-tiba seorang pemain pertahanan pasukan A berhasrat untuk mencederakan penyerang pasukan lawan iaitu pasukan B. Dan niatnya itu telah ditunaikan. Pengadil lantas melayangkan kad merah kerana terjahan keras telah dilakukan olehnya menyebabkan pemain lawan tersebut cedera dan diusung keluar. Setelah 90 minit tamat, tiada jaringan dapat dihasilkan.


.....................................................................................................


Di bawah ini, terdapat penjelasan bagi 3 situasi yang boleh dikatakan persaingan yang tidak sihat.

Situasi 1: Walaupun hendak bersaing, janganlah sampai customer lari dan paling teruk penyampaian tidak dapat menarik minat customer tersebut. Ini dinamakan persaingan yang tidak sihat dan ia mendatangkan penyakit hasad dengki.

Situasi 2: Situasi ini pun menjerumus ke arah hasad dengki dan persaingan yang tidak sihat. Kelak, mendatangkan pergaduhan. Dengan cara ini, akan menjauhkan lagi siraturrahim antara anda dan jiran perniagaan anda.

Situasi 3: Persaingan yang mendatangkan keburukan kedua-dua belah pihak. Yang pertama, dibuang padang dan yang kedua mencederakan orang lain. Dua-dua tidak peroleh keuntungan. Yang teruknya kawan yang cedera itu la.


P/s: Selalunya situasi perniagaan (Situasi 2) di atas, merujuk kepada bangsa melayu. Entah mengapa suka sangat bersaing dengan jenis ekonomi yang sama. Bukan tak boleh meniaga benda lain. Buka kedai runcit ke, kedai elektrik ke, kedai apa-apa saja yang boleh memberi pulangan yang bersih.



Tuesday, March 31, 2009

Renungan: Penyakit Hasad Dengki (PHD)


PENYAKIT HASAD DENGKI = PERANGAI SYAITAN


Salam semua pembaca,

Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

“Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantap.

Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

” Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi


Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.



Friday, March 27, 2009

U.K's: Bila Diri Disayangi...


Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri






Monday, March 16, 2009

TAWARAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI yang berkelayakan untuk memohon memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kadet dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


SYARAT KELAYAKAN

1. Umur (pada 31 Dis 2008)

a. TDM
(1) Calon Awam: 17 tahun 6 bulan hingga 25 tahun.
(2) Calon Askar Laskar: Tidak melebihi 28 tahun.

b. TLDM
(1) Calon Awam: 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.
(2) Calon Askar Laskar: Tidak melebihi 28 tahun.

c. TUDM (Juruterbang)
(1) Calon Awam sahaja: 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.


2. Fizikal
a. Tinggi minimum: 1.57m.
b. Berat minimum: 47.5 kg
c. Ukuran dada: 76 sm
d. Body Mass Index (BMI): 16.4 hingga 26.9


3. Taraf Kesihatan:
Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan oleh ATM.


4. Taraf Perkahwinan:
a. Calon awam -Bujang
b. Calon Askar Laskar -Bujang/Berkahwin


5. Kelayakan Akademik:

a. Perkhidmatan TDM:
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik, Sains atau Fizik atau Kimia, Bahasa Inggeris dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran lain.

Anggota Gerup Gerak Khas (GGK)


b. TLDM
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik, dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran berikut:
(1) Sains atau Sains Tambahan atau Fizik atau Kimia
(2) Prinsip Akaun
(3) Perdagangan
(4) Matematik Tambahan
(5) Teknologi Maklumat atau Reka Cipta
(6) Ekonomi Asas
(7) Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automotif atau Teknologi Elektronik atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyemanan Udara atau Teknologi Elektik.
(8) Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Lukisan Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyamanan Udara.

Anggota Pasukan Komando Angkatan Laut (PASKAL)


c. Perkhidmatan TUDM (Juruterbang)

Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia dan SATU (1) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran berikut:
(1) Matematik Tambahan
(2) Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyamanan Udara.
(3) Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Automotif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara.
(4) Sains Tambahan atau Biologi atau Sains
(5) Teknologi Maklumat atau Reko Cipta

Anggota Pasukan Komando Angkatan Udara (PASKAU)



SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

6. Calon-calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai pegawai selepas tamat latihan. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan pegawai yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


GAJI DAN ELAUN

7.Gaji Pegawai Kadet. Gaji sepanjang tempoh pengajian dan latihan adalah seperti berikut:

Tahun 1: RM 976.96 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)

Tahun 2: RM1063.48 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)

Tahun 3: RM1150.00 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)


8.Elaun dan Kemudahan*. ATM menyediakan pelbagai elaun serta kemudahan merangkumi:
a. Elaun Khidmat Tentera, Elaun Pakaian Seragam Pegawai, Elaun Pakaian Istiadat, Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dan Dobi Percuma (semasa kursus).
b. Program Pengajian Peringkat Diploma Pengurusan (TDM) dari Universiti Terbuka Malaysia, Diploma Pengurusan Teknologi (TLDM) dan Diploma Mekanikal Aeronautikal (TUDM) dengan Universiti Teknologi Malaysia secara Percuma.
c. Kemudahan Mes, Sajian dan Rumah Keluarga.
d. Pakaian Seragam.
e. Potongan Tambang untuk Perjalanan Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.
f. Rawatan Perubatan dan Pergigian.
g. Waren Perjalanan tahunan untuk bercuti bersama keluarga.
h. Peluang melanjut pelajaran ke IPTA tempatan dan Luar Negara di bawah Skim Pengajian Tinggi.
i. Kemudahan pinjaman kerajaan membeli rumah/kenderaan/komputer.
j. Pinjaman Pendidikan di bawah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT)
k. Cuti Tahunan.

*Kemudahan yang disediakan ini tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan.



TATACARA PEMOHONAN

9. Tiada borang disediakan. Pemohon yang berminat hanya perlu menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan SPM/SPMV atau setaraf
b. Salinan Kad Pengenalan
c. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d. Salinan Sijil Lahir
e. Salinan Sijil Kokurikulum
f. Dua Helai Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem 50 sen dan Beralamat Sendiri. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat Malaysia atau Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).


10. Pemohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti di atas.


UNTUK PERTANYAAN:
Talian: 03-20712382 (Lt Kol Mohd Nasir), 03-20712387 (Kapt Ruhaizi TDM),
03-30714524 (Lt Suariff TLDM), 03-20714526 (Kapt Mohd Azrol TUDM),
03-20712391 (Kaunter Pertanyaan). atau Talian Bebas Tol: 1-800-88-7588
No. Faks: 0326985340, 03-26986235. Email: ctk.mtk@mod.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan: 21 MAC 2009


MAKLUMAT PENTING:
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 14 JULAI 2009 adalah dianggap Tidak Berjaya.




NOTE: Petikan di atas diambil dari Ruangan Iklan Akhbar Berita Minggu (Ahad: 15 Mac 2009)




Friday, March 13, 2009

Renungan: Suami Mati, Isteri Gila

Pagi itu, seperti biasa Nurul, 34 melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya. Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat.

Sikapnya itu, bukan sekali dua menimbulkan perasaan jengkel di hati teman-teman setugasnya. Pun begitu, Nurul tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman-teman sepejabatnya itu.
Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Nazri, 42 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya.

Sebenarnya, dia sudah lama memendam perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi "orang kanan" di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda.

Nurul bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai tiga anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari. Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Nurul sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan "up to date", mengghairahkan dan mendapat perhatian Nazri. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu.

Melihatkan lagak Nurul itu, iman Nazri entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Nurul. Respon daripada Nazri itu, benar-benar membuatkan Nurul bagaikan berasa di atas awan. Tambah pula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata-kata romantis dan memberahikan daripada lelaki idamannya itu.

Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutama isteri Nazri dan pekerja di syarikat kecantikkan itu.

Sepanjang perhubungan mereka itu, bukan sekali dua Nazri mencuit tubuh gebu Nurul. Cuma Nurul saja yang buat-buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Nazri rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Nurul jatuh juga dalam dakapan Nazri.
Petang itu Nurul sengaja pulang lewat. Kebetulan, dia perlu menyediakan beberapa fail untuk dibawa ke meja mesyuarat. Walaupun kerja itu bukan di bawah tanggungjawabnya, namun Nurul rela hati untuk melakukannya.

Tanpa pengetahuan sesiapun, rupa-rupanya dia dan Nazri sudah merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat di syarikat itu. Tambah memudahkan rancangan, isteri Nazri pula tidak ada kerana mengikuti kursus rawatan kecantikkan di Pulau Pinang selama lima hari.

Maka, melonjak riang kedua-dua pasangan "kekasih" itu. Petang itu, kedua-duanya melunaskan "hajat" mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap "bersama".




Nurul benar-benar seorang "pelakon" yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. "Keperluan" suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa-apa. Walaupun suaminya sering kurang senang dengan cara dia berpakaian apabila ke pejabat, namun dia pandai memberi alasan. Namun Nurul lupa akan sesuatu yang pasti.

Ya! Sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari akan jatuh ke tanah juga. Suatu hari, seorang pekerja di syarikat itu terserempak dengan mereka berdua di sebuah restoran makanan segera. Nurul dan Nazri terkejut tapi, mereka cuba berlagak biasa. Nurul sudah dapat mengagak pasti akan kecoh di pejabat kelak.

Namun, dia bagaikan tidak percaya bila tiada seorang pun yang membuka cerita tentang hal itu. Dalam diam, dia menjeling ke arah Yana yang terserempak dengannya itu. Namun air muka sahabatnya itu seperti biasa. Tiada sebarang tanda kecurigaan di wajah itu.

Ditakdirkan, beberapa bulan kemudian Nurul disahkan mengandung. Orang yang paling gembira, tentulah suaminya sendiri. Sebaliknya Nurul jadi bingung, anak siapakah yang dikandungnya itu, anak suaminya atau anak Nazri?

Apa yang membuatkan dia sedih tidak keruan, Nazri seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berita kehamilannya diberitahu. Ada saja alasan setiap kali dia ingin menemui Nazri. Malah Nazri sudah mula memarahinya dan tidak melayannya semesra dulu. Bulan berganti bulan, perut Nurul semakin sarat.

Begitu jugalah kebimbangan yang bergolak di jiwanya saat itu dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa derita perasaannya ketika itu. Tambah memilukan, dia dilayan bagaikan minyak yang penuh oleh suaminya. Dia tidak langsung dibenarkan membuat kerja-kerja berat. Suaminya itu bimbang kandungannya akan keguguran, maklumlah sudah lima tahun dia tidak mengandung sejak melahirkan dua orang anaknya itu.

Rasa bersalah dan berdosa semakin menghimpit dadanya, semakin baik layanan suaminya itu, semakin derita perasaan Nurul. Walaupun belum terbukti anak yang dikandungnya itu adalah anak Nazri, tapi dia seolah-olah pasti anak itu benih Nazri. Kerana, sebelum dia mengadakan hubungan intim dengan lelaki itu, hubungan kelaminnya bersama suami tetap berjalan seperti biasa, namun satu pun tidak "lekat". Jadi, tidak syak lagi benih itu adalah kepunyaan Nazri, "kekasih gelapnya" itu.

Tiba harinya, Nurul di masukkan ke wad bersalin. Meskipun waktu untuk melahirkan telah sampai, namun kandungannya seperti enggan keluar walaupun puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan. Derita Nurul benar-benar menyedihkan si suami. Dia berdoa pada Tuhan, agak beban berat isteri tercinta diringankan. Dia tidak sanggup melihat isterinya mengerang kesakitan.

Sedang Nurul mengerang kesakitan, dia menyeru nama suaminya dengan penuh kepayahan. Dengan linangan airmata, Nurul menceritakan segala rahsia sulitnya dan memohon kemaafan daripada si suami. Dan mendengar berita itu, si suami bagaikan dipanah petir. Siapa yang tidak terseksa batinnya, apabila isteri yang dicintai sepenuh hati berlaku curang. Malah, sanggup ditiduri lelaki lain dan sedang berperang nyawa untuk melahirkan hasil hubungan sulit mereka itu.

Namun, Nurul terus merayu-rayu. Dan hati kecilnya tidak sampai hati melihat keadaan Nurul ketika itu. Sebagai seorang manusia, dia masih mempunyai perikemanusian. Sejurus lafaz maaf disebut dibibir si suami, kandungan Nurul meluncur keluar dengan mudahnya dan saat itu jugalah si suami rebah ke lantai.

Nurul yang masih dalam kesakitan, tergamam dengan keadaan itu. Namun keadaan dirinya yang lemah, membuatkan dia sendiri tidak sedarkan diri. Selepas dua minggu di hospital, Nurul dibenarkan pulang. Keadaanya seperti tidak siuman, dia hanya diam dan sesekali ketawa walaupun ketika itu diberitahu si suami sudahpun meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anak.

Kini, Nurul dirawat di rumah sakit jiwa dan tiga orang anaknya itu dijaga oleh ibu bapanya di kampung. Walaupun tidak ramai yang tahu apa puncanya dia jadi gila, namun hanya seorang saja tahu sebab musababnya. Iaitu teman sekerja Nurul yang tahu akan hubungan sulitnya dengan Nazri.



Hasil Tinta: Muhammad Muizzuddin Bin Azraei




"Jangan Perangi Stress Tapi Fokuslah Pada Keinginan Mahu Merasai Kegembiraan..............."


Salam semua. Kata-kata motivasi yang cuba saya sampaikan ini adalah: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka”.

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.

Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!

Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.

Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.

Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah anda berlawan dengan percakapan buruk orang lain terhadap anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.

Semoga apa yang cuba saya sampaikan dapat dijadikan panduan anda semua. Saya cuba bagi yang terbaik walaupun saya bukan pakar motivasi tapi banyak pandangan dan cerita tauladan yang banyak memotivasikan diri ini dapat saya kongsi bersama dengan anda semua.



Wednesday, March 4, 2009

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Malaysia yang ke-76... GEMPUR WIRA!!!


Salam. Semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa sambutan Hari Tentera Darat yang ke 76 diadakan dengan gemilang dan penuh istiadat yang bertempat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Negara kita mencatat sejarah apabila pada perbarisan kali ini, buat pertama kali seorang pegawai wanita, Kapten Normie Fathma Binti Abdul Rahman, 26, diberi tanggungjawab sebagai adjutan (orang yang memberi arahan kepada perbarisan yang diadakan itu).

Suara nyaringnya memberi arahan memecah tradisi perbarisan yang sebelum ini dipelopori pegawai lelaki. Pada majlis yang sama, dua lagi pegawai wanita iaitu, Kapten Diana Hamdan, 27, dari Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan Kapten Siti Norfahana Mohd Aminuddin, 26, dari Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah menerima "Sayap Penerbangan" serta bakal melayakkan mereka menjadi pembantu juruterbang helikopter kebanggaan Tentera Darat, Agusta A109 LOH dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).


Saya di sini berasa bangga kerana Sambutan Tentera Darat disambut dengan gilang gemilang dan penuh istiadat. Kejayaan seperti ini memberi semangat kepada saya untuk berjuang habis-habisan untuk membuktikan kemampuan diri saya supaya sebaris dengan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia yang menjadi kebanggaan negara. Saya berazam untuk memperbaiki segala kelemahan diri supaya dapat menjadi lebih baik.

Syabas saya ucapkan kepada tiga orang pegawai wanita yang berjaya menaikkan martabat kaum hawa dan memecah tradisi Tentera Darat Malaysia. Saya berharap dengan keupayaan dan kekuatan Tentera Darat kini mampu menarik minat para generasi muda menyertai dan mencuburi profesion Angkatan Tentera Malaysia.


GEMPUR WIRA!!!







Tuesday, March 3, 2009

Contoh Resume. Moh Kita Nengok....


Salam semua. Di bawah ini saya ada paparkan contoh resume untuk tatapan kita bersama. Jadi, sesiapa yang tak tahu nak buat resume, follow je butiran-butiran penting di bawah ini. Paparan ini khas untuk para graduan & penganggur yang mula melangkah ke alam pekerjaan. Selamat mencuba!!


Nicholas Azizan
No. 2, Jalan Mata Kuching
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Nicholas Azizan
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 30 Jun 1984
Bangsa: Melayu
No. K/P: 84xxdd-aa-ssss
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2007

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2003

Institusi: Sekolah Datuk Abdul Ghaffar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik


"Karier Anda Bermula Di Sini"