Ikut

Monday, August 31, 2009

Part 1: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 RAMD)




Salam. Kali ini aku terpanggil untuk menulis satu slot untuk mendedahkan rahsia kemenangan aku dan pasukan aku pada tahun 2005. Bagi yang belum tahu, korang tahu tak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) di sekolah menengah korang? ha, hal ini la yang aku nak ceritakan ni.

Aku terpanggil untuk mendedahkan rahsia kemenangan kami, kadet PKBM (Darat) SMK King Edward VII di bawah naungan Rejimen ke 3 Artileri Diraja (3 RAD) kerana atas permintaan orang-orang yang tidak puas hati dan tidak percaya akan kemenangan kami di Pertandingan Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) tahun 2005 yang diadakan di Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Ipoh.



Ramai pasukan naungan yang tidak berpuas hati termasuklah tuan rumah, 23 RAMD (pasukan naungannya: Malay College Kuala Kangsar). Sebab apa? Sebab tiap-tiap tahun 23 RAMD je menang. Mana boleh. Semua kaki penipu, main kotor. Dah la pengadil majoritinya dari tuan rumah.

Dalam pertandingan ini beberapa acara telah dipertandingkan iaitu Kawad Senjata (M16) [Berpasukan: Lelaki & Perempuan], Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan (5-7 Kilometer) [Lelaki & Perempuan] , menembak jatuh piring 50meter (Lelaki & Perempuan), menembak target (100meter & 200meter) [Lelaki & Perempuan] dan Ketua Perbarisan Kawad Senjata Terbaik [Lelaki sahaja].

Latihan Kawad Senjata sebelum bermulanya pertandingan



Taklimat sebelum bermulanya acara Kawad Senjata


Latihan Kawad Senjata


Peserta wanita dalam acara kawad senjata


Peserta lelaki dalam acara Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan bergambar bersama jurulatih pasukan mereka


Peserta wanita acara Baca Peta dan pergerakan terpantas di dalam hutan menunggu giliran perlepasan


Latihan Menembak kategori wanita


........................................................................................................................................................................

P/s: Nantikan Part 2: Rahsia Kemenangan (Konflik 2005 di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja) tidak lama lagi.


Kemerdekaan Malaysia ke 52


Negara Malaysia kini mengecapi keselesaan dan keharmonian berbilang bangsa dan kaum dalam satu keutamaan dan matlamat di bawah "Satu Malaysia". 31 Ogos setiap tahun merupakan hari paling bermakna dan bersejarah kepada negara kita kerana ia adalah hari kepada kemenangan yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rakan-rakannya ketika dahulu.



Era abad ke 21 ini melihatkan betapa Negara Malaysia berdiri teguh walaupun ditimpa bermacam-macam musibah seperti kemelesetan ekonomi dunia dan bencana alam. Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dunia dan setempat.



Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tidak seperti negara-negara jiran yang lain. Seperti contoh, Negara Indonesia, rakyatnya berada dalam ketakutan kerana berlakunya ancaman pengeboman di merata-rata tempat yang gagal dikesan oleh pihak polis Indonesia.





Negara Thailand, amnya di selatan Thailand, umat Islam di sana dibunuh oleh Tentera Thailand itu sendiri. Walaupun berada di negara sendiri, mereka tidak akan dapat menikmati kebebasan, keselesaan hidup dan keselamatan terjamin seperti mana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. Tugas tentera Thailand sepatutnya melindungi penduduk awam negeranya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.




Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran dan berdoa supaya kita di Malaysia ini selamat dari pelbagai ancaman keganasan disamping menjalinkan hubungan yang baik sesama kita di bawah Satu Malaysia. Eratkan perpaduan dan jauhi keganasan dan perkauman. Bersama kita menjaga keharmonian Malaysia dan saling menghormati antara satu sama lain.


Thursday, August 20, 2009

Jemput Masuk, Encik RAMADHAN


Tinggal sehari lagi Encik Ramadhan akan datang mengisi ruangan dalam bulan Islam. Encik Ramadhan sebenarnya bawa banyak bekal untuk kita tau. Sayang kalau kita tidak berebut-rebut untuk dapatkan bekalan darinya. Bermacam-macam jenis bekalan yang dibawa oleh Encik Ramadhan itu nanti. Nak tahu apa bekalannya? Mari kita lihat beberapa hadis yang menyebut tentang bekalan yang bakal dibawa oleh Encik Ramadhan itu:





Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)


Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)



Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)




Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)




Wah..Sungguh enak dan menyelerakan bekalan dari Encik Ramadhan yang telah diceritakan dalam beberapa hadis di atas. Sesungguhnya, Encik Ramadhan kita ni Kacak. Mana taknya, syaitan-syaitan pun takut dekatinya. Lantas mereka menawarkan diri untuk dikurung didalam penjara Raja Semesta Alam, siapa lagi kalau bukan ALLAH S.W.T. Hehe sian mereka itu.

Jadi, kita semua siap sedia la nak sambut Encik Ramadhan ni. Tak perlu la sampai sambut di KLIA dengan paluan kompang. Cukup sekadar persediaan diri kita.


Sunday, August 16, 2009

Tahniah!! Bravo!! Caiyok!!



Ruangan kali ini aku nak ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada adik aku nombor 4, Nurul Hanisah yang akhirnya telah dipanggil dan terpilih memasuki bidang perguruan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra Kedah.

Pada asalnya adik aku ni telah memasuki UiTM kampus Seri Iskandar, Perak. Namun berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus berakhir dengan kejayaan. Bukan senang beb nak terpilih ke dalam bidang perguruan ni. Sudah tentu dapat kerja tetap dan yang paling penting keje dengan kerajaan. Kalau Swasta ni, penat.

Hari sabtu dan ahad, semua orang cuti, pekerja sektor swasta kekadang terpaksa bekerja demi tugas. Apa-apa pun sekali lagi, Tahniah kepada adik aku sorang ni. Belajar rajin-rajin. Beat mak ayah, abang dan kakak-kakak kamu. Semoga berjaya dalam hidup.

P/s: Adik aku ni amik course Pemulihan Sekolah Rendah. Jadi tidak mempunyai masalah dan kurang tekanan. Yang paling penting, berdasarkan pengalaman ayah & mak aku di maktab perguruan Johor dahulunya, perbezaan antara IPTA & Institusi Perguruan (Maktab), di mana dalam maktab perguruan banyak ruang dan kebebasan. Tidak mempunyai banyak "Assignments" dan tekanan malahan "enjoy" dalam pembelajaran. Wallahua'lam....