Ikut

Sunday, November 29, 2009

Trip To Miza's House

Sebenarnya, trip to miza's house bermotifkan perjumpaan a.k.a reunion untuk budak2 Ex-SK Simpang 6 Bestari Batch 1999. Semalam, 30hb November aku dan beberapa rakan yang lain datang memeriahkan lagi rumah terbuka Miza Aziz di Taman Desa Jana, Kamunting.

Pukul 1.30 petang, kami berkumpul di kawasan rumah saudara Muzani sebelum bergerak konvoi bersama tepat pada pukul 1.45 petang. Aku diarahkan oleh kawan-kawan lain supaya menjadi navigator. Pada mulanya, aku tahu selok belok Taman Desa Jana tu, namun apabila sampai berdekatan Kompleks Rakan Muda Taiping, aku sudah mula "ingat-ingat lupa". Biasa la, dah lama tak jalan ke kawasan Kamunting ini.

Aku terus capai telefon bimbitku, dan menelefon Miza tentang lokasi rumahnya. Akhirnya, berkat & kesabaran kami semua yang 2 kali sesat terubat apabila menjumpai rumah Miza tidak lama kemudian. Rombongan kami terdiri daripada: Ahmad Muzani, Aku, Nurul Sa'adah, Intan, Sharifah Munirah, Sepupu sharifah & Aznor Juyantie.


Antara Tetamu Lelaki Paling Awal sampai: Aku & Muzani



Dari Kiri: Nurdin, Kamil, Muzani, Shafiq & Aku



Dari kiri: Sharifah Munirah, Intan, Sa'adah, Aznor & Maisarah


Ketibaan rombongan kami disambut baik kawan lama & tuan rumah, Miza dengan girang setelah lama tidak berjumpa sejak tahun 1999. Saudari Maisarah telah hadir pada awalnya & dia turut menyambut kehadiran kami semua. Kami menunggu 1 lagi rombongan. Beberapa minit kemudian, rombongan yang terdiri daripada Shafiq, Nurdin Hilmi & Kamil telah pun tiba.


Intan & Aznor



Dari kiri: Sharifah Munirah, Sa'adah, Sepupu Sharifah, Maisarah & Miza


Sambil menjamah makanan, kami semua berpeluang meluangkan masa beramah mesra & berbual sesama kami. Banyak kenangan & gosip yang telah kami ungkapkan. Dari situ, aku merasakan betapa pentingnya nilai persahabatan. Kalau ikutkan, ramai lagi yang tak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan namun ia tidak sedikit pun membantutkan usaha kami berkumpul bersama-sama disamping mengeratkan lagi siraturrahim.

Insya Allah, bila ada masa terluang lagi, kami akan berkumpul lagi beramai-ramai. Dengan adanya Laman Facebook, kami dapat bertemu kembali & saling berhubung antara satu sama lain. Aku berharap, persahabatan antara kami akan berkekalan sampai bila-bila.


Monday, November 23, 2009

Dinner Di KamaLodge


21hb November (Sabtu) baru-baru ni, keluarga aku dapat berkumpul & makan malam bersama. Lengkap! Semua ada. Ain, adik aku di universiti malaya & Hanisah yang menuntut di institut perguruan darul aman balik bercuti setelah tamat peperiksaan semester baru-baru ini. Kebetulan sabtu malam itu ayah aku tidak ke mana-mana. Selalunya jika tak da outstation, dia kena hadir ke kem wataniah. Biasa la, diorang punya operasi. Tapi kali ini, ayah aku betul-betul free.


Permandangan waktu malamm swimming pool & chalet di KamaLodge


Antara Chalet KamaLodge waktu malam


Lagi antara permandangan di KamaLodge ketika waktu malam


Bertempat di KamaLodge, sebenarnya agenda ini tidak dirancang sama sekali. Namun adik aku, Hanisah telah menyuarakan untuk belanja kami sekeluarga makan malam bersama pada malam itu. Selepas solat maghrib, dalam lingkungan pukul 7.45malam kami bergerak ke KamaLogde. Sebenarnya KamaLodge tu tempat peranginan ataupun tempat penginapan. Tuan punya Chalet KamaLodge itu adalah jiran kami & kawan ayah aku sendiri, Dato' Kamal.


Permandangan Chalet KamaLodge di siang hari


Permandangan dari Tingkat Tiga Chalet KamaLodge


Malam itu, suasana & permandangan di tempat santapan cukup menarik dengan persekitaran yang cukup tenang & cantik. Tempat santapan kami betul-betul berdekatan dengan swimming pool. Aku macam biasa, kalau agak malas nak makan malam, aku order Chiken Cop je. Memang sedap & puas hati sebab banyak. Sesiapa yang berkunjung di situ, cukup puas hati. Kawasan persekitaran yang cantik, makan yang enak & tempatnya cukup strategik berada di kawasan peranginan.


Mak & Ayah


Adik Fatin & Angah


Hanisah & Ain


Aku la


Mak, ain & adik bongsu aku, fatin order nasi goreng kampung. Aku & adik aku, hanisah order Chiken Cop. Ayah aku, biasa la. On Diet. Hehe dia order Sup Cendawan & roti garlic. Adik aku, angah pulak order Fish & Fillet. Huhu Memang sedap. Kalau korang semua singgah di Taiping, singgah la di KamaLodge. Di situ ada penginapan & menyediakan santapan. Lokasinya berdekatan antara Taman Tasik Taiping & kaki Bukit Larut.



Monday, November 9, 2009

Video Lagu Untuk Para Blogger!!

Aku tergerak hati nak dedicatekan lagu untuk para blogger sekalian. Diharapkan semua terhibur.


Kenalilah Sebuah Persahabatan:



P/s: Lagu ini aku dedicate khas untuk aisumi chan, ghouse azwan , nurhamiza aziz, semua sahabat diluar sana & rakan blogger sekalian dengan pesanan Kenalilah Erti Sebuah Persahabatan.




Khas Untuk Rakan Blogger Yang Sedang Bercinta:



P/s: Lagu ini aku hadiahkan kepada kawan-kawan diluar sana yang sedang dilamun cinta. Semoga enjoy hidup korang!!




Perginya Tak Kembali:



P/s: Lagu ini mengingatkan aku kepada kawan lama aku, Arwah Ali Lokman yang sudah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tergolong dalam golongan orang-orang soleh. Aku turut mengingati pemergian arwah Atok & Opah aku pada tahun 2007. Semoga mereka berbahagia di sana.




Khas Untuk Kaum WANITA:



P/s: Aku tergerak hati untuk dedicate lagu ini tuk semua Kaum Wanita kerana pengorbanan mereka & kesabaran mereka dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran & dugaan. Aku melahirkan rasa simpati kepada Kaum Wanita kerana ramai yang ditindas & dibinasakan oleh Kaum Lelaki. Ini Persanan dari Women Aid Organization (WAO): "Jika terdapat sebarang penindasan atau kekejaman terhadah diri anda (wanita), segeralah membuat laporan terus ke badan ini (WAO). Kami akan mengambil tindakan seterusnya!!"





Lagu Keamanan Sejagat:



P/s: Aku mengajak kalian semua sama-sama memikirkan bahawa kepentingan kemananan dunia & manusia. Marilah kita sama-sama memerangi keganasan & peperangan bersama!!



Sunday, November 8, 2009

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009!!



Piala Malaysia Edisi 2009





VS






Tahun 2009 adalah tahun keramat kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan apabila semalam (7/11/2009) mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Negeri Kelantan dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sekali gus merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Walaupun aku meminat Pasukan Manchester United & AC Milan tetapi aku tidak pernah melupakan pasukan dalam liga malaysia. Aku cukup meminati Pasukan Bola Sepak Negeri Perak & tidak ketinggalan juga Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Aku sentiasa menghikuti perkembangan semasa dua buah pasukan bola sepak negeri ini.

Semalam aku tengok perlawanan siaran langsung di dalam TV1. Perlawanan nampak sengit. Walaupun banyak menyangka bahawa Pasukan Kelantan akan menang dengan dibarisi ramai Bekas Bintang Negeri Perak seperti Mohd Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Azlan Zainal namun mereka gagal menyekat kemaraan & amukan pasukan Kijang (Negeri Sembilan) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi aku, gol pembukaan adalah gol yang menghancurkan segalanya buat Pasukan Kelantan kerana keseluruhan separuh masa pertama didominasi oleh Pasukan Negeri Sembilan. Pertahanan Pasukan Negeri Sembilan yang berfungsi begitu baik menyekat kemaraan serangan Pasukan Kelantan. Aidil Zafuan & Mohd Shukor Adan bermain cukup bertenaga di bahagian pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan.


Pihak Bomba terpaksa memadam kebakaran
di bangku penyokong kelantan


Penyokong Kelantan yang bersikap liar dengan melemparkan
mercun ke dalam kawasan padang



Gol pertama perlawanan dijaringkan cantik dari Shahruain (Negeri Sembilan) pada separuh masa pertama disusuli gol kedua dan ketiga pada separuh masa kedua masing-masing dari Hairuddin Omar & Zaquan Adha (Penalti). Pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol saguhati dari sepakan percuma yang cukup cantik dari Indra Putra namun ia sudah terlambat ketika baki perlawanan tinggal kurang 5 minit.

Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir mencemar duli menyampaikan Piala Malaysia kepada Kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya


Perlawanan cukup terhibur namun apa yang aku tidak puas hati apabila penyokong kelantan tidak bagi kerjasama yang baik. Mereka telah membakar kain rentang & bangku stadium apabila menyedari pasukannya gagal merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi 2009. Lebih parah lagi apabila larangan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia & FAM supaya tidak membawa objek-objek & mercun langsung tidak diendahkan mereka. Kesannya, objek-objek & mercun dilemparkan ke dalam padang sehinggakan menyebabkan petugas & jurukamera RTM terpaksa dibawa ke hospital & menerima jahitan di kepala apabila terkena objek yang didakwanya adalah batu.

Beginikah sikap sebagai penyokong pasukan? Dimanakah sikap profesional anda sebagai penyokong? Terima kekalahan dengan hati terbuka. Tahun depan, cuba lagi. Ini tak, aku tengok pun naik hangin kalau macam tu. Aku cukup puji penyokong Negeri Sembilan yang tenang dari mula hingga ke akhir perlawanan walaupun 70% penyokong pasukan Kelantan penuhi Stadium Bukit Jalil. Jangan ikut budaya penyokong barat seperti penyokong pasukan England amnya, bersikap LIAR.

Aku harap selepas ini takkan berlaku lagi kekecohan yang ditunjukkan oleh penyokong mana-mana pasukan. Bagi sokongan moral demi pembangunan sukan Bola Sepak Malaysia. Kembalikan keyakinan kepada pemain pasukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara!!



Saturday, November 7, 2009

Majlis Perkahwinan Shafiq & Hafizah



Selamat Pengantin Baru Shafiq & Hafizah


Hari ini, sabtu bersamaan 7/11/2009 berlangsungnya Majlis Perkahwinan kawan & juga jiran aku iaitu saudara Muhammad Shafiq Bin Muhd. Salleh & pasangannya, NurHafizah Binti Muhd Ali di alamat No. 16, Jalan Cermai, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama penduduk Islam Kampung Jambu, Unit Amal PAS Malaysia (cawangan Taiping) serta catering Hj Mokhtar. Aku cukup gembira apabila melihat kesepakatan & kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas majlis perkahwinan ini yang tidak kira parti apa sekali pun. Diorang duduk semeja bersembang, alhamdulillah. Itu sebenarnya yang aku nak lihat apabila orang Islam bersatu untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.


Ketika Pasangan Pengantin baru sampai


Sebenarnya, aturcara majlis ini bermula pada malam semalam (jumaat). Majlis Tahlil diadakan selepas solat Isyak. Majlis Tahlil ini diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ridzuan (Imam Besar Masjid Taiping). Memang sedap suara dia. Setelah selesai majlis tahlil itu, hadirin telah dijemput menjamu selera di bawah khemah.

Hari ini merupakan acara kemuncak di mana Majlis Persandingan diadakan. Para tetamu mula membanjiri majlis ini sekitar pukul 11.30 pagi. Aku bertugas sebagai penyambut tetamu & turut menggalas tugas sebagai belantara. Majlis ini cukup meriah. Antara Tetamu VVIP yang hadir, Pesuruhjaya PAS Perak (Nama dia aku tak ingat), Orang Besar Jajahan Larut (OBJ), Ustaz Mat Ali & ramai lagi (ramai lagi, aku je tak ingat nama diorang).

Rombongan Pengantin dari Ipoh, selamat sampai dengan diiringi paluan kompang sekita jam 1.40 petang. Ketika itu, majlis sedang rancak berlangsung. Tuan Rumah & juga ibu bapa kepada pengantin lelaki, Hj. Salleh & Ustazah Suprah menyambut tetamu dengan tenang & ceria. Adik-adik pengantin lelaki (shafiq), iaitu saudara Shukri & Shahid turut memeriahkan suasana menyambut tetamu.


Ustaz DJ sedang menjalankan tugas



Apa yang istimewanya majlis ini, aturacaranya turut mendengarkan lagu-lagu klasik (lama) & zikir serta doa yang dibacakan oleh Ustaz (nama dia aku lupa) yang turut bertugas sebagai DJ majlis itu. Ketika rombongan pengantin hadir & duduk sebelum menjamu selera, doa kesyukuran serta doa sebelum makan dibacakan oleh Ustaz DJ tersebut. Uniknya sambil menjamu selera, pasangan pengantin diperdengarkan ucapan dari Tuan Rumah, Hj Salleh yang sedikit sebanyak memberi kata-kata perangsang demi kebahagiaan anakanda mereka berdua. Kemudian disusuli ucapan Bisan Tuan Rumah, Hj Muhd Ali.


Suasana majlis santapan


Alhamdulillah Majlis Perkahwinan saudara Shafiq & pasangannya, saudari Hafizah berlangsung dalam keadaan cuaca yang panas walaupun seketika tadi, ada hujan tapi tak lama. Dalam 15 minit, kemudian kembali panas. Warna tema majlis perkahwinan kali ini adalah berwarna Kuning keemasan. Setelah keluarga Bisan balik, pasangan pengantin meluangkan masa dengan tetamu yang hadir.

pukul 3.30 petang, aku & petugas-petugas yang lain mula menyusuh meja & membersihkan kawasan sekitar khemah jamuan. Majlis tamat pada pukul 4 petang.

P/s: Dari sini, aku dapat gambaran macam mana suasana Majlis Perkahwinan aku kelak. Mesti lagi meriah dengan tetamu yang hadir tidak kira bangsa, agama mahupun fahaman. Gambar-gambar ini je yang aku dapat kandid sebab aku sibuk dengan tugas yang diamanahkan.


Wednesday, November 4, 2009

Rumahku Penjara Bagimu




Semalam aku tak tahu kenapa kejam giler aku. Haha aku sanggup jadikan rumahku ni sebagai Penjara Guantanamo tuk kucing jiran aku. Aku sibuk siapkan beberapa tugasan, tiba-tiba aku terdengar bunyi bising kat dapur. Aku lantas ke dapur melihat apa yang tak kena kat dapur tu. Tiba-tiba, aku ternampak seekor kucing berwarna jingga sedang mencari makanan. Aku tahu kucing tersebut kepunyaan jiran sebelah rumah aku ni.

Haha Aku tanpa banyak soal, terus mencapai raga/bakul yang aku guna untuk sidai kain untuk menangkap kucing tersebut. Puas dia berlari dalam ruangan dapur rumah aku sampai akhirnya terperangkap & masuk dalam bakul yang aku pegang tu. Apa lagi, aku biarkan duduk dalam bakul yang aku tiarapkan ke lantai dapur. Haha Kejam giler aku. Aku biarkan dia "Meow 3x" dalam bakul tu selama 4 jam.

Huhu Biar dia rasa serik nak masuk atau tinjau makanan rumah aku dah. Baru dia tahu, rumah aku ni adalah penjara bagi dirinya. Record Malaysia, binatang pertama & sekejap sahaja dipenjarakan. Mana lama pun, 4 jam je. Huhu peringatan kepada kucing-kucing diluar sana, Nak datang "lawat" rumah aku lagi ke atau nak "dipenjarakan"? Tepuk dinding, tanya cicak. Wakaka :D


Masih Terserlah Ayumu

Aku suka sangat lagu ini. Ezad punya vokal best! Jadi, aku hadiahkan lagu ni untuk Cik Nurul Hazwani Mohamed. Untuk kalian semua, selamat mendengar lagu ini.



P/s: Dek sebab rinduku yang teramat ini ke atas Cik Nurul Hazwani, aku tergerak hati mencari lagu ini untuk dia.

Sunday, November 1, 2009

SMKAI Berpenunggu!!



Semalam aku & keluarga ke Jitra. Ziarah adik aku kat Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Dalam pukul 3 petang, kami bertolak balik ke Taiping. Dalam perjalanan kami balik, ayah menyuarakan untuk berhenti sembahyang jama' takhir di hentian R&R Gurun memandangkan waktu ketika itu sudah masuk waktu asar.

Setelah selesai menunaikan solat jama' takhir, aku, mak & adik-adik ke kereta. Perancangan asal, kami ke R&R gurun cuma bertujuan untuk tunaikan solat jama' takhir & R&R Juru, dijadikan tempat kami berehat & makan. Tiba-tiba ayah panggil kami kami dari jauh.

Ayah: "Mai sini. Pengasuh alop (aku), Cikgu Sabri & mak njang (isterinya) ada ni. Jom jumpa depa jap..!"

Aku & yang lain terus berjalan ke kedai makan di mana pengasuh aku tu berada.

Kronologi:
Cikgu sabri (Pak Njang) & Mak Njang adalah pengasuh aku semasa kecik-kecik dahulu di Bagan Serai. Mereka juga ada pertalian persaudaraan dengan aku. Tu sebab aku bahasakan diri mereka Pak Njang & Mak Njang. Aku tak ingat sejak bila aku tinggal bawah asuhan mereka berdua tapi yang aku ingat sejak ayah aku tinggal di Bagan Serai. Dulu ayah aku jadi guru disiplin di SMKAI atau dikenali sebagai SMAI (Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai). Rumah aku ketika itu tinggal di dalam SMAI tu. Manakala rumah mereka di luar kawasan SMAI yang tidak jauh dari situ. Setiap hari aku dihantar oleh ayah & mak aku ke rumah diorang berdua untuk jaga aku sebab mak ayah aku kerja cikgu. Kebetulan isterinya, mak njang suri rumah.

Okey, jom kita sambung balik cerita di R&R Gurun tadi. Kemudian aku & adik-adik pun bersalaman dengan mereka berdua.

Mak Njang: Amboi alop...Dah besar panjang dah. Lepas ini boleh la buat "Kenduri".

Aku tak terkata apa-apa. Lidahku kelu. Cuma aku hanya membalas dengan senyuman yang tersipu malu. Kami semua duduk di bangku kedai makan yang disediakan. Kemudian bermula la penceritaan yang penuh misteri & kebenaran.

Mak Njang: Cikgu azraei (bapak aku). Tahu tak SMAI berhantu?

Ayah: Tahu Kak Fuziah (Mak Njang)! Saya di PPD dapat tahu macam cerita sejak kami keluar dari rumah tu.

Pak Njang: Dak, yang peliknya Ustaz Harun Din datang nak "tangkap & buang" benda tu pun tak berkesan! Heran sungguh!

*Ayah: Kami dulu pun kena. Tapi "dia" tak kacau kami. Dia duk tawaf rumah kami waktu malam! Arwah cikgu Manap yang habaq kami bila hari siang. Dia tengok dari jauh apa benda tinggi-tinggi macam pokok nyok tiga ekoq duk tawaf rumah saya masa tu. Dulu pun beberapa bulan lepas kami keluaq rumah tu dan pindah ke Taiping, geng-geng kontraktor diarah robohkan rumah mai dulu tu untuk jadikan kawasan perpustakaan SMAI. Depa habaq nampak batu bata terebang hinggap kat kepala sorang pekerja tu. Pekeja tu terus pengsan!

Pak Njang: Tu? Ni yang baru-baru ni cikgu azraei, dengar cerita pengetua baru sekolah SMAI, Puan ********* jenih yang cakap besaq. Sampai dia cabar tak takut benda tu. Macam-macam berlaku sejak dia jadi pengetua ni.

Mak Njang: Tapi depa kata, kalau Puan ******** takdak pun sama jugak. Benda tu tak takut sapa-sapa.

Pak Njang: Ustaz Harun Din kata Jin Islam. Kuat! Hang baca al-quran "aku" pun baca al-quran, hang sembahyang, "aku" pun sembahyang! Sampai jadi lagu tu.

Aku & yang lain tekun mendengar penceritaan yang sememangnya aku tahu sendiri kejadian aneh itu sejak dulu semasa adik aku yang bangsu baru lahir, ada "benda" yang kacau dia. Macam-macam berlaku. Tapi cerita terbaru ini amat dasyat sebab ia bagaikan satu amukan dari "benda" tu.

Mak Njang: Anak murid Harun Din kata pokok besar yang dekat dengan padang tu, depa tebang! kemudian macam mana pekerja binaan pasang cerucuk (bakau) kat situ untuk bina bangunan baru. Depa kata cerucuk tu kena "Ibu" dia! Tu yang benda tu mengamuk tu!

Ayah: Yang pi kacau "sarang tebuan" tu kenapa? Tempat lain luas! Abes tu jadi lagu mana?

Pak Njang: Kawasan SMAI tu dah jadi "kerajaan berdaulat" dah. Tak dak sapa berani nak masuk! Harun Din tak boleh buang, nak suruh sapa lagi? Orang kat Indon pun panggil dia "Berubat", punya hebat tak hebat harun din ni. Tapi dah jadi macam ni, tunggu "ubat" lain la.

Keadaan kami semasa mendengar kembali reda. Cuma, ayah, mak, aku & adik aku no. 2 sahaja dapat merasai apa yang berlaku ketika kami tinggal di dalam SMAI tu. Adik-adik aku yang lain masih kecik time tu.

Ayah: Cikgu sabri & kak fuziah lepas ni nak pi mana?

Pak Njang: Balik terus la. Lagipun malam ni kami ada kuliah dengan Ustaz Khazim Alias.

Ayah: Elok la tuh. Ustaz khazim pun selalu bagi contoh yang dekat-dekat. Senang orang nampak. Tak payah nak duk pusing-pusing kot jauh. Saya suka dengaq dia bagi ceramah. Senang orang paham.

Pak Njang: Dak, sungguh! Sejak kami ikut kuliah dia, memang senang paham mesej dia nak sampaikan.

Ayah melihat jam ditangannya, dan kemudian mintak izin berundur diri. Perjalanan kami masih jauh berpuluh kilometer. Kami sekeluarga mendengar cerita tadi dengan penuh persoalan. Apa yang diberitahu oleh mereka adalah benar. Kebenarannya terbukti apabila kami telah mendengar cerita itu dari pelbagai pihak termasuklah warga SMAI. Tiada percanggahan cerita malah bersertakan gambar situasi ketika Ustaz Harun Din & anak-anak muridnya datang untuk "menangkap & membuang" benda tu. Tapi sayangnya gagal. Bak kata Pak Njang, "Kuat Sungguh"!

* Dulu, tahun 90-an, semasa tinggal di dalam kawasan SMAI, kami banyak mengalami & merasai kejadian aneh. Tidak kira sama ada kami rasainya mahupun jiran-jiran kami "melihatnya". Bukan di rumah banglo lama kami dulu tu sahaja, malah di tempat-tempat lain di dalam kawasan SMAI. Ketika kecik, aku pernah melihat ayah berinteraksi dengan Jin yang menyerupai ular hitam di dalam longkang ketika waktu maghrib di rumahku ketika "benda" tu cuba memasuki ruang dapur rumahku. Ayah aku menghalaunya dengan cara baik. Dengan mata aku sendiri, ular itu beredar seolah-olah menerima mesej dari ayahku.

Bagi orang di luar sana, tidak perlu takut. Kejadian macam ni berlaku tidak mengira tempat. Tiada Tuhan yang kita perlu takut melainkan ALLAH SWT.