Ikut

Friday, March 23, 2012

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA

Assalammualaikum.


PROGRAM BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT PERDANA telah diadakan sempena Peperiksaan Akhir Semester 2/2011/2012. Program ini adalah anjuran Pusat Islam Universiti Selangor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN). Juru Gambar: Saudara Razin dari Kelab Mahasiswa Pengajian Islam (KMPI)












Tuesday, March 20, 2012

Freehair kepada Tudung, Bolehkah?

Assalammualaikum w.b.t

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

[AN-NUR: 31]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.



Khas untuk wanita/perempuan/muslimat di luar sana, apa tunggu lagi. HIJRAHlah demi kebaikan dunia & akhirat. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjadikan anak cucu ADAM & HAWA adalah SEMPURNA akalnya. Fikir + Lakukan = Kejayaan!!
Wallahua'lam~~

Pegang Tangan Haram Ke Halal?

Assalammualaikum w.b.t

Sedikit renungan untuk kita bersama. Dalam kesibukan kita menilai Halal & Haram dari segi makanan, mahupun barangan, sedarlah, apa yang perlu kita betulkan dahulu. Sebenarnya, perubahan dalam diri kita bergantung sepenuhnya kepada sifat & kehendak diri kita. Hati kita adalah peranan utama sebagai penggerak terhadap pelaksanaan matlamat & tujuan. Jadi, sebelum kita bergerak lebih jauh, betulkan diri kita dulu. Dalaman kita. Berubah ke arah kebaikan. Mari sama-sama kita lihat pada paparan gambar di bawah ini. Sedikit bingkisan/ coretan untuk tatapan, penilaian serta renungan kita bersama. Wallahua'lam


Monday, March 19, 2012

G.O.O.D L.U.C.K!!

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2/2011/2012 
Kepada Semua Mahasiswa/wi UNIVERSITI SELANGOR!!


Bittaufiq Wannajah Fitu Imthan , Moga Jannah~~

Wednesday, March 14, 2012

IMAM MUDA: "Orang Muda Geng Kita"







PROGRAM "KARNIVAL KO-KURIKULUM" BERSAMA IMAM MUDA:
1. IMAM MUDA TAUFEK
2. IMAM MUDA HIZBUR
3. IMAM MUDA MIRIL

-----------ORANG MUDA GENG KITA------------

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

SKEMA 9~~ JOM KITA KE SANA!!





SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA ke-9 [SKEMA]
Tajuk-tajuk slot yang hangat!!
1- "Antara Cinta dan Cita-cita" - Sir Azmi Bahari Of Langit ilahi
2- "Mahasiswa Dinamik, Peneraju Perubahan" - PM Dr. Khairiyah
3- Forum: "Kepimpinan Generasi Muda: Menyalakan Kembali Obor Yang Terpadam"

HANYA RM10 sahaja!!~~~
Makanan Pagi & Tengahari Disediakan.
Begitu Juga Dengan Sijil~~


Wednesday, February 22, 2012

Mari Muhasabah Diri Kita

Assalammualaikum w.b.t

Saya mengajak semua rakan blog & diri saya sendiri, sama-sama kita beristighfar serta muhasabah diri kita. Yang mana dosa-dosa besar mahupun kecil yang pernah kita lakukan, kita tinggalkan. Mulakan kehidupan baru dengan perubahan diri yang positif. Jadilah insan yang cemerlang dalam agama, kehidupan dunia & akhirat. Kalau duduk berlepak atau bersahaja, ringan-ringankanlah mulut kita menyebut kalimah Allah, memuji Allah & beristighfar mengingati perbuatan yang pernah kita lakukan. 

Mari sama-sama hanyati & beristighfar bersama sambil mendengar lagu di bawah ini. Selamat beramal.



Jom Imarah Masjid

Assalammualaikum w.b.t

Insya Allah, sama-sama kita imarahkan masjid berdekatan kita kerana sesungguhnya masjid adalah tempat mengukuhkan ukhwah sesama kita selain sebagai tempat beribadat. Banyak manfaat kita berada di masjid. Insya Allah, terdetik di hati untuk ke masjid, teruskan kaki melangkah ke arahnya. Sesungguhnya musuh-musuh Islam, Yahudi amnya amat takut melihat umat islam berkumpul & mengerjakan solat berjemaah di masjid kerana pada dasarnya kekuatan umat islam adalah bermulanya di masjid. wallahu'alam~~




Belanjawan Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam

Assalammualaikum w.b.t.

Khas untuk pasangan yang sedang bercinta. Tamatkanlah hayat "coupling" ini dengan akad nikah. Anda bijak jauhi zina, insya Allah. Berubahlah untuk kebaikan diri, dunia & akhirat.



Kursus Pra-Perkahwinan Universiti Selangor Siri 7/2012




Sila dapatkan borang kursus pra perkahwinan ini di dalam laman web jabatan agama islam selangor atau datang sendiri ke masjid universiti selangor untuk dapatkan borang & buat tempahan serta bayaran kepada pegawai-pegawai Pusat Islam universiti selangor. Terhad kepada 200 peserta.

Monday, February 13, 2012

14 FEBRUARI



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum w.b.t.


Orang Yang Dekati Zina & Sambut Hari Valentine Adalah Orang Yang Tiada Pegangan Agama Yang Teguh. Hadirilah Majlis-majlis Ilmu Supaya Dapat Pengetahuan Yang Luas & Boleh Menilai Yang Mana Adalah Pahala & Yang Mana Adalah Dosa.


VALENTINE








VALENTINE: Adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!

Jadi. mengapa kita yang ISLAM, ingin menyambut Hari Valentine ini?? kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan ISLAM kita di Sepanyol. Kalau anda meraikan HARI valentine ini maka anda meraikan kejatuhan ISLAM. nauzubillah! fikir2kanlah.

Tuesday, October 18, 2011

JEMPUTAN KE PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SEMESTER JUN 2011




SEMUA DI JEMPUT HADIR:




P/s: Terima Kasih Kepada Unit Rekod Majlis Perwakilan Nuqaba' kerana menghasilkan banner untuk Solat Hajat Perdana ini.