Ikut
Thursday, February 21, 2013
Friday, February 8, 2013
G.U.R.U
Guru adalah segala-galanya. Jika tanpa guru, siapalah kita. Malaikat Jibril adalah guru kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mari sama-sama hargai pengorbanan seorang guru.
Thursday, February 7, 2013
MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN POSITIF
Setiap hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya
hidup dalam persekitaran yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran
negatif. Budaya pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung
kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke
kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah LEWAT.
Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang jarang kita ambil
kisah. Ianya membentuk pemikiran kita kearah sesuatu yang negatif! akhirnya
memang kita akan biasa untuk lewat kesuatu destinasi.
Tidakkah anda pernah melalui situasi begini? Samada
anda lewat atau orang yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini
adalah kerana budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan
masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi? Jawapanya adalah kerana sejak
dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita tentang LEWAT ini dan
akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri.
Lewat atau lambat adalah perkataan negatif yang
juga bermaksud TIDAK. Otak manusia sebenarnya tidak memahami
perkataan TIDAK kerana otak manusia berfikir secara logik (BENAR
). Jika kita mengajar otak untuk memahami perkataan TIDAK, maka
respon yang diberikan olehnya ialah sesuatu yang negatif. Ingat! anda hanya
menyebut perkataan lewat dan seterusnya otak akan mentafsirkan sesuatu yang
negatif dan akhirnya anda benar-benar lewat ke sekolah, ke kuliah dan ke tempat
kerja.
Satu ujian yang boleh mengungkapkan definasi diatas
adalah seperti berikut :
Saya mahu anda TIDAK membayangkan sebuah kereta BMW
berwarna MERAH.
Apa yang anda bayangkan sebentar tadi, pasti ianya
sebuah kereta BMW berwarna merah. Sedangkan saya TIDAK mahu
anda membayangkan sedemikian. Ini menunjukkan otak kita tidak memahami
perkataan TIDAK dan hanya akan mencari sesuatu yang logik
iaitu kereta BMW merah.
Perkataan-perkataan negatif (TIDAK) yang
seringkali kita gunapakai adalah seperti :
- Tiada
masalah (No problem)
- Susah
- Saya
cuba
- Mampukah
- Ada
peluangkah
- Kalau ada nasib
Untuk menjadikan diri kita berjaya, kita harus berfikiran karah untuk kejayaan yakni berfikiran positif. Pemikiran positif akan seiring dengan cara otak kita berfikir. Jika kita mengantikan perkataan LEWAT dengan perkataan AWAL pastinya otak kita memahaminya dan secara tidak langsung otak mengarahkan sistem badan untuk sentiasa cergas, pantas dan memberi fokus untuk mencapainya.
Jangan sesekali membiarkan diri kita dipengaruhi
oleh pemikiran negatif kerana ianya akan melemahkan kita dan merencatkan segala
apa yang kita rancangkan dalam kehidupan kita. Pepatah inggeris ada mengatakan You
Are What You Think. Jika tiba-tiba pemikiran negatif bermain di benak
fikiran kita lakukan ini, gunakan ibu jari dan kesatkan di dahi anda
seumpama anda memadam sesuatu apabila secara tiba-tiba anda mula
hendak berfikiran negatif. Cakapkan dalam hati anda, aku memadam
pemikiran dan tanggapan negatif ini dari diri aku.
Saya mempunyai seorang kawan yang apabila diminta
untuk melaksanakan sesuatu perkara dia akan menjawabnya dengan perkataan Consider
It Done. Beliau menggunakan perkataan positif yang membawa maksud selesai. Perkataan
selesai ( Ya ) difahami oleh otak dan otak akan mentafsirkannya sebagai sesuatu
yang harus dilakukan dan diselesaikan. Seperkara lagi, orang yang meminta
beliau melaksanakan sesuatu itu akan berasa senang hati dengan kata-kata
tersebut dan menganggap bahawa beliau sangat mampu melaksanakan.
Masyarakat kita apabila diminta melakukan seuatu
perkara seringkali menggunakan perkataanNo problem. Walaupun jika
didengar ianya seperti tiada apa-apa tetapi perkataan NO dan
PROBLEM itu adalah perkataan TIDAK bagi otak.
Mulai saat ini marilah kita bersama-sama mengikis
tanggapan dan pemikiran negatif jauh dari diri kita dan membudayakan pemikiran
positif jika kita mahu menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan
terbilang yang sebagaimana diungkapkan sebagai masyarakat berfikiran kelas
pertama.
(Balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dikurniakan Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui [Al-Anfal ayat 53]
Sunday, February 3, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)