Ikut

Thursday, February 7, 2013

MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN POSITIF



Setiap hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya hidup dalam persekitaran yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran negatif. Budaya pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah LEWAT. Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang jarang kita ambil kisah. Ianya membentuk pemikiran kita kearah sesuatu yang negatif! akhirnya memang kita akan biasa untuk lewat kesuatu destinasi.

Tidakkah anda pernah melalui situasi begini? Samada anda lewat atau orang yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini adalah kerana budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi? Jawapanya adalah kerana sejak dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita tentang LEWAT ini dan akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri.

Lewat atau lambat adalah perkataan negatif yang juga bermaksud TIDAK. Otak manusia sebenarnya tidak memahami perkataan TIDAK kerana otak manusia berfikir secara logik (BENAR ). Jika kita mengajar otak untuk memahami perkataan TIDAK, maka respon yang diberikan olehnya ialah sesuatu yang negatif. Ingat! anda hanya menyebut perkataan lewat dan seterusnya otak akan mentafsirkan sesuatu yang negatif dan akhirnya anda benar-benar lewat ke sekolah, ke kuliah dan ke tempat kerja.

Satu ujian yang boleh mengungkapkan definasi diatas adalah seperti berikut :

Saya mahu anda TIDAK membayangkan sebuah kereta BMW berwarna MERAH.

Apa yang anda bayangkan sebentar tadi, pasti ianya sebuah kereta BMW berwarna merah. Sedangkan saya TIDAK mahu anda membayangkan sedemikian. Ini menunjukkan otak kita tidak memahami perkataan TIDAK dan hanya akan mencari sesuatu yang logik iaitu kereta BMW merah.

Perkataan-perkataan negatif (TIDAK) yang seringkali kita gunapakai adalah seperti :
  • Tiada masalah (No problem)
  • Susah
  • Saya cuba
  • Mampukah
  • Ada peluangkah
  • Kalau ada nasib

Untuk menjadikan diri kita berjaya, kita harus berfikiran karah untuk kejayaan yakni berfikiran positif. Pemikiran positif akan seiring dengan cara otak kita berfikir. Jika kita mengantikan perkataan LEWAT dengan perkataan AWAL pastinya otak kita memahaminya dan secara tidak langsung otak mengarahkan sistem badan untuk sentiasa cergas, pantas dan memberi fokus untuk mencapainya.

Jangan sesekali membiarkan diri kita dipengaruhi oleh pemikiran negatif kerana ianya akan melemahkan kita dan merencatkan segala apa yang kita rancangkan dalam kehidupan kita. Pepatah inggeris ada mengatakan You Are What You Think. Jika tiba-tiba pemikiran negatif bermain di benak fikiran kita lakukan ini, gunakan ibu jari dan kesatkan di dahi anda seumpama anda memadam sesuatu apabila secara tiba-tiba anda mula hendak berfikiran negatif. Cakapkan dalam hati anda, aku memadam pemikiran dan tanggapan negatif ini dari diri aku.

Saya mempunyai seorang kawan yang apabila diminta untuk melaksanakan sesuatu perkara dia akan menjawabnya dengan perkataan Consider It Done. Beliau menggunakan perkataan positif yang membawa maksud selesai. Perkataan selesai ( Ya ) difahami oleh otak dan otak akan mentafsirkannya sebagai sesuatu yang harus dilakukan dan diselesaikan. Seperkara lagi, orang yang meminta beliau melaksanakan sesuatu itu akan berasa senang hati dengan kata-kata tersebut dan menganggap bahawa beliau sangat mampu melaksanakan.

Masyarakat kita apabila diminta melakukan seuatu perkara seringkali menggunakan perkataanNo problem. Walaupun jika didengar ianya seperti tiada apa-apa tetapi perkataan NO dan PROBLEM itu adalah perkataan TIDAK bagi otak.

Mulai saat ini marilah kita bersama-sama mengikis tanggapan dan pemikiran negatif jauh dari diri kita dan membudayakan pemikiran positif jika kita mahu menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang sebagaimana diungkapkan sebagai masyarakat berfikiran kelas pertama.

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui [Al-Anfal ayat 53]


No comments: