Ikut

Friday, September 23, 2011

Carta Organisasi Majlis Perwakilan Nuqaba'





CARTA ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN NUQABA' (MPN) SESI 2011/2012



MAJLIS TERTINGGI:~





SEKTOR USRAH KAMPUS:~





SEKTOR PEMBANGUNAN SISWA:~


Thursday, September 22, 2011

Notis: Tatapan Untuk Sektor Yang Berkenaan (MPN)


Assalammualaikum w.b.t

Perhatian kepada sektor yang berkenaan. Mesyuarat bersama Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) akan diadakan, iaitu:

1. Mesyuarat & Pembentangan Kerja Sektor Pembangunan Siswa (MPN):
  • TARIKH : 20 Oktober 2011
  • HARI : Khamis
  • MASA : 8.45 malam (Selepas Solat Isyak)
  • TEMPAT : Bilik Syura

2. Mesyuarat & Pembentangan Kerja Sektor Usrah Kampus (MPN):
  • TARIKH : 21 Oktober 2011
  • HARI : Jumaat
  • MASA : 3.00 petang (Selepas Solat Jumaat)
  • TEMPAT : Bilik Syura

Sila buat persiapan berkenaan sektor masing-masing sebelum hadir ke mesyuarat ini. Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan ketua sektor (Timbalan Setiausaha 1 & 2) masing-masing atau anda boleh berhubung terus dengan Setiausaha Agong MPN.

PERINGATAN! Sila hadir tepat pada waktu yang ditetapkan. Jika gagal hadir ke mesyuarat ini, sila kemukakan surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agong MPN dalam masa 24 jam dari masa mesyuarat diadakan. Sebarang alasan secara lisan, tidak akan diendahkan. Harap maklum!


Wednesday, September 14, 2011

Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN)


Salam.

Sungguh lama tidak bersua. Namun apakan daya, dihambat oleh kesibukan masa. Alhamdulillah, sehingga kini, jasad ini bernyawa. Salam Ukhwah & Selamat bersua kembali.

Kini, sudah masuk ke semester 3. Namun, masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi. Semester ini, saya telah diberi amanah menjalankan tugas-tugas di dalam Majlis Perwakilan Nuqaba' Universiti (MPN). Jadi, apakah badan MPN ini? Apakah skop bidang tugas & peranan utama kepada para mahasiswa? Mari saya bawa anda mengenali, apakah badan organisasi ini.


Apakah pengertian NUQABA':
Naqib yang berasal dari perkataan نقب على القوم- نقابة , bermaksud صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم. Ertinya: Seseorang yang mengurus & mengendalikan urusan masyarakat.

NUQABA' DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba sebagai sebuah institusi yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba.

Kelemahan para nuqaba' dalam memandu usrah dengan baik akan memberi kesan kepada arah perjuangan yang ingin dipimpin untuk anak buah mereka. Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah cabang permasalahan lain seperti usaha untuk membina suasana tarbiyah rohaniah yang cukup penting dalam sebuah gerakan. begitu juga dengan kekuatan jasmani dan thaqafah mereka. Akhirnya, ahli-ahli usrah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan mandat-mandat dan kehendak jama'ah dengan sebaiknya.

Dengan itu kreadibiliti para nuqaba' memberikan satu kesan yang amat besar kepada pembentukan anak buah usrah ke arah yang berkualiti. Proses pentarbiahan ini perlu dimulai dengan sikap para nuqaba' itu sendiri. Barulah kita boleh menceritakan masalah anak buah usrah.

Kedudukan para nuqaba' di dalam saf jama'ah
Perlu kita ketahui, nuqaba' sebenarnya berada di posisi yang amat penting dalam sebuah jama'ah. Para nuqaba' diibaratkan seperti sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya. Konteks ini dapat dilihat melalui firman Allah Taala di dalam surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud,

Ini bererti para nuqaba' merupakan pokok-pokok tersebut yang menghiasi taman-taman gerakan Islam. Namun, pokok ini tidak mampu tumbuh mekar dan megah sehingga mampu menghiasi sebuah taman tanpa keutuhan beberapa ikatan yang perlu dijaga dengan baik.

 Ikatan iman dan amal
 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
 Ikatan saling hormat-menghormati
 Ikatan kerjasama dan jihad
 Ikatan syura
 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
 Ikatan perasaan



PERANAN PARA NUQABA':

Setelah kita ketahui akan maksud dan posisi sebenar para nuqaba'. Maka dapatlah difahami bahawa para nuqaba' merupakan :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin school of thought jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan maklumat ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.

2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka terutama dalam memahami erti sebuah jama'ah.

3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .

4) Benteng pertama dan golongan teras(al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.

5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.

6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebarang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.


CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA'

CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :~

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai sahsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah ALLAH Taala.


CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu'alim :~

Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' hendaklah mendalami pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.


CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :~

Naqib adalah seorang bapa atau ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba'. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bermula dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.


CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim :~

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati( salamah as-sadr )

Betapa besarnya peranan para nuqaba' selaku pembentuk dan pengacu ahli usrah ke arah memahami konsep pembawakan dan kefahaman Islam yang sebenar.

..............................................................................................

Alhamdulillah, setakat ini beberapa IPT di negara kita sudah ada badan organisasi Nuqaba' ini iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Selangor (UNISEL) & Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Tugas utama Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) di universiti-universiti ini adalah mengendalikan subjek MQA/LAN iaitu ZKU1112 (Ko-Kurikulum). Di KUIS & UNISEL, warga MPN adalah terdiri daripada Mahasiswa sepenuhnya. Di UIAM pula, para pensyarah adalah penggerak MPN itu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Perwakilan Nuqaba' atau lebih dikenali sebagai MPN, mengamalkan sistem pentadbiran organisasi SYURA. Pemilihan Tampuk pentadbiran baru tidak mengunakan sistem pilihanraya seperti mana badan organisasi yang lain. Pusat pentadbiran MPN terletak bawah di Pusat Islam Universiti.