Ikut

Wednesday, September 2, 2009

Part 3: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 RAMD)


Lambang Kebanggaan PKBM

Hari keempat: Acara Baca Peta dan Pergerakan Terpantas di dalam Hutan. Satu pasukan: 10 orang peserta + 5 orang simpanan. Tepat pukul 7.30 pagi, semua pasukan naik ke Trak 3 tan masing2 dan bergerak secara berkumpulan ke Hutan Sungai Siput. Sampai di sana, taklimat lengkap telah diberitahu oleh ketua pengelola keselamatan iaitu Mejar Razak. Setelah tamatnya taklimat, ketua pasukan akan menyabut undi untuk menentukan giliran pasukan masing-masing. Nyaris aku buat cabutan giliran dan pasukan aku dapat kelompok pertengahan.

Semua ada 3 check point. Check point pelepasan, check point pertengahan & check point penamat. semua jarak dalam lingkungan 7-12kilometer. Setiap pasukan yang berlepas, akan dicatat masa perlepasannya & setiap check point para hakim akan mengambil masa ketibaan pasukan supaya mereka dapat meneliti & mengira sepantas mana sebuah pasukan itu membaca peta & berlari ke arah tuju yang terdapat dalam peta Hutan Sungai Siput tersebut.

Ada pasukan yang sesat & ada pasukan yang keletihan. Papan pemarkahan muktamad menyatakan pasukan aku iaitu pasukan SMK King Edward VII berjaya sampai di check point penamat yang betol & masa terpantas dicatatkan. Walaupun keletihan, kami berasa puas kerana berjaya menewaskan pasukan naungan infantri yang berlagak giler iaitu MCKK (23 RAMD -Tuan Rumah) & SMK Dr. Burhanuddin (9 RRD).

Result Kategori Lelaki (yang aku ingat je la):~
Tempat Pertama: Pasukan SMK King Edward VII Taiping (3 RAD) [Catatan masa: 1jam 45minit]
Tempat Kedua: Pasukan SMK Dr. Burhanuddin Taiping (9 RRD)
Tempat Ketiga: Pasukan.......tak ingat nama pasukan tu.


Rahsia Kemenangan kami:~
1. Aku sebagai ketua pasukan telah dibantu oleh kawan aku yang cekap iaitu saudara Shukri Ahmad Ikram (sekarang dia seorang pegawai tentera, Lefternan Shukri Ahmad Ikram -Kem Lok Kawi, Sabah]

2. Aku pilih anak-anak buah aku dari golongan atlit sekolah & negeri supaya diorang berlari tanpa rasa penat. Alhamdulillah diorang memang Fit!!

3. Ilmu peta Artileri lagi tepat dari infantri yang lain. Kitorang bersyukur bawah naungan Artileri. Itu sebab aku baca koordinat & cari kedudukan check point dalam peta tu senang je. Tak de sampai sesat.

4. Aku latih anak-anak buah aku berdisiplin, tidak kenal erti penat, cergas & mental kental.

5. Jurulatih aku, Sarjan Faizal memang bijak ajar aku pada malam sebelum pertandingan acara baca peta tersebut. Kebetulan aku cepat tangkap apa yang diajarkannya itu.

6. Aku tidak sama sekali benarkan anak-anak buah aku mengisi Poches (tabung air tentera) untuk bekalan kerana ia memberatkan lagi badan kita ketika berlari.

7. Aku latih anak buah aku melipatkan lengan baju no. 4 tu supaya tidak rimas & tidak merasakan bebanan ketika berlari di dalam hutan.
8. Tidur yang secukupnya.


Hari kelima: Acara terakhir yang berlangsung pada hari kelima ini iaitu acara menembak (acara menembak jatuh piring, menembak target). Acara ini berlangsung dari pagi sampai ke petang, disusuli dengan majlis penutupan pertandingan. Acara ini berlangsung di Padang tembak Rejimen 2 Renjer Diraja (2 RRD) yang bersebelahan dengan Kem 23 RAMD. Semua peserta berkumpul di setiap khemah pasukan yang disediakan oleh pihak penganjur. Acara menembak jatuh piring kategori lelaki & wanita mendahului acara apa pagi tersebut. Disusuli kemudian acara menembak target lelaki & wanita dengan jarak 100 meter & 200 meter.

Aku bergambar dengan sepupu di Padang Tembak 2 RRD, Ipoh


Dari kiri: Hasbullah, Aku & Usop

Akhir sekali petang tersebut berlakunya Majlis Penutupan Pertandingan Perkhemahan Tahunan PKBM Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 2005 & Penyampaian Hadiah. Perasmian & penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 2 Briged ketika itu, iaitu Panglima Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Shoheimi Abbas. Ketua Perbarisan, telah diambil alih oleh, Sarjan Kadet Muhammad Muizzuddin Bin Azraei dari Kontinjen 3 Rejimen Atileri Diraja (3 RAD). Acara Hormat Panglima adalah acara rasmi sempena penutupan majlis kepada Panglima 2 Briged.

Aku mengetuai Perbarisan Penutupan Pertandingan Perkhemahan Tahunan PKBM (Darat) 2005


Suasana Majlis Perbarisan Penutupan


Ketika sedang melapor kepada Panglima


Aku menerima medal dari Panglima Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Shoheimi Abbas


Results Acara Menembak Jatuh Piring Lelaki (yang mana aku ingat je):~
Tempat Pertama: Pasukan SMK Dr. Burhanuddin Taiping (9 RRD)
Tempat Kedua: Pasukan MCKK (23 RAMD)
Tempat Ketiga: Pasukan...........Tak ingat la nama pasukan tu.

Results Acara Menembak Target Lelaki (yang mana aku ingat je):~
Tempat Pertama: Pasukan MCKK (23 RAMD)
Tempat Kedua: Pasukan SMK Dr. Burhanuddin Taiping (9RRD)
Tempat Ketiga: Pasukan SMK King Edward VII Taiping (3 RAD)

Result Penembak Terbaik Keseluruhan:~
Tempat Pertama: Sarjan Kadet............Tak ingat nama dia (MCKK)


Rahsia Kemenangan:~
1. Walaupun mendapat tempat ketiga acara menembak target, tapi kami punya mata tidak jauh beza dengan pasukan di tempat pertama & kedua. Kami berlatih dengan memberi fokus yang lebih kepada sasaran (target).

2. Jurulatih melatih kami cara menembak dengan baik & kami melakukannya lebih baik dari apa yang telah kami lakukan sebelum ini.
3. Komitmen yang tinggi terdapat di dalam diri setiap peserta menembak yang terpilih.

4. Kepakaran melepaskan tembakan ke sasaran & ketajaman mata mengesan sasaran sejauh 200 meter & 100 meter.
5. Peserta pasukan kami bijak mengawal pernafasan ketika melepaskan tembakan.



Results Keseluruhan (yang aku ingat je la):~
Tempat Pertama: Pasukan SMK King Edward VII Taiping (Kontinjen 3 RAD)
Tempat Kedua: Pasukan MCKK (Kontinjen 23 RAMD -Tuan Rumah)
Tempat Ketiga: Pasukan.....Tak ingat nama pasukan tu (Kontinjen 2 RRD)



P/s: Jadi, kepada pengkritik pasukan aku dahulunya, tolong tutup mulut sebab korang berjaya pun dengan cara kotor bukan dengan cara berusaha. Kami sampai ke tahap itu pun tiada bantuan lain melainkan usaha kami yang tidak kenal erti penat.

No comments: