Entry kali ini aku nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir setelah dimasyhurkan sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan dengan sah.
Upacara Majlis Permasyhuran Yamtuan Besar Negeri Sembilan diadakan pada 26 Oktober 2009. Permasyhuran Tunku Muhriz sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan adalah tepat pada masanya kerana sebelum ini, setelah kemangkatan Ayahanda baginda, iaitu Tunku Munawir pada ketika itu menjawat jawatan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, usia Tunku Muhriz pula ketika itu adalah 18 tahun dan dianggap terlalu muda untuk memangku jawatan tersebut. Ayahanda saudara baginda iaitu Almarhum Tunku Jaafar dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Yamtuan Besar ketika itu.
Kini, apabila kemangkatan Tunku Jaafar, putera raja yang berhak mengisi kekosongan Yamtuan Besar adalah Tunku Muhriz. Baginda, Tunku Muhriz adalah seorang raja yang berjiwa rakyat & mempunyai agenda memastikan Negeri Sembilan menjadi aman, makmur & berdaulat di bawah pemerintahan baginda. DAULAT TUANKU!!

No comments:
Post a Comment