Semalam aku & keluarga ke Jitra. Ziarah adik aku kat Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Dalam pukul 3 petang, kami bertolak balik ke Taiping. Dalam perjalanan kami balik, ayah menyuarakan untuk berhenti sembahyang jama' takhir di hentian R&R Gurun memandangkan waktu ketika itu sudah masuk waktu asar.
Setelah selesai menunaikan solat jama' takhir, aku, mak & adik-adik ke kereta. Perancangan asal, kami ke R&R gurun cuma bertujuan untuk tunaikan solat jama' takhir & R&R Juru, dijadikan tempat kami berehat & makan. Tiba-tiba ayah panggil kami kami dari jauh.
Ayah: "Mai sini. Pengasuh alop (aku), Cikgu Sabri & mak njang (isterinya) ada ni. Jom jumpa depa jap..!"
Aku & yang lain terus berjalan ke kedai makan di mana pengasuh aku tu berada.
Kronologi:
Cikgu sabri (Pak Njang) & Mak Njang adalah pengasuh aku semasa kecik-kecik dahulu di Bagan Serai. Mereka juga ada pertalian persaudaraan dengan aku. Tu sebab aku bahasakan diri mereka Pak Njang & Mak Njang. Aku tak ingat sejak bila aku tinggal bawah asuhan mereka berdua tapi yang aku ingat sejak ayah aku tinggal di Bagan Serai. Dulu ayah aku jadi guru disiplin di SMKAI atau dikenali sebagai SMAI (Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai). Rumah aku ketika itu tinggal di dalam SMAI tu. Manakala rumah mereka di luar kawasan SMAI yang tidak jauh dari situ. Setiap hari aku dihantar oleh ayah & mak aku ke rumah diorang berdua untuk jaga aku sebab mak ayah aku kerja cikgu. Kebetulan isterinya, mak njang suri rumah.
Okey, jom kita sambung balik cerita di R&R Gurun tadi. Kemudian aku & adik-adik pun bersalaman dengan mereka berdua.
Mak Njang: Amboi alop...Dah besar panjang dah. Lepas ini boleh la buat "Kenduri".
Aku tak terkata apa-apa. Lidahku kelu. Cuma aku hanya membalas dengan senyuman yang tersipu malu. Kami semua duduk di bangku kedai makan yang disediakan. Kemudian bermula la penceritaan yang penuh misteri & kebenaran.
Mak Njang: Cikgu azraei (bapak aku). Tahu tak SMAI berhantu?
Ayah: Tahu Kak Fuziah (Mak Njang)! Saya di PPD dapat tahu macam cerita sejak kami keluar dari rumah tu.
Pak Njang: Dak, yang peliknya Ustaz Harun Din datang nak "tangkap & buang" benda tu pun tak berkesan! Heran sungguh!
*Ayah: Kami dulu pun kena. Tapi "dia" tak kacau kami. Dia duk tawaf rumah kami waktu malam! Arwah cikgu Manap yang habaq kami bila hari siang. Dia tengok dari jauh apa benda tinggi-tinggi macam pokok nyok tiga ekoq duk tawaf rumah saya masa tu. Dulu pun beberapa bulan lepas kami keluaq rumah tu dan pindah ke Taiping, geng-geng kontraktor diarah robohkan rumah mai dulu tu untuk jadikan kawasan perpustakaan SMAI. Depa habaq nampak batu bata terebang hinggap kat kepala sorang pekerja tu. Pekeja tu terus pengsan!
Pak Njang: Tu? Ni yang baru-baru ni cikgu azraei, dengar cerita pengetua baru sekolah SMAI, Puan ********* jenih yang cakap besaq. Sampai dia cabar tak takut benda tu. Macam-macam berlaku sejak dia jadi pengetua ni.
Mak Njang: Tapi depa kata, kalau Puan ******** takdak pun sama jugak. Benda tu tak takut sapa-sapa.
Pak Njang: Ustaz Harun Din kata Jin Islam. Kuat! Hang baca al-quran "aku" pun baca al-quran, hang sembahyang, "aku" pun sembahyang! Sampai jadi lagu tu.
Aku & yang lain tekun mendengar penceritaan yang sememangnya aku tahu sendiri kejadian aneh itu sejak dulu semasa adik aku yang bangsu baru lahir, ada "benda" yang kacau dia. Macam-macam berlaku. Tapi cerita terbaru ini amat dasyat sebab ia bagaikan satu amukan dari "benda" tu.
Mak Njang: Anak murid Harun Din kata pokok besar yang dekat dengan padang tu, depa tebang! kemudian macam mana pekerja binaan pasang cerucuk (bakau) kat situ untuk bina bangunan baru. Depa kata cerucuk tu kena "Ibu" dia! Tu yang benda tu mengamuk tu!
Ayah: Yang pi kacau "sarang tebuan" tu kenapa? Tempat lain luas! Abes tu jadi lagu mana?
Pak Njang: Kawasan SMAI tu dah jadi "kerajaan berdaulat" dah. Tak dak sapa berani nak masuk! Harun Din tak boleh buang, nak suruh sapa lagi? Orang kat Indon pun panggil dia "Berubat", punya hebat tak hebat harun din ni. Tapi dah jadi macam ni, tunggu "ubat" lain la.
Keadaan kami semasa mendengar kembali reda. Cuma, ayah, mak, aku & adik aku no. 2 sahaja dapat merasai apa yang berlaku ketika kami tinggal di dalam SMAI tu. Adik-adik aku yang lain masih kecik time tu.
Ayah: Cikgu sabri & kak fuziah lepas ni nak pi mana?
Pak Njang: Balik terus la. Lagipun malam ni kami ada kuliah dengan Ustaz Khazim Alias.
Ayah: Elok la tuh. Ustaz khazim pun selalu bagi contoh yang dekat-dekat. Senang orang nampak. Tak payah nak duk pusing-pusing kot jauh. Saya suka dengaq dia bagi ceramah. Senang orang paham.
Pak Njang: Dak, sungguh! Sejak kami ikut kuliah dia, memang senang paham mesej dia nak sampaikan.
Ayah melihat jam ditangannya, dan kemudian mintak izin berundur diri. Perjalanan kami masih jauh berpuluh kilometer. Kami sekeluarga mendengar cerita tadi dengan penuh persoalan. Apa yang diberitahu oleh mereka adalah benar. Kebenarannya terbukti apabila kami telah mendengar cerita itu dari pelbagai pihak termasuklah warga SMAI. Tiada percanggahan cerita malah bersertakan gambar situasi ketika Ustaz Harun Din & anak-anak muridnya datang untuk "menangkap & membuang" benda tu. Tapi sayangnya gagal. Bak kata Pak Njang, "Kuat Sungguh"!
* Dulu, tahun 90-an, semasa tinggal di dalam kawasan SMAI, kami banyak mengalami & merasai kejadian aneh. Tidak kira sama ada kami rasainya mahupun jiran-jiran kami "melihatnya". Bukan di rumah banglo lama kami dulu tu sahaja, malah di tempat-tempat lain di dalam kawasan SMAI. Ketika kecik, aku pernah melihat ayah berinteraksi dengan Jin yang menyerupai ular hitam di dalam longkang ketika waktu maghrib di rumahku ketika "benda" tu cuba memasuki ruang dapur rumahku. Ayah aku menghalaunya dengan cara baik. Dengan mata aku sendiri, ular itu beredar seolah-olah menerima mesej dari ayahku.
Bagi orang di luar sana, tidak perlu takut. Kejadian macam ni berlaku tidak mengira tempat. Tiada Tuhan yang kita perlu takut melainkan ALLAH SWT.
2 comments:
kejadian aneh yg mcmna?? rasa ingin tau laa..
macam2 sumi :) sumi nak tahu yang mana 1? kat SMAI ke?
Post a Comment