Salam semua. Tajuk yang saya kemukakan ini rasanya ia adalah umum dan bersangkut paut dengan kehidupan harian manusia sekarang. Pujian adalah bermaksud kata-kata yang baik yang telah dilemparkan kepada seseorang individu tersebut.
Pujian boleh memberi kesan positif dan negatif kepada manusia. Hal ini kerana dalam kajian yang dibuat oleh beberapa ilmuan terkemuka dunia, sikap manusia menerima sesuatu pujian tersebut akan berubah walaupun sikapnya berubah dengan kadar yang sederhana mahupun sedikit.
Dalam konteks Islam, sesuatu pujian yang telah dilemparkan haruslah diterima dengan baik. Apa yang dimaksudkan "baik" adalah seseorang manusia itu perlu mengkaji diri dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Akan tetapi, jangan sampai menjadi takbur dan riak setelah menerima pujian tersebut. Takbur dan riak akan menjejaskan akidah seseorang manusia.
Pujian boleh mendatangkan kesan negatif kepada manusia. Manusia yang dahagakan pujian akan berasa dirinya gah, riak & takbur. Ini kerana baginya, pujian adalah sebagai tempat seseorang itu merasakan dirinya gah & bermegah-megah serta dapat menonjolkan dirinya kepada orang lain. Inilah yang dikatakan kesan negatif yang akan melanda umat manusia sekarang.
Kesan positif pula, seperti mana yang saya katakan di atas tadi di perenggan nombor tiga, manusia haruslah menjadikan pujian itu sebagai tempat ukuran diri. Biar menerima sesuatu pujian tersebut dengan rasa yang sederhana tanpa melahirkan rasa takbur & riak. Kita perlu memperbaiki diri supaya lebih baik dari sebelum-sebelum ini.
Saya berharap apa yang saya sampaikan ini dapat menjadikan panduan pada kita semua supaya menjalani kehidupan dengan lancar dan sempurna. Semoga ia memberi manfaat yang berguna dalam kehidupan harian kita.