Ikut

Sunday, February 8, 2009

Antara CINTA dan CITA-CITA



Salam kepada semua pembaca. Dah lama aku tak update blog ini. Kali ni aku kembali lagi. Dalam slot kali ini, aku nak kongsi dengan pembaca semua tentang antara Cinta dan Cinta-cita.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Cinta lagi penting dari cita-cita dan ada pula berpendapat sebaliknya. Tapi apa-apa pun yang paling pasti TARGET kita. TARGET kita selama ini, yang kita akan gapai. Itu yang paling penting.

Bagi aku, Cinta dan Cita-cita, sama-sama penting kerana Tiada cinta, macam mana nak capai sesuatu yang kita nak contohnya seperti cita-cita kita. Sebagai contoh lain, kalau kita mempunyai cita-cita dalam memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran, kita seharusnya perlu ada Cinta terhadap setiap pelajaran yang kita ambil tu. Dengan Cinta yang kita semai itu, maka lahirlah keazaman dan kerajinan untuk lebih berjaya.

Dalam konsep ini maka Cinta dan Cita-cita ada sangkut paut dan saling memerlukan antara satu sama lain.. Jadi, kesimpulannya CINTA dan CITA-CITA adalah sama penting. Tanpa Cinta, tempanglah Cita-cita... Renung-renungkanlah di mana matlamat anda semua sekarang ini. Semoga berjaya dalam hidup di Dunia dan Akhirat, Insya Allah






No comments: