Hari ni, 7 september 2009 adalah hari peristiwa turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad. Senang cerita hari Nuzul Quran. Jadi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.
Malam semalam, aku dan ayah aku hadir dalam program sempena Nuzul Al-quran ni. Sebelum berbuka di Masjid, Imam Masjid Daerah Taiping adakan Tahlil. Kemudian kami mengerjakan solat tarawikh 8 rakaat sahaja kerana di Masjid Daerah Taiping ada Program Ceramah berkenaan Nuzul Al-Quran. Ceramah di sampaikan oleh Al-hafiz Ustaz Rais, Pensyarah Fakulti Usuluddin Kolej Islam Darul Ridzuan.
Tepat pukul 4 Pagi, bermulanya Program Kiamullail (Solat sunat Tahajud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat). Program Kiamullail itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Daerah Taiping, Al-Hafiz Ustaz Ridzuan. Selepas solat subuh, ceramah Nuzul Al-Quran sekali lagi disampaikan oleh Ustaz Rais.
Tengahari, aku keluar bersama ayah dan mak aku pergi ke Taiping Sentral membeli belah kain langsir untuk aidilfitri yang tidak lama lagi menjelma. Adik aku yang tidak menang tangan menjahit baju-baju yang ditempah oleh pelanggannya, turut jadi mangsa terbaru kami sekeluarga untuk menyiapkan langsir di ruang tamu.
Kemudian, aku sempat singgah ke kedai Al-Ihsan untuk membeli kasut bola aku. Sebenarnya aku dah lama taram kasut Adidas F5 warna biru tu. Akhirnya impian aku tercapai jua hari ini. Kebetulan promosi harga di kedai Al-Ihsan itu. Aku tanpa melengahkan masa lagi, terus sambar je kasut tu, then bayar di kaunter. Hehe tak sabar nak rasmi kasut Adidas ni selepas raya...

Setelah selesai di kedai Al-Ihsan itu, aku bergerak ke sebuah Kilang pembuatan pakaian berjenama yang berdekatan dengan rumah aku. Cakap je jenama apa yang korang nak, Alain Delon, Dockers, apa lagi? Semua ada. Tapi malangnya semua di kilang tu adalah barangan jenama untuk kaum lelaki sahaja. Kilang itu export ke Singapura. Kebetulan taukeh kilang itu, kenalan ayah aku. Dapat beli dengan harga yang murah. Pelanggan yang lain ramai yang datang ke situ memilih pakaian untuk dibeli namun ada ramai lagi yang tidak tahu kedudukan kilang tersebut. Alangkah malangnya mereka. Hehe Aku beli sehelai seluar Alain Delon, dan ayah aku beli 3 helai seluar berlainan jenama untuk kegunaan ke pejabat.
Kemudian, tepat pukul 3.45, kitorang sampai ke rumah. Masing-masing letih dan kepenatan. Selepas tunaikan solat zohor, terus kami lena. Zzzzz...........
2 comments:
huish..loaded yer..bile nk banjer nie????hehehe
huhu mana ada loaded..kumpul duit, baru leh dapat beli barang2 tu..ye sayang, nnti abg bg dia duit raya ye..cyg dia..
Post a Comment