Ikut

Tuesday, March 31, 2009

Renungan: Penyakit Hasad Dengki (PHD)


PENYAKIT HASAD DENGKI = PERANGAI SYAITAN


Salam semua pembaca,

Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantap.

Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi


Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.



Friday, March 27, 2009

U.K's: Bila Diri Disayangi...


Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri






Monday, March 16, 2009

TAWARAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI yang berkelayakan untuk memohon memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kadet dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


SYARAT KELAYAKAN

1. Umur (pada 31 Dis 2008)

a. TDM
(1) Calon Awam: 17 tahun 6 bulan hingga 25 tahun.
(2) Calon Askar Laskar: Tidak melebihi 28 tahun.

b. TLDM
(1) Calon Awam: 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.
(2) Calon Askar Laskar: Tidak melebihi 28 tahun.

c. TUDM (Juruterbang)
(1) Calon Awam sahaja: 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.


2. Fizikal
a. Tinggi minimum: 1.57m.
b. Berat minimum: 47.5 kg
c. Ukuran dada: 76 sm
d. Body Mass Index (BMI): 16.4 hingga 26.9


3. Taraf Kesihatan:
Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan oleh ATM.


4. Taraf Perkahwinan:
a. Calon awam -Bujang
b. Calon Askar Laskar -Bujang/Berkahwin


5. Kelayakan Akademik:

a. Perkhidmatan TDM:
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik, Sains atau Fizik atau Kimia, Bahasa Inggeris dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran lain.

Anggota Gerup Gerak Khas (GGK)


b. TLDM
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik, dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran berikut:
(1) Sains atau Sains Tambahan atau Fizik atau Kimia
(2) Prinsip Akaun
(3) Perdagangan
(4) Matematik Tambahan
(5) Teknologi Maklumat atau Reka Cipta
(6) Ekonomi Asas
(7) Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automotif atau Teknologi Elektronik atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyemanan Udara atau Teknologi Elektik.
(8) Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Lukisan Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyamanan Udara.

Anggota Pasukan Komando Angkatan Laut (PASKAL)


c. Perkhidmatan TUDM (Juruterbang)

Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia dan SATU (1) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana matapelajaran berikut:
(1) Matematik Tambahan
(2) Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyamanan Udara.
(3) Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Automotif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara.
(4) Sains Tambahan atau Biologi atau Sains
(5) Teknologi Maklumat atau Reko Cipta

Anggota Pasukan Komando Angkatan Udara (PASKAU)



SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

6. Calon-calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai pegawai selepas tamat latihan. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan pegawai yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


GAJI DAN ELAUN

7.Gaji Pegawai Kadet. Gaji sepanjang tempoh pengajian dan latihan adalah seperti berikut:

Tahun 1: RM 976.96 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)

Tahun 2: RM1063.48 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)

Tahun 3: RM1150.00 (Gaji), RM 80.00 (Elaun Perkhidmatan Tentera)


8.Elaun dan Kemudahan*. ATM menyediakan pelbagai elaun serta kemudahan merangkumi:
a. Elaun Khidmat Tentera, Elaun Pakaian Seragam Pegawai, Elaun Pakaian Istiadat, Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dan Dobi Percuma (semasa kursus).
b. Program Pengajian Peringkat Diploma Pengurusan (TDM) dari Universiti Terbuka Malaysia, Diploma Pengurusan Teknologi (TLDM) dan Diploma Mekanikal Aeronautikal (TUDM) dengan Universiti Teknologi Malaysia secara Percuma.
c. Kemudahan Mes, Sajian dan Rumah Keluarga.
d. Pakaian Seragam.
e. Potongan Tambang untuk Perjalanan Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.
f. Rawatan Perubatan dan Pergigian.
g. Waren Perjalanan tahunan untuk bercuti bersama keluarga.
h. Peluang melanjut pelajaran ke IPTA tempatan dan Luar Negara di bawah Skim Pengajian Tinggi.
i. Kemudahan pinjaman kerajaan membeli rumah/kenderaan/komputer.
j. Pinjaman Pendidikan di bawah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT)
k. Cuti Tahunan.

*Kemudahan yang disediakan ini tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan.



TATACARA PEMOHONAN

9. Tiada borang disediakan. Pemohon yang berminat hanya perlu menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan SPM/SPMV atau setaraf
b. Salinan Kad Pengenalan
c. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d. Salinan Sijil Lahir
e. Salinan Sijil Kokurikulum
f. Dua Helai Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem 50 sen dan Beralamat Sendiri. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat Malaysia atau Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).


10. Pemohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti di atas.


UNTUK PERTANYAAN:
Talian: 03-20712382 (Lt Kol Mohd Nasir), 03-20712387 (Kapt Ruhaizi TDM),
03-30714524 (Lt Suariff TLDM), 03-20714526 (Kapt Mohd Azrol TUDM),
03-20712391 (Kaunter Pertanyaan). atau Talian Bebas Tol: 1-800-88-7588
No. Faks: 0326985340, 03-26986235. Email: ctk.mtk@mod.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan: 21 MAC 2009


MAKLUMAT PENTING:
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 14 JULAI 2009 adalah dianggap Tidak Berjaya.




NOTE: Petikan di atas diambil dari Ruangan Iklan Akhbar Berita Minggu (Ahad: 15 Mac 2009)




Friday, March 13, 2009

Renungan: Suami Mati, Isteri Gila

Pagi itu, seperti biasa Nurul, 34 melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya. Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat.

Sikapnya itu, bukan sekali dua menimbulkan perasaan jengkel di hati teman-teman setugasnya. Pun begitu, Nurul tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman-teman sepejabatnya itu.
Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Nazri, 42 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya.

Sebenarnya, dia sudah lama memendam perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi "orang kanan" di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda.

Nurul bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai tiga anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari. Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Nurul sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan "up to date", mengghairahkan dan mendapat perhatian Nazri. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu.

Melihatkan lagak Nurul itu, iman Nazri entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Nurul. Respon daripada Nazri itu, benar-benar membuatkan Nurul bagaikan berasa di atas awan. Tambah pula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata-kata romantis dan memberahikan daripada lelaki idamannya itu.

Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutama isteri Nazri dan pekerja di syarikat kecantikkan itu.

Sepanjang perhubungan mereka itu, bukan sekali dua Nazri mencuit tubuh gebu Nurul. Cuma Nurul saja yang buat-buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Nazri rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Nurul jatuh juga dalam dakapan Nazri.
Petang itu Nurul sengaja pulang lewat. Kebetulan, dia perlu menyediakan beberapa fail untuk dibawa ke meja mesyuarat. Walaupun kerja itu bukan di bawah tanggungjawabnya, namun Nurul rela hati untuk melakukannya.

Tanpa pengetahuan sesiapun, rupa-rupanya dia dan Nazri sudah merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat di syarikat itu. Tambah memudahkan rancangan, isteri Nazri pula tidak ada kerana mengikuti kursus rawatan kecantikkan di Pulau Pinang selama lima hari.

Maka, melonjak riang kedua-dua pasangan "kekasih" itu. Petang itu, kedua-duanya melunaskan "hajat" mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap "bersama".




Nurul benar-benar seorang "pelakon" yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. "Keperluan" suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa-apa. Walaupun suaminya sering kurang senang dengan cara dia berpakaian apabila ke pejabat, namun dia pandai memberi alasan. Namun Nurul lupa akan sesuatu yang pasti.

Ya! Sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari akan jatuh ke tanah juga. Suatu hari, seorang pekerja di syarikat itu terserempak dengan mereka berdua di sebuah restoran makanan segera. Nurul dan Nazri terkejut tapi, mereka cuba berlagak biasa. Nurul sudah dapat mengagak pasti akan kecoh di pejabat kelak.

Namun, dia bagaikan tidak percaya bila tiada seorang pun yang membuka cerita tentang hal itu. Dalam diam, dia menjeling ke arah Yana yang terserempak dengannya itu. Namun air muka sahabatnya itu seperti biasa. Tiada sebarang tanda kecurigaan di wajah itu.

Ditakdirkan, beberapa bulan kemudian Nurul disahkan mengandung. Orang yang paling gembira, tentulah suaminya sendiri. Sebaliknya Nurul jadi bingung, anak siapakah yang dikandungnya itu, anak suaminya atau anak Nazri?

Apa yang membuatkan dia sedih tidak keruan, Nazri seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berita kehamilannya diberitahu. Ada saja alasan setiap kali dia ingin menemui Nazri. Malah Nazri sudah mula memarahinya dan tidak melayannya semesra dulu. Bulan berganti bulan, perut Nurul semakin sarat.

Begitu jugalah kebimbangan yang bergolak di jiwanya saat itu dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa derita perasaannya ketika itu. Tambah memilukan, dia dilayan bagaikan minyak yang penuh oleh suaminya. Dia tidak langsung dibenarkan membuat kerja-kerja berat. Suaminya itu bimbang kandungannya akan keguguran, maklumlah sudah lima tahun dia tidak mengandung sejak melahirkan dua orang anaknya itu.

Rasa bersalah dan berdosa semakin menghimpit dadanya, semakin baik layanan suaminya itu, semakin derita perasaan Nurul. Walaupun belum terbukti anak yang dikandungnya itu adalah anak Nazri, tapi dia seolah-olah pasti anak itu benih Nazri. Kerana, sebelum dia mengadakan hubungan intim dengan lelaki itu, hubungan kelaminnya bersama suami tetap berjalan seperti biasa, namun satu pun tidak "lekat". Jadi, tidak syak lagi benih itu adalah kepunyaan Nazri, "kekasih gelapnya" itu.

Tiba harinya, Nurul di masukkan ke wad bersalin. Meskipun waktu untuk melahirkan telah sampai, namun kandungannya seperti enggan keluar walaupun puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan. Derita Nurul benar-benar menyedihkan si suami. Dia berdoa pada Tuhan, agak beban berat isteri tercinta diringankan. Dia tidak sanggup melihat isterinya mengerang kesakitan.

Sedang Nurul mengerang kesakitan, dia menyeru nama suaminya dengan penuh kepayahan. Dengan linangan airmata, Nurul menceritakan segala rahsia sulitnya dan memohon kemaafan daripada si suami. Dan mendengar berita itu, si suami bagaikan dipanah petir. Siapa yang tidak terseksa batinnya, apabila isteri yang dicintai sepenuh hati berlaku curang. Malah, sanggup ditiduri lelaki lain dan sedang berperang nyawa untuk melahirkan hasil hubungan sulit mereka itu.

Namun, Nurul terus merayu-rayu. Dan hati kecilnya tidak sampai hati melihat keadaan Nurul ketika itu. Sebagai seorang manusia, dia masih mempunyai perikemanusian. Sejurus lafaz maaf disebut dibibir si suami, kandungan Nurul meluncur keluar dengan mudahnya dan saat itu jugalah si suami rebah ke lantai.

Nurul yang masih dalam kesakitan, tergamam dengan keadaan itu. Namun keadaan dirinya yang lemah, membuatkan dia sendiri tidak sedarkan diri. Selepas dua minggu di hospital, Nurul dibenarkan pulang. Keadaanya seperti tidak siuman, dia hanya diam dan sesekali ketawa walaupun ketika itu diberitahu si suami sudahpun meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anak.

Kini, Nurul dirawat di rumah sakit jiwa dan tiga orang anaknya itu dijaga oleh ibu bapanya di kampung. Walaupun tidak ramai yang tahu apa puncanya dia jadi gila, namun hanya seorang saja tahu sebab musababnya. Iaitu teman sekerja Nurul yang tahu akan hubungan sulitnya dengan Nazri.



Hasil Tinta: Muhammad Muizzuddin Bin Azraei




"Jangan Perangi Stress Tapi Fokuslah Pada Keinginan Mahu Merasai Kegembiraan..............."


Salam semua. Kata-kata motivasi yang cuba saya sampaikan ini adalah: jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka”.

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.

Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!

Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.

Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.

Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah anda berlawan dengan percakapan buruk orang lain terhadap anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.

Semoga apa yang cuba saya sampaikan dapat dijadikan panduan anda semua. Saya cuba bagi yang terbaik walaupun saya bukan pakar motivasi tapi banyak pandangan dan cerita tauladan yang banyak memotivasikan diri ini dapat saya kongsi bersama dengan anda semua.



Wednesday, March 4, 2009

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Malaysia yang ke-76... GEMPUR WIRA!!!


Salam. Semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa sambutan Hari Tentera Darat yang ke 76 diadakan dengan gemilang dan penuh istiadat yang bertempat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Negara kita mencatat sejarah apabila pada perbarisan kali ini, buat pertama kali seorang pegawai wanita, Kapten Normie Fathma Binti Abdul Rahman, 26, diberi tanggungjawab sebagai adjutan (orang yang memberi arahan kepada perbarisan yang diadakan itu).

Suara nyaringnya memberi arahan memecah tradisi perbarisan yang sebelum ini dipelopori pegawai lelaki. Pada majlis yang sama, dua lagi pegawai wanita iaitu, Kapten Diana Hamdan, 27, dari Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan Kapten Siti Norfahana Mohd Aminuddin, 26, dari Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah menerima "Sayap Penerbangan" serta bakal melayakkan mereka menjadi pembantu juruterbang helikopter kebanggaan Tentera Darat, Agusta A109 LOH dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).


Saya di sini berasa bangga kerana Sambutan Tentera Darat disambut dengan gilang gemilang dan penuh istiadat. Kejayaan seperti ini memberi semangat kepada saya untuk berjuang habis-habisan untuk membuktikan kemampuan diri saya supaya sebaris dengan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia yang menjadi kebanggaan negara. Saya berazam untuk memperbaiki segala kelemahan diri supaya dapat menjadi lebih baik.

Syabas saya ucapkan kepada tiga orang pegawai wanita yang berjaya menaikkan martabat kaum hawa dan memecah tradisi Tentera Darat Malaysia. Saya berharap dengan keupayaan dan kekuatan Tentera Darat kini mampu menarik minat para generasi muda menyertai dan mencuburi profesion Angkatan Tentera Malaysia.


GEMPUR WIRA!!!







Tuesday, March 3, 2009

Contoh Resume. Moh Kita Nengok....


Salam semua. Di bawah ini saya ada paparkan contoh resume untuk tatapan kita bersama. Jadi, sesiapa yang tak tahu nak buat resume, follow je butiran-butiran penting di bawah ini. Paparan ini khas untuk para graduan & penganggur yang mula melangkah ke alam pekerjaan. Selamat mencuba!!


Nicholas Azizan
No. 2, Jalan Mata Kuching
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Nicholas Azizan
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 30 Jun 1984
Bangsa: Melayu
No. K/P: 84xxdd-aa-ssss
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2007

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2003

Institusi: Sekolah Datuk Abdul Ghaffar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik


"Karier Anda Bermula Di Sini"