Salam kepada semua. Kali ini saya nak berkongsi dengan kalian tentang hukum mendengar khutbah. Saya ada terbaca dalam sebuah blog Ustaz Azhar Idrus tentang soal jawab terhadap hukum hakam mendengar khutbah jumaat. Mari kita lihat dan membaca petikan yang diambil dalam laman blog Ustaz Azhar Idrus:
Hamba Allah:
Ustaz, teks khutbah jumaat selalunya penuh dgn fakta dan ilmu. selalunya selepas habis solat jumaat itu kita akan lupa ilmu dan perkara yg disebut semasa khutbah jumaat tadi. Boleh ke semasa khatib baca khutbah kita catat isi-isi penting khutbah pada kertas? adakah luput pahala mendengar khutbah sekiranya kita berbuat demikian. terima kasih.
--------------------------------------
Al-Hafiz Ustaz Azhar Idrus:
Sunat hukumnya ketika khutbah sedang dibaca kita menumpukan perhatian kepada nasihat yang sedang disampaikan. Jika apa yang disampaikan itu akan hilang dari ingatan melainkan kita catat nasihat2 tersebut maka hukumnya adalah harus kerna mencapai maksud khutbah dibaca yaitu diamalkan oleh pendengar.
Daripada apa yang kita ketahui, jelas bahawa mendengar khutbah amat penting dan amatlah rugi bagi seseorang yang tidur ketika khatib membaca khutbah. Setelah saya membacanya, saya baru sedar dahulu ketika berada di zaman persekolahan, pelajar senior di asrama selalu menegaskan membawa buku nota untuk dijadikan "Ta'lim" dan mencatat sinopsis atau isi penting dari setiap khutbah jumaat. Ketika itu saya tidak terfikir bahawa kegunaan buku Ta'lim tersebut sebagai bahan panduan rujukan dan ulangkaji tentang setiap apa yang disampaikan oleh khatib semasa khutbah jumaat. Untuk para pembaca sekalian, mendengar khutbah besar ertinya daripada tido atau berkhayal yang menyebabkan apa yang disampaikan dalam khutbah jumaat itu hilang dari ingatan.
No comments:
Post a Comment