

















Mak sarung cincin di jari Izzati
Mak & Izzati
Mak bergambar dengan Izzati
Mak & Izzati selepas selesai majlis
Antara kawan baik yang hadir: Cikgu Liza, Ainur, Lea & Fazilah
Cikgu Hasliza

Dalam Bilik Guru: Cikgu Fazilah, Lea, Izzati & Jannah

Cikgu Ainur & Cikgu Zafirah
Inilah kawan-kawan saya di SMK Darul Ridwan. Bila ada kelapangan waktu, kami bersama-sama keluar berjalan-jalan. Kadang-kadang makan sama-sama. Kadang-kadang ada perancangan tertentu.


Kami Bersama-sama Ke Kenduri Kahwin Kak Haida

Kami bersama Guru Praktikal UPSI bermain Bowling
Seronoknya bila dapat kawan dengan mereka-mereka ini. Mereka ini bukannya kawan biasa malah saya beranggapan sebagai kawan baik (BFF -Best Friends Forever). Apa-apa pun saya berharap persahabatan antara kami semua tidak akan terputus walaupun mempunyai masalah mahupun sudah berumah tangga. Wallahua'lam..

Kesimpulannya, kita sebagai manusia & umat Islam tidak seharusnya menyapa atau memanggil kawan kita, kenalan kita, sanak-saudara kita, mahupun adik beradik kita dengan nama jolokkan. Sabda Rasulullah S.A.W jelas sekali memberi mesej bahawa ISLAM mengutamakan ADAB & budi pekerti umatnya walaupun ia sekadar panggilan atau sapaan.



Hujung minggu, hari ini (14 Februari) aku & keluarga pergi ke Taman Meru, Ipoh. Kami ke sana bertujuan untuk menziarahi Opah Miah. Siapakah Opah Miah ini? Sebenarnya dia ialah isteri kedua Arwah atok aku. Isteri pertama, Arwah Opah aku.
Asal-usul Valentine:
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)




Pada 11hb Februari iaitu bersamaan dengan hari khamis, dua buah kereta guru telah dicalar & ditoreh oleh pelajar dengan niat. Identiti pelajar tersebut gagal dikesan kerana tiada saksi & bukti terdapat pada kesan calar di kereta dua orang guru SMK Darul Ridwan, Taiping.
Paling malangnya, kereta seorang guru ini, adalah kereta baru. Baru sahaja dua bulan menggunakannya. Kereta jenis Honda City V-tech yang baru sahaja dibeli. Nasib aku belum tentu lagi. Entah bila giliran aku. Aku harap tidak akan berlaku pada kereta aku nanti.
Maklumlah, kebelakangan ini, aku banyak tengking & merotan pelajar SMK Darul Ridwan itu. Bukan sengaja aku merotan. Dek sebab kerja yang aku minta, gagal disiapkan oleh pelajar. Aku cukup simple. Kalau tak nak kena marah & dirotan, ikut sahaja arahan aku. Siapkan semua kerja rumah yang aku berikan. Jika tidak faham & ingin bertanyakan soalan, silakan. Jumpa aku. Itu je.
Tapi tiada seorang pun datang berjumpa dengan aku. Aku dengar komen dari guru-guru lain, sebab pelajar tak nak datang jumpa aku bertanyakan soalan, dek sebab aku ni garang. Aku garang bertempat la weh. Kalau kerja yang aku bagi, tak siap, itu yang aku mengamuk tu. Orang gila je yang merotan & marah tanpa sebab.
Aku berasa simpati terhadap dua orang guru tersebut di atas apa yang berlaku terhadap kenderaan mereka. Selepas ini, dapat tangkap pelajar tersebut, belasah cukup-cukup. Biar jadikan pengajaran yang berguna. Entah mengapa aku berasa geram nak belasah budak yang calarkan kereta guru tersebut. Errrrr...............
