Ikut

Sunday, December 27, 2009

Kemalangan Lagi!!





IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.

Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.

Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.


Info Tragedi Bas Ekspress:

30 Julai 2006: 11 Maut & 36 lagi cedera apabila bas persiaran terbalik dan terbabas ke dalam parit di Kilometer 160.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jawi, Nibong Tebal.

9 Mac 2007: Enam maut manakala 20 cedera apabila bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Kilometer 254, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

13 Ogos 2007: 20 terbunuh dalam nahas bas ekspres paling buruk dalam sejarah negara di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang, Taiping, Perak.

7 Disember 2008: 10 penumpang bas ekspres Super Nice Grassland maut apabila bas mereke terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor.

26 Disember 2009: 10 maut dan dua cedera apabila bas dua tingkat Sani Ekspres melanggar penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan).


P/s: Bila aku tengok berita di TV3 Pukul 8malam semalam, aku rasa sedih & simpati. Orang tak bersalah jadi mangsa. Itu sebab aku travel mana-mana pun, aku drive atau naik keretapi. Pengalaman aku naik bas kali terakhir dulu memang cukup bermakna apabila bas yang aku naik itu terbakar. Nyaris sempat semua penumpang turun. Aku pun tak tahu la, kenapa Lebuh Raya sekita Perak merbahaya. Mungkin Kedudukan geografinya atau kecuaian pemandu itu sendiri. Kemalangan Bas semalam di katakan "BADI" dulu. Kebanyakkan kemalangan di Lebuh Raya sekitar Perak adalah kemalangan MAUT & kebanyakkannya melibatkan bas. Rancang perjalanan anda. Naik keretapi, selamat sampai.



Thursday, December 24, 2009

Result PMR 2009




Salam. Hari ini result PMR keluar. Dalam keluarga besar aku, ramai yang terlibat dengan PMR tahun 2009 ini. Beberapa orang adik sepupu aku termasuklah adik bongsu aku sendiri serta tidak lupa juga kepada Adik Hanis. Apa-apa pun aku mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat yang aku sebutkan itu, di atas keputusan PMR yang kalian dapat.




Aku harap, kalian semua jadikan keputusan PMR itu sebagai batu loncatan kepada perubahan teknik pembelajaran yang lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik individu. SPM adalah medan kepada kalian semua buktikan kesungguhan usaha kalian dalam pelajaran. PMR hanya sekadar titik permulaan. Semoga berjaya.

P/s: Aku juga panjangkan ucapan Tahniah ini kepada semua pelajar di Negara yang telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2009.



Friday, December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431






Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi seluruh umat ISLAM di dunia iaitu Tahun Baru Hijrah dalam Kalendar Islam. 1 Muharam bermulanya episod baru dalam hidup aku. Aku mula mencongak perubahan dalam kehidupan. Aku perlu melakukan "Penghijrahan" ini kerana aku inginkan diriku tidak lagi leka, lalai & membazirkan masa untuk perkara yang tidak berfaedah & bermanfaat. Tak perlu aku ulas dengan lebih lanjut lagi tentang "Penghijrahan" yang aku sedang lakukan dalam kehidupan ini.

Insya Allah, aku mendoakan segala usaha baik aku ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Dikesempatan ini, aku dengan lapang hati mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah (Ma'al Hijrah) 1431 kepada semua rakan-rakan di luar sana dengan harapan memperkasakan diri dengan ilmu & melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat.


Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA BOLEH!!!


MALAYSIA BOLEH!!! Tidak ada apa-apa lagi yang aku hendak memperkatakan tentang kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia Bawah 23 Tahun apabila merangkul kejuaraan dengan memenangi pingat Emas di Sukan SEA Laos 2009 sekali gus menamatkan penantian Emas selama 20 tahun sejak pasukan Malaysia menjuarai acara Bola Sepak di Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 1989 menewaskan Pasukan Singapura ketika itu dengan jaringan 3-1. Kemenangan pada sukan SEA 2009 ini melengkapkan Misi Pasukan Negara membalas dendam terhadap kekalahan 3-1 kepada pasukan Vietnam itu sendiri dalam saingan peringkat kumpulan.



K. Rajagopal banyak memberi sinar & perubahan dalam pembangunan Bola Sepak Negara


Barisan Wira Malaysia yang berjaya menjuarai acara Bola Sepak Sukan SEA 2009


Permainan yang ditunjukkan daripada barisan muda negara nampak memberi keyakinan kepada jurulatih negara, K. Rajagopal bahawa Malaysia sudah mampu "Mengaum" di pentas yang berprestij itu. Hasilya, kemenangan 1-0 ke atas Vietnam malam ini bukannya "nasib" namun itulah "hasil" usaha & kegigihan para pemain kita. Kini, Malaysia kembali merampas Takhta GERGASI ASIA TENGGARA dari pasukan Thailand. Tahniah sekali lagi aku ucapkan. Aku menyeru kepada warga negara Malaysia supaya mengembalikan martabat & maruah negara dalam arena sukan khursusnya Bola Sepak.


~~MALAYSIA BOLEH!!!~~

Siaran MALAYSIA VS VIETNAM



Siaran Langsung antara pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia dan pasukan bola sepak bawah 23 tahun Vietnam akan diadakan pada hari ni (17 Disember 2009) pada pukul 5.45 petang di siaran RTM2 dan TV3. Aku menyeru kepada semua rakyat Malaysia meluangkan masa menonton perlawanan itu nanti dan diharapkan juga rakyat negara ini dapat memberi sokongan kepada pasukan negara kita dalam misi memburu Pingat Emas Sukan SEA yang sekian lama tidak berkilau sejak 20tahun yang lalu.




Kali terakhir pasukan negara menjuarai Sukan SEA dalam acara Bola Sepak ialah pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Marilah kita menunjukkan semangat 1 MALAYSIA dan mendoakan supaya Pasukan Bola Sepak B23 Tahun dapat merialisasikan Misi "Membalas Dendam" ke atas Vietnam (Kalah 1-3 kepada Vietnam di peringkat kumpulan) & juga Misi "Mengembalikan Kegemilangan Pasukan Bola Sepak Malaysia" yang dahulunya kita adalah sebuah Pasukan GERGASI Rantau ASIA.


MALAYSIA BOLEH!!!