Ikut

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan Malaysia ke 52


Negara Malaysia kini mengecapi keselesaan dan keharmonian berbilang bangsa dan kaum dalam satu keutamaan dan matlamat di bawah "Satu Malaysia". 31 Ogos setiap tahun merupakan hari paling bermakna dan bersejarah kepada negara kita kerana ia adalah hari kepada kemenangan yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rakan-rakannya ketika dahulu.



Era abad ke 21 ini melihatkan betapa Negara Malaysia berdiri teguh walaupun ditimpa bermacam-macam musibah seperti kemelesetan ekonomi dunia dan bencana alam. Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dunia dan setempat.



Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tidak seperti negara-negara jiran yang lain. Seperti contoh, Negara Indonesia, rakyatnya berada dalam ketakutan kerana berlakunya ancaman pengeboman di merata-rata tempat yang gagal dikesan oleh pihak polis Indonesia.





Negara Thailand, amnya di selatan Thailand, umat Islam di sana dibunuh oleh Tentera Thailand itu sendiri. Walaupun berada di negara sendiri, mereka tidak akan dapat menikmati kebebasan, keselesaan hidup dan keselamatan terjamin seperti mana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. Tugas tentera Thailand sepatutnya melindungi penduduk awam negeranya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.




Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran dan berdoa supaya kita di Malaysia ini selamat dari pelbagai ancaman keganasan disamping menjalinkan hubungan yang baik sesama kita di bawah Satu Malaysia. Eratkan perpaduan dan jauhi keganasan dan perkauman. Bersama kita menjaga keharmonian Malaysia dan saling menghormati antara satu sama lain.


No comments: