Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi seluruh umat ISLAM di dunia iaitu Tahun Baru Hijrah dalam Kalendar Islam. 1 Muharam bermulanya episod baru dalam hidup aku. Aku mula mencongak perubahan dalam kehidupan. Aku perlu melakukan "Penghijrahan" ini kerana aku inginkan diriku tidak lagi leka, lalai & membazirkan masa untuk perkara yang tidak berfaedah & bermanfaat. Tak perlu aku ulas dengan lebih lanjut lagi tentang "Penghijrahan" yang aku sedang lakukan dalam kehidupan ini.
Insya Allah, aku mendoakan segala usaha baik aku ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Dikesempatan ini, aku dengan lapang hati mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah (Ma'al Hijrah) 1431 kepada semua rakan-rakan di luar sana dengan harapan memperkasakan diri dengan ilmu & melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat.
3 comments:
Hijrah saya tahun depan nk Join army!
Hijrah saye plak nak tambah harta dunia dan juga akhirat....
razgriz: hehe join la army..best.. Hati kena cekal
Che Li: Alhamdulillah :) Itu matlamat umat islam yang lain sepatutnya :)
Post a Comment