Ikut

Tuesday, December 23, 2008

Tafsiran Bulan Kelahiran Anda!!! (Kajian Dibuat Oleh Dato' Dr. Fazilah Kamsah)

Assalamualaikum semua..Berikut adalah kajian mengenai tarikh lahir dan sikap anda yang telah dijalankan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.Bagi yang nak tahu tentang rahsia tarikh lahir anda,jom kita semak sama-sama.Anda lahir dalam bulan berapa?

Jom sama-sama semak..


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
* Mempunyai sifat panas baran dan berangin yang sangat tinggi

FEBRUARI


* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk dirumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, December 15, 2008

Aku Kena Banyak Belajar.............

Adus...Bukan senang nak belajar buat blog ni...huhu aku baru berjinak-jinak dengan "Blogger" ni.

Kekadang ia melalaikan...Kekadang bila kita mula berjinak-jinak dengan blog, habis semua benda kita tinggalkan. Ish3x, suka syaitan sbb dpat hasut manusia... Apa-apa pun blog memang best..tp jgn smpai melalaikan diri kita.

Kepada blogger-bloger diluar sana, kalau ada sebarang pendapat yg dpt kongsi bersama tentang mencantikkan & manage blog ni, bgtahu la ye...huhu "Tunjuk Ajarku Sifu"

Sunday, December 14, 2008

Pemakanan yang Sihat?? Erm...Bosannya.........





Hehehe Sebenarnya aku ada terbaca sebuah artikel dari Institut Perguruan Selangor tentang "Makan Sihat Untuk Kekal Cergas"...

Artikel tu menegaskan, kalau kita nak kekal cergas sepanjang masa, sibuk macam mana pun kita tetap kena utamakan makanan yang seimbang seperti gambar kat bawah ni.....



"Untuk memastikan anda mendapat bekalan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk keperluan harian, anda perlu makan pelbagai jenis makanan yang menggabungkan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayuran, daging, ikan, ayam serta produk susu (dengan penekanan kepada empat kumpulan makanan yang pertama). Anda juga perlu mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Dan minum banyak air!"
-Institut Perguruan Selangor


Tapi 1 la aku tengok....Tabiat orang Asia (orang Malaysia khasnya), bukan main bedal je makan. Pantang dapat tgk logo ni....................



Dan.................................................








Fuh,......Dua-dua sedap beb!!! Nyam2....."Finger Licking Good" (kalau tak salah aku la tu trademark KFC)...huhuhuhu

Inilah orang malaysia....tak habes2 Makan, Makan dan......Makan!!! Makan tak salah beb. Gua pun makan. Gua pun manusia jgk... Tapi Makanan "Fast Food" macam ni la yang buatkan kita lama2 nanti dapat penyakit.... Ater, Komer asik melantak tak sesudoh..Itu kroje Komer ye?

Berbalik kepada artikel tu balik...pemakanan itu penting. Jadi, merancang pemakanan perlu konsisten...dia ada sebut kita sibuk dengan kerja, badan letih..perlu rehat & bersenam..Kalau tak, haaa macam2 penyakit dapat...Korang nak jadi seperti insan ini????





Tut........ (untuk tontonan 18tahun ke atas saja. hehehehe)


Ish2.....kesian aku tgk dia ni...tu la padahnya bila terlampau gemok....kalau menyusahkan diri sendiri tak pe la...Ni tak...Nyusahkan Mak Bapak, isteri (kalau ada isteri..huhuhu)......untuk insan2 di luar sana, jadikanlah ia iktibar supaya kita tak jadi mcm dia ni... Bersenamlah tuk kesihatan diri anda sendiri...Yeah!! Majulah Sukan untuk diri sendiri....hikhikhik


Nak interframe nye pasal, terpaksa la berlakon bersenam ye makcik??huhuhu





PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI DAN WANITA (ANGKATAN TENTERA DARAT MALAYSIA)!!!




PEMILIHAN TERBUKA UNTUK JAWATAN PERAJURIT MUDA LELAKI TENTERA DARAT SIRI 166/2008 DAN PERAJURIT MUDA WANITA TENTERA DARAT SIRI 28/2008


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat dan Perajurit Muda Wanita Tentera Darat. Mereka yang berjaya di dalam pemilihan awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi pemilihan akhir dan seterusnya bagi yang berjaya akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

1. Butir-Butir Jawatan:
a. Pangkat - Prebet
b. Kementerian/Jabatan - Kementerian Pertahanan
c. Kumpulan Perkhidmatan - Sokongan
d. Klasifikasi Perkhidmatan - Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
e. Taraf Jawatan - Tetap
f. Fungsi Bidang - Melaksanakan tugas-tugas Perkhidmatan Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia.

2. Jadual Gaji Matriks Gaji:
Gred Z1 : Band 1 P1T1 RM 889.20 - P1T13 RM 1590.24
P2T1 RM 949.33 - P2T13 RM 1670.89
P3T1 RM 1011.19 - P3T13 RM 1753.51

3. Syarat Lantikan:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 23 tahun pada 26 Feb 2009.

4. Akademik:
a. Kelayakan Akademik Untuk Jawatan Prebet Lelaki:
(1) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1:P1T1).

(2) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T3).

(3) Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1:P1T4).


b. Kelayakan Akademik Untuk Jawatan Prebet Wanita:
(1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T3).

(2) Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T4)

5. Fizikal:
a. Tinggi - Minimum 1.57m bagi lelaki } Tanpa
- Minimum 1.47m bagi wanita } bersepatu
b. Berat - Minimum 47.5kg bagi lelaki
- Minimum 40.5kg bagi wanita
c. Ukuran - Minimum 76sm (lelaki sahaja) Dada
d. Body Mass ( Berat kg ) - 18 – 26.9 Index (BMI) ( Tinggi m X Tinggi m )

6. Kesihatan:
a. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.
b. Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna.

7. Taraf Perkahwinan:
Bujang dan tidak pernah berkahwin (Wanita sahaja)

8. Kerjaya:
Perajurit Muda juga berpeluang dinaikkan ke pangkat seperti di bawah setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Pangkat Gaji (RM/Sebulan)
a. Prebet - RM 889.20 – RM 2275.71
b. Lans Koperal - RM 1175.68 – RM 2551.98
c. Koperal - RM 1234.47 – RM 2926.12
d. Sarjan - RM 1514.22 – RM 3155.03
e. Staf Sarjan - RM 1862.44 – RM 3328.92
f. Pegawai Waran II - RM 2048.41 – RM 3454.52
g. Pegawai Waran I - RM 2303.64 – RM 3619.48

9. Gaji Perajurit Muda:
RM 821.86 akan dibayar sepanjang tempoh menjalani latihan asas ketenteraan.

10. Kemudahan dan Keistimewaan:
a. Pakaian seragam percuma.
b. Rawatan perubatan percuma.
c. Rawatan pergigian percuma.
d. Perkhidmatan dobi dan jahitan percuma.
e. Kemudahan pinjaman perumahan.
f. Kemudahan pinjaman kenderaan.
g. Kemudahan pinjaman komputer.
h. Kemudahan rumah keluarga.
i. Asrama bujang.
j. Cuti tahun.
k. Waren perjalanan cuti tahun bersama keluarga.

11. Anggota yang memasuki perkhidmatan Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Nota:
* Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana atau dadah. Bagi calon-calon yang masih menjadi saksi dalam kes-kes perbicaraan mahkamah, kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga kes selesai. * Calon-calon adalah diingatkan agar membuat persiapan dalam aspek kecergasan jasmani kerana akan diuji dengan ujian asas jasmani (Tekan Tubi, Lompat Setempat dan Larian)






SIJIL DAN DOKUMEN:
Calon-calon yang berminat dijemput hadir ke Pusat-Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada jam 0830 pagi. Calon lelaki dikehendaki perpakaian sukan (baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin) dan calon wanita dikehendaki berpakaian baju kurung/bersesuaian dan tidak menjolok mata. Calon juga dikehendaki membawa bersama alat tulis dan dokumen/sijil ASAL serta FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dalam keadaan baik. Bagi pemegang Kad Pengenalan Sementara (JPN 9) kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) diperolehi.
b. Sijil Daftar Kelahiran.
c. Sijil Akademik atau Slip Keputusan Peperiksaan. Slip Keputusan Peperiksaan hanya dipertimbangkan bagi calon yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun
2007 ke atas sahaja.
d. Sijil Berhenti Sekolah.

e. Calon-calon dikehendaki membawa bersama sampul surat berukuran 5 x 9 inci bersetem RM 0.50 sen dan beralamat sendiri.



PUSAT-PUSAT PEMILIHAN: SEMUA TEMUDUGA BERMULA JAM 0830:
NEGERI JOHOR:
1. 10 NOV 2008 (ISNIN) KOTA -TINGGI SK BANDAR [LELAKI]
2. 11 NOV 2008 (SELASA) PONTIAN -SMK SRI PERHENTIAN [LELAKI]
3. 12 NOV 2008 (RABU) PARIT SULONG -SMK DATO SULAIMAN [LELAKI]
4. 13 NOV 2008 (KHAMIS) SEGAMAT -SEK TINGGI SEGAMAT [LELAKI]
5. 14 NOV 2008 (JUMAAT) TANGKAK -SMK TUN MAMAT [LELAKI]
6. 9 DIS 2008 (SELASA) KULAI -SMK BANDAR TENGGARA [LELAKI]
7. 10 DIS 2008 (RABU) KULAI -SMK SERI PINANG [LELAKI]
8. 11 DIS 2008 (KHAMIS) PARIT -RAJA SMK TUN ISMAIL [LELAKI]
9. 12 DIS 2008 (JUMAAT) AYER HITAM -SMK DATO MENTERI [WANITA]

NEGERI KEDAH:
1. 10 NOV 2008 (ISNIN) KULIM -SMK SULTAN BADLISHAH [LELAKI]
2. 11 NOV 2008 (SELASA) KUALA KETIL -SMK TANJUNG [LELAKI]
3. 12 NOV 2008 (RABU) BALING -SEK MODEL KHAS BALING [LELAKI]
4. 24 NOV 2008 (ISNIN) PENDANG -SEK MODEL KHAS BUKIT JENUN [LELAKI]
5. 25 NOV 2008 (SELASA) JITRA -SMK TUNKU ANUM TUNKU ABD RAHMAN [LELAKI]
6. 26 NOV 2008 (RABU) GURUN -SMK BATU 5 [LELAKI]
7. 27 NOV 2008 (KHAMIS) YAN -SMK YAN [LELAKI]
8. 28 NOV 2008 (JUMAAT) MERBOK -SMK SRI BADONG [LELAKI]
9. 2 DIS 2008 (SELASA) PENDANG -SMK PENDANG [LELAKI]
10. 11 DIS 2008 (KHAMIS) SIK -SMK SIK [LELAKI]
11. 12 DIS 2008 (JUMAAT) BALING -SMK SYED ABU BAKAR [LELAKI]
12. 18 DIS 2008 (KHAMIS) SUNGAI PETANI -SMK KHIR JOHARI [WANITA]

NEGERI KELANTAN:
1. 24 NOV 2008 (ISNIN) JELI -SK AYER LANAS [LELAKI]
2. 25 NOV 2008 (SELASA) MACHANG -SMK HAMZAH (2) [LELAKI]
3. 26 NOV 2008 (RABU) TANAH MERAH -SM TEKNIK TANAH MERAH [LELAKI]
4. 27 NOV 2008 (KHAMIS) KUALA KRAI -SM TEKNIK KUALA KRAI [LELAKI]
5. 28 NOV 2008 (JUMAAT) GUA MUSANG -SMK TENGKU INDRA PETRA 1 [LELAKI]
6. 15 DIS 2008 (ISNIN) GUA MUSANG -SMK CHIKU 2 [LELAKI]
7. 16 DIS 2008 (SELASA) TANAH MERAH -SMK DATO MAHMUD PADUKA RAJA (2) [LELAKI]
8. 17 DIS 2008 (RABU) MACHANG -SMK MACHANG [WANITA]

NEGERI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR:
1. 1 DIS 2008 (ISNIN) BATU CAVES -SMK SRI SELAYANG [LELAKI[
2. 2 DIS 2008 (SELASA) BANDAR BARU BANGI -SMK BANDAR BARU BANGI [LELAKI]
3. 3 DIS 2008 (RABU) BANTING -SMK TELOK PANGLIMA GARANG [LELAKI]
4. 4 DIS 2008 (KHAMIS) TANJUNG KARANG -SMK DATO HARUN [LELAKI]
5. 5 DIS 2008 (JUMAAT) KUALA LUMPUR -SMK SERI AMPANG [LELAKI]
6. 18 DIS 2008 (KHAMIS) KUALA LUMPUR -SK TAMAN MELAWATI [WANITA]
7. 19 DIS 2008 (JUMAAT) SUNGAI BULOH -SM TEKNIK SUNGAI BULOH [WANITA]

NEGERI SEMBILAN:
1. 17 NOV 2008 (ISNIN) BAHAU -SMK DATO MANSOR [LELAKI]
2. 18 NOV 2008 (SELASA) BATU KIKIR -SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) [LELAKI]
3. 19 NOV 2008 (RABU) TANJUNG IPOH -SMK DATO ABDUL SAMAD [LELAKI]
4. 20 NOV 2008 (KHAMIS) TAMPIN -SMK TUNKU [LELAKI]
5. 21 NOV 2008 (JUMAAT) SEREMBAN -SK MAMBAU [LELAKI]
6. 27 NOV 2008 (KHAMIS) NILAI -SMK DESA CEMPAKA [LELAKI]
7. 28 NOV 2008 (JUMAAT) PORT DICKSON -SEK TINGGI PORT DICKSON [LELAKI]
8. 17 DIS 2008 (RABU) BANDAR BARU SERTING -SMK BANDAR BARU SERTING [WANITA]

NEGERI PAHANG:
1. 10 NOV 2008 (ISNIN) MUADZAM SHAH -SMK PERANTAU DAMAI [LELAKI]
2. 11 NOV 2008 (SELASA) PEKAN -SK CHINI TIMUR 2 & 3 [LELAKI]
3. 12 NOV 2008 (RABU) KUANTAN -SMK LEPAR HILIR [LELAKI]
4. 13 NOV 2008 (KHAMIS) PEKAN -SMK DATO MAHMUD MAT [LELAKI]
5. 14 NOV 2008 (JUMAAT) MARAN -SMK MARAN [LELAKI]
6. 1 DIS 2008 (ISNIN) BANDAR JENGKA -SMK LKTP JENGKA 10 [LELAKI]
7. 2 DIS 2008 (SELASA) TEMERLOH -SK LEBAK [LELAKI]
8. 3 DIS 2008 (RABU) BANDAR BERA -SMK SERI BERA [LELAKI]
9. 4 DIS 2008 (KHAMIS) MENTAKAB -SMK SERI SEMANTAN [LELAKI]
10. 5 DIS 2008 (JUMAAT) KARAK -SMK SERI BENTONG [LELAKI]
11. 19 DIS 2008 (JUMAAT) TEMERLOH -SM TEKNIK PUTERI [WANITA]

NEGERI PERAK:
1. 17 NOV 2008 (ISNIN) BAGAN SERAI -SMK ALANG ISKANDAR [LELAKI]
2. 18 NOV 2008 (SELASA) BATU KURAU -SMK DATO KAMARUDDIN [LELAKI]
3. 19 NOV 2008 (RABU) PARIT BUNTAR -SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG [LELAKI]
4. 20 NOV 2008 (KHAMIS) PADANG -RENGGAS SMK TUN PERAK [LELAKI]
5. 21 NOV 2008 (JUMAAT) SELAMA -SMK DATO HJ HUSSEIN [LELAKI]
6. 3 DIS 2008 (RABU) KUALA KANGSAR -SMK CLIFFORD [LELAKI]
7. 4 DIS 2008 (KHAMIS) TAPAH -SMK BUYUNG ADIL [LELAKI]
8. 5 DIS 2008 (JUMAAT) SLIM RIVER -SMK DATO ZULKIFLI MOHAMAD [LELAKI]
9. 17 DIS 2008 (RABU) PENGKALAN HULU -SMK PENGKALAN HULU [WANITA]

NEGERI PERLIS:
1. 13 NOV 2008 (KHAMIS) KANGAR -SMK SYED HASAN [LELAKI]
2. 10 DIS 2008 (RABU) KUALA PERLIS -SMK KUALA PERLIS [LELAKI]
3. 19 DIS 2008 (JUMAAT) KANGAR -SM TEKNIK KANGAR [WANITA]

NEGERI PULAU PINANG:
1. 14 NOV 2008 (JUMAAT) BUKIT MERTAJAM -SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM [LELAKI]
2. 1 DIS 2008 (ISNIN) BATU MAUNG -SMK BATU MAUNG [LELAKI]
3. 9 DIS 2008 (SELASA) GELUGOR -SMK BUKIT GAMBIR [LELAKI]
4. 15 DIS 2008 (ISNIN) TELUK KUMBAR -SMK TELUK KUMBAR [LELAKI]
5. 16 DIS 2008 (SELASA) SUNGAI ARA -SMK SUNGAI ARA [WANITA]

NEGERI TERENGGANU:
1. 17 NOV 2008 (ISNIN) KEMAMAN -SK NERAM 1 [LELAKI]
2. 18 NOV 2008 (SELASA) KUALA TERENGGANU -SMK BUKIT TUNGGAL [LELAKI]
3. 19 NOV 2008 (RABU) KUALA TERENGGANU -SMK BUKIT BESAR [LELAKI]
4. 20 NOV 2008 (KHAMIS) KUALA TERENGGANU -SK BUKIT TUNGGAL [LELAKI]
5. 21 NOV 2008 (JUMAAT) DUNGUN -SMK JERANGAU [LELAKI]
6. 9 DIS 2008 (SELASA) KEMAMAN -SMK FELDA NERAM [LELAKI]
7. 10 DIS 2008 (RABU) SETIU -SMK PENARIK [LELAKI]
8. 11 DIS 2008 (KHAMIS) KUALA TERENGGANU -SK WAKAF MEMPELAM [LELAKI]
9. 12 DIS 2008 (JUMAAT) KUALA BERANG -SMK BUKIT DIMAN [LELAKI]
10. 18 DIS 2008 (KHAMIS) KUALA BERANG -SMK AJIL [WANITA]

NEGERI MELAKA:
1. 24 NOV 2008 (ISNIN) MERLIMAU -SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKOB [LELAKI]
2. 25 NOV 2008 (SELASA) JASIN -SMK TUN PERAK [LELAKI]
3. 26 NOV 2008 (RABU) ALOR GAJAH -SMK SERI PENGKALAN [LELAKI]
4. 15 DIS 2008 (ISNIN) MASJID TANAH -SMK GHAFFAR BABA [LELAKI]
5. 16 DIS 2008 (SELASA) MELAKA -SMK PAY PONG [WANITA]

NEGERI SABAH:
1. 11 NOV 2008 (SELASA) TAWAU -DEWAN MASYARAKAT [WANITA]
2. 12 NOV 2008 (RABU) TAWAU -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
3. 14 NOV 2008 (JUMAAT) SANDAKAN -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
4. 17 NOV 2008 (ISNIN) KOTA KINABALU -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
5. 19 NOV 2008 (RABU) RANAU -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
6. 21 NOV 2008 (JUMAAT) KENINGAU -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
7. 24 NOV 2008 (ISNIN) KUDAT -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
8. 26 NOV 2008 (RABU) SIPITANG -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
9. 28 NOV 2008 (JUMAAT) BEAUFORT -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]

NEGERI SARAWAK:
1. 3 DIS 2008 (RABU) LUNDU -DEWAN MASYARAKAT [WANITA]
2. 4 DIS 2008 (RABU) LUNDU -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
3. 10 DIS 2008 (RABU) SARATOK -DEWAN MASYARAKAT [LELAKI]
4. 12 DIS 2008 (JUMAAT) SIMUNJAN -DEWAN MESRA [LELAKI]
5. 16 DIS 2008 (SELASA) BINTULU -DEWAN SUARAH [LELAKI]
6. 18 DIS 2008 (KHAMIS) KAPIT -DEWAN SUARAH [LELAKI]




Pertanyaan:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan, d/a Tingkat 14, Bangunan KUB.com, Jalan Yap Kwan Seng 50450 KUALA LUMPUR. Tel: 03-21753000 Sambungan 3175 atau 3177 ATAU Layari Laman Web Tentera Darat di http://army.mod.gov.my






PEMOHONAN PEGAWAI TENTERA DARAT MALAYSIA (Syarat-Syarat)





SYARAT KELAYAKAN (AM)

a. Warganegara Malaysia

b. Umur
  • Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
  • Pegawai Kadet ATMA - 17 ke 20 tahun
  • Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
  • Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun
c. Kesihatan
  • Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna
  • Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
  • Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg
d. Ukuran dada (lelaki sahaja)
  • Biasa - 76.2 sm
  • Tarik Nafas - 81.2 sm.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK a. Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek
  • Memiliki SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) Kepujian lain dalam matapelajaran berikut:
  • Prinsip Akaun.
  • Ekonomi Asas.
  • Perdagangan.
  • Matematik Tambahan.
  • Teknologi Maklumat.
  • Sains Tambahan atau Sains atau Fizik atau Kimia dan Biologi.
  • Geografi atau Sejarah.
  • Bahasa Inggeris.
  • Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral.
  • Satu (1) daripada syarat kepujian di atas mestilah dari salah satu mata pelajaran berikut:
  • Prinsip Akaun.
  • Bahasa Inggeris.
  • Ekonomi Asas.
  • Perdagangan.
  • Matematik Tambahan.
  • Teknologi Maklumat.
  • Sains Tambahan atau Sains.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepujian dalam Bahasa Inggeris.
b. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerjaan seperti yang disenaraikan di bawah serta mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat SPM. Jurusan-jurusan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • KEJURUTERAAN
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (teknologi Marin).
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer.
  • PERUBATAN/PERGIGIAN/VETERINAR/FARMASI
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian.
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar.
  • Ijazah Sarjana Muda Farmasi.
  • PENDIDIKAN
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.
  • Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.

c. KAGAT
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam.
  • Surat Pengesahan Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Bagi calon-calon yang memiliki Diploma atau Ijazah dari institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau luar negara, mereka hendaklah mendapatkan surat pengesahan pengiktirafan dariapda pihak JPA mengenai status kelulusan
CARA MEMOHON /PERTANYAAN Calon boleh membuat permohonan dengan menulis surat dan mengepilkan salinan sijil kelulusan akademik dan sampul surat berukuran 22 sm X 11 sm beralamat sendiri dan bersetem 50 Sen ke alamat berikut: Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

Telefon: 03-2071 4524/4526/2387/2391
Faksimili: 03-26985340
Talian Bebas Tol: 1-800-88-7588

E-mail : ctk.mtk@mod.gov.myEmail ini telah dikawal daripada serangan spam, anda memerlukan javaskrip untuk melihatnya
Atau datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera. PERHATIAN: Sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan pegawai yang terkini boleh menggunakan talian seperti di atas.





Akhirnya...............

Salam....Akhirnya aku mempunyai blog aku sendiri secara rasminya....alhamdulillah...

huhu tujuan aku buat blog ini hanya suka-suka...maklumlah orang lain ada blog, aku pun sibuk nak ada blog jugak..hehehe

Lagipun aku memerlukan sebarang komentar-komentar yang berguna tuk aku...

Apa-apa pun aku berasa bersyukur mempunyai blog aku sendiri..yeah!!!

Selamat Datang ke Blog "ANAK MALAYSIAKU GEMILANG" ini...!!!