Ikut

Monday, July 29, 2013

Salam Ramadhan & Aidilfitri 2013



Salam Ramadhan & Aidilfitri 2013.
Semoga kita semua mempertingkatkan amalan ibadah kita. 
Di 10 malam terakhir Ramadhan ini, sama-samalah kita bermunajat, berdoa supaya Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa besar & kecil yang telah kita lakukan sebelum ini.
Hanya Taubat NASUHA sahaja yang Allah terima.
Selamat Beramal.

Siap Siaga Mempertahankan Negara



Baris.....Baris.....Sedia!!!
Walaupun merupakan seorang anggota Wataniah, tugas mempertahankan Agama, Bangsa & Negara adalah merupakan tanggujawab kami demi mengekalkan kemakmuran & keamanan Negara tercinta. Mari sama-sama mendoakan keselamatan negara kita, Malaysia supaya berada dalam jagaan & lindungan Allah S.W.T. 

Anak Anugerah Terbaik Dari Allah






Anak adalah anugerah terbaik dari Allah S.W.T. Dialah yang akan mewarisi zuriat keturunan dan mencorak masa depan masyarakat kelak. Dalam tempoh umurnya setahun - 7 tahun adalah proses pembelajaran. Bagi kami, Muhammad Iskandar Hamzah adalah permata yang berharga. Semoga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga serta bantu kami dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai keagamaan, kasih sayang, dan disiplin yang tinggi.